06

9 2 1
                                    

AJARKAN AKU CINTA | JJK

Aku pandang Song Kang yang berdiri membelakangi aku.

Keluhan dilepaskan sebelum bertindak memanggil namanya perlahan.

"Aku harap kita takkan ada apa-apa masalah sepanjang rakaman drama ni."

Terpaku aku mendengar harapan tak guna lelaki itu.

Senyuman sinis aku berikan.

Tangan dicekakkan ke pinggang.

Cuba untuk menahan diri daripada bertindak memarahi lelaki itu.

"Aku harap kau sedar yang kita dah tiada apa-apa."

Ok. Ni dah melebih.

Ada yang kena makan kasut tumit aku ni.

"Wahai Mr.Song Kang yang banyak peminat sampai saya pon nak dicop peminat, sila sedar tempat awak.

Tak bermaksud saya hantar food truck atas nama awak haritu sebab saya minat awak. No! Never! Even once pun tak akan!"

Geram.

Perasan sungguh lelaki yang bernama Song Kang ini.

Ada ke patut dia fikir aku suka dia.

Sebabnya hanya satu untuk dia jadikan alasan yang aku ni suka dia.

Sebab aku hantar food truck.

Man!

Aku hantar food truck sebagai tanda sokongan. Bukannya sebab aku minat.

Payah cakap dengan orang tak faham bahasa ni.

"Tak perlu berdalih, Kang Haneul. Kalau bukan aku yang kau minat, habistu siapa? Takkan si Jeon Jungkook tu?"

Mata membulat mendengar tuduhan yang dilemparkan.

Rasa macam nak lempang lelaki ini laju-laju.

Patutnya aku dengar cakap Taehyung tadi. Tak perlu datang berjumpa lelaki ini secara personal.

"Ada bukti ke saya suka pada Jungkook? He and I are out of league. We're different in every ways. Tak mungkin saya suka dia. Saya sedar taraf saya."

"Tak perlu rendahkan diri kau hanya kerana kau tak minat aku."

Tiba-tiba terasa bahuku dipegang dari belakang.

Membawa tubuhku ke dalam pelukannya.

Bauan vanila yang menenangkan menerobos ruang pengudaraanku.

Membuatkan aku memaling dengan sepantas yang mampu memandang ke arah sisi wajah lelaki yang datang.

"Jungkook."

Lelaki itu memandang aku dengan sebuah senyuman yang penuh maksud.

"Aku dah cakap. Aku tak bagi kau tawaran ni untuk kau bercinta dengan dia."

Mataku berkedip beberapa kali.

Belum sempat aku membuka mulut memberitahu perkara sebenar, Jungkook pantas memandang ke arah Song Kang yang sedari tadi memerhati.

"You're not taking what you had thrown away right?" Soalnya.

Soalana itu cukup membuatkan Song Kang menggeleng dan membungkukkan tubuhnya.

"Jangan jadi lelaki tak guna. Dah buang, kutip balik. Bagi alasan, dia yang terjatuh sendiri. Please. Jangan buat aku meluat dan drama ni dibatalkan hanya kerana kau seorang."

Tegas amarannya.

Sampai terus ke dalam hatiku.

Seketika, membuatkan aku menelan liur kasar.

This man is different.

Kalau macamnilah cara orang professional buat kerja, maka aku pun kena jadi professional.

tbc
-----

Hambar ke?

Maaflah.

Dah lama sangat tinggal gaya penulisan yang macam ni.

Saya cuba perbaiki.

[DISCONTINUED] AJARKAN AKU CINTA | JJKWhere stories live. Discover now