05

9 3 0
                                    

AJARKAN AKU CINTA | JJK

"Syarat pertama nak berjaya, telan semua yang dengar dan terima."

Aku lemparkan pandangan ke kanan pintu masuk.

Wajah lelaki itu menapar lembut pemandanganku. Bersama rambut hitam berkilatnya yang disisir rapi.

Aku menunduk menghormati lelaki itu sebagai seorang senior.

Senyuman nipis diukirkan kepadanya.

"Tapi sampai bila?" Soalku. Sakitnya hati aku semakin perit dirasakan.

Daripada sandar bersama tangan yang diseluk ke dalam poket, dia memusingkan tubuhnya menghadap aku secara penuh.

"Sampai bila-bila. Sebab tiada siapa tahu apa yang kau alami selama ni. Bear with it."

Dengan itu, dia terus berlalu ke tempat yang di tetapkan untuknya. Meninggalkan aku yang masih menanti Taehyung yang pergi bertemu dengan ketua produksi.

Senyuman yang diukirkan manager lelaki itu membuatkan aku menyambutnya dengan hormat.

Empat bulan sahaja bersama lelaki itu. Semuanya akan berakhir selepas empat bulan.

Empat bulan sahaja aku perlu tahan dengan kata-kata lelaki itu.

Empat bulan yang aku perlu gadaikan untuk menjadi seorang pelakon terkenal yang lebih baik.

"Kenapa tak masuk?" Teguran Taehyung membuatkan aku kembali ke realiti.

Gelengan aku berikan. Terus sahaja aku melangkah masuk ke ruangan itu. Menarik kerusi yang ditetapkan untuk aku.

Bertentangan dengan Jungkook.

Lelaki itu sibuk bersama telefonnya.

"Ahhh, Haneul. Jumpa lagi kita." Panggilan daripada Song Kang yang berada di kerusi sebelah Jungkook membuatkan aku tersenyum.

Ya.

Kita jumpa lagi.

Anggukan aku berikan.

"Looking forward working with you in this drama, babe."

Punggung dilabuhkan ke atas kerusi.

Aku memandang ke arah Song Kang dengan wajah tidak mempercayai apa yang baru sahaja lelaki itu tuturkan.

"Aku tak tawarkan drama ni untuk kau bercinta dalam set ni, Kang Haneul."

Dingin sahaja tegurannya.

Membuatkan aku terus memalingkan tubuh mencari keberadaan Taehyung di belakangku.

Memberikan sebuah pandangan yang sarat dengan rasa sakit hati.

Tuhan! Macam mana aku nak tahan lama-lama dengan lelaki macam ni?

"Jeon Jungkook. Maaf buat kau tertunggu. Tapi, Han Go Eun stuck dalam jam."

Dari tempat dudukku, dapat aku melihat Jungkook yang sekadar mengangguk.

Yeah.

Satu keuntungan untuk Han Go Eun. She will never be scolded by Jeon Jungkook.

Kenapa?

Mana ada boyfriend yang akan marah girlfriend dia. Kalau ada pun, namanya dah nak putus.

"Kita tunggu sepuluh minit lagi. Dia lambat, kita mula dulu."

See?

Dia terlalu baik. Tahulah girlfriend tapi tak perlu nak berpilih kasih sangat.

"Kang Haneul?" Panggilan daripada Song Kang membuatkan aku memandang ke arahnya bersama sebuah senyuman.

Jari telunjuknya menunjuk ke luar pintu.

"Kita ke luar sekejap?" Tanya Song Kang kepadaku.

Aku sekadar mengangguk lemah. Tubuh diangkat dari kerusi.

Belum sempat melangkah, Taehyung menarik tanganku.

"Haneul..." perlahan sahaja panggilannya.

Senyuman aku berikan.

"It's okay. Tak ada apa akan jadi." Ucapku memujuk Taehyung supaya dia kekal di situ.

Taehyung sekadar mengangguk.

Dan aku terus berlalu keluar dari bilik mesyuarat itu. Mengikuti langkah Song Kang yang berjalan ke arah satu ruangan tanpa manusia lain di situ.

tbc
-----

Hai.

Maaf selalu update lambat.

Btw...
Ada yang memerlukan character introducing ke? Setakat 5 chapter ni?

Takut pening je.

[DISCONTINUED] AJARKAN AKU CINTA | JJKWhere stories live. Discover now