04

11 2 0
                                    

AJARKAN AKU CINTA | JJK

Aku dah agak dah.

Tengoklah betapa ramainya fans yang berkumpul depan bangunan TVM ni.

Masing-masing bawa banner actor kegemaran. Senyuman terukir di saat aku nampak banner yang tertulis namaku.

Hwaiting Kang Haneul.

Saranghae uri Haneul.

Comelnya. Aku terus menurunkan tingkap dan melambai ke arah mereka. Telefon dicapai dan sekeping gambar mereka aku tangkap.

Menjerit masing-masing di saat aku menurunkan cermin van.

"Sayangnya kau dekat fans kau kan." Ucap Taehyung.

Aku kembali memandang ke arah depan sebaik sahaja cermin van sudah habis dinaikkan.

"Mestilah. Diaorang je yang aku ada. Tanpa diaorang, aku takkan naik sampai sini."

Taehyung menggulingkan bola matanya. Menjelingku melalui cermin hadapan.

"Pandang depan tu. Nanti terlanggar fans orang." Arahku.

Dahlah tengah drive. Ada hati nak jeling-jeling aku. Cucuk biji mata tu nanti.

"Habis tu aku ni apa? Bukan sesiapa ke untuk kau?" Soal Taehyung. Membuatkan aku tersenyum kecil.

"You are my everything."

OST drama terkenal dunia aku nyanyikan kepada Taehyung. Membuatkan lelaki itu mencebikkan bibirnya.

Haaa. Yelah. Handsome sangatlah tu buat macam tu.

Alahai Taehyung. Kau tu dah lama dengan aku. Macamlah tak kenal perangai aku.

Kau segalanya untuk aku.

"Jaga perlakuan kau. Jangan amlukan aku, Kang Haneul." Pesan Taehyung dingin.

Bikin aku pandangnya dari cermin depan pemandu.

"Aku bukan anak kecil, Taehyung. Cukup pesan macam-macam."

Taehyung menggeleng.

Van selamat diparkir ke dalam petak yang sepatutnya. Dia memusingkan tubuh. Memandang aku yang ada di belakang. Sedang bersiap-siap ingin turun dari van.

"Please. Ni peluang kau untuk jadi lebih baik. Jungkook dah cukup baik nak tolong kau."

Aku memandangnya lama sebelum menganggukkan kepala. Memahami apa yang dia ingin sampaikan.

Kadang-kadang, aku sendiri musykil dengan diri sendiri.

Ada masa, aku akan turuti segala arahannya.

Ada masa, aku akan ingkar dan bantah semua arahannya.

Pintu van dibuka dari luar. Aku melangkah turun dari van bersama Taehyung di sisi.

Sepanjang langkah kami menuju ke bilik mesyuarat, aku memaksa diri memaniskan muka ke arah krew-krew rakaman yang ada.

Senyuman aku berikan.

Bukannya aku tak tahu yang mereka sedang mengutuk aku di dalam hati.

"Bukan dia ke yang pernah digosipkan dengan Kim Namjoon?"

Bisikkan yang sengaja di kuatkan itu sampai ke telingaku.

Aku mengeluh kecil.

Ingatkan berita tu dah di tutup failnya. Rupanya masih ada yang rajin mahu mencari bukti dan kenyataan.

"Sabar Kang Haneul. They know nothing. Sikit lagi. Nak sampai bilik mesyuarat dah."

Aku sekadar mengangguk lemah. Kaca mata hitam aku perbetulkan.

Langkah dilajukan menuju ke bilik mesyuarat. Tempat kami akan mulakan pembacaan skrip untuk dua episode pertama.

Seperti mana yang Taehyung inginkan, aku sedaya upaya menahan diri daripada melakukan perkara yang boleh menjatuhkan imej sendiri.

Penat mengusai diri.

Belum apa-apa, aku dah penat mentaliti.


tbc
-----

Maaf makin hambar. Saya cuba hangatkan cerita ni.

Maaf juga kerana lambat update.

Saya sibuk siapkan manuskrip.

[DISCONTINUED] AJARKAN AKU CINTA | JJKWhere stories live. Discover now