AJARKAN AKU CINTA | JJK
Seharian aku berkurung dalam bilik.
Jeritan dan pekikan Taehyumg langsung aku tak balas. Dipanggil makan juga aku memprotes.
Takde selera dan tidak sedap menjadi alasan yang aku berikan kepada Taehyung.
Penat lelah lelaki itu, sikit pun aku tak hargai.
Kata-kata Jungkook semalam asyik terngiang-ngiang. Membuatkan aku langsung tidak mahu berbuat apa-apa.
Yelah.
I'm nothing without him.
So let it be.
Aku takka jadi sesiapa pun kalau itu yang dia mahukan.
Aku jadi patah semangat.
Krew rakaman Karma berulang kali menelefonku. Semuanga aku biarkan.
Kadang-kadang dengar suara Taehyung yang menyatakan alasan aku tidak ke set hari ini.
"Maaf. Saya lupa nak inform. Kang Haneul tak berapa sihat. Maaf ya."
Keluhan aku berikan.
Baik sangat.
Cakap jelah yang aku tak nak buat dah rakaman ni.
Nanti kena jumpa lagi lelaki perasan bagus tu.
Tak nak aku.
"Haneul."
Ketukan di pintu yang disertakan bersama-sama suara lirih Taehyung memanggilku kedengaran.
Perlahan aku memandang ke arah jam di dinding.
Empat petang.
Aku melangkah lemah ke pintu bilik. Kunci dibuka. Membenarkan Taehyung memulas tombol pintu bilik.
"Haneul. Kau ok tak ni?"
Kedua tangannya merapat ke pipiku. Mengangkat wajahku memandang ke arahnya.
Aku mencebik kecil sebelum air mata mengalir.
"No baby. Jangan nangis. Kau tak cantik bila kau menangis."
Semakin kuat tangisku mendengar kata-kata Taehyung. Menyebabkan lelaki itu menarik aku ke dalam pelukannya.
"Han...Kalau kau berterusan macam ni, lelaki tu akan ingat kau lemah. Dia akan sakitkan hati kau lagi. So, baby. You kena stay strong."
Aku memandang ke arah Taehyung. Meminta kepastian.
Anggukan dia berikan.
"Kau watak utama sayang. Tunjukkan pada semua yang kau boleh. Kita ada tujuh episode sahaja lagi."
Senyuman dia berikan kepadaku.
Tangannya menghulurkan sebuah beg kertas berjenama Channel.
"Pakai ni. Kita flex sikit yang kau ada sugar daddy."
Kening bertaut. Aku memandangnya pelik.
"Sugar daddy? Siapa?"
Tak pernah-pernah aku ada seorang. Sejak bila ada? Jangan-jangan Taehyung daftar nama aku dalam apps Sugar Daddy tu tak?
"Tae..."
Belum sempat aku memarahinya, dia terlebih dahulu meletakkan jari telunjuknya ke bibirku.
"We don't have one. So act like we have one. Apa salahnya aku nak flexing jadi sugar daddy kau?"
Gelengan aku berikan. Menolak jauh tubuh Taehyung.
Dia tergelak besar. Menyebabkan aku turut sama tersenyum.
"Babe, dari sekolah menengah aku jadi sugar boyfie kau. Setakat sugar daddy tu. Apalah sangat. Celah kuku jelah."
Aku tertawa kuat.
I guess it is time for...
"He loves me. He give me all his money. That Gucci Prada comfy..."
"...my sugar daddy." Nyanyianku disambung Taehyung.
Yeah.
Aku takkan rasa macam ni kalau lelaki ini bukan Taehyung.
Sebab Taehyung je tahu macam mana nak pujuk aku.
tbc
-----Kejap.
Next chapter saya bagi Tae gaduh dengan Kook.
YOU ARE READING
[DISCONTINUED] AJARKAN AKU CINTA | JJK
Fanfiction"Ajarkan aku apa itu cinta sampai aku faham dan tahu apa itu cinta yang sebenarnya." START: 18 may 2021 END: -