AJARKAN AKU CINTA | JJK
"Seduce me."
Kelopak mata berkelip beberapa kali. Kening bertaut rapat.
Tubuh lelaki itu aku tolak menjauhi tubuhku. Menghadirkan semula jarak yang menghilang.
Jungkook yang terdorong ke belakang kerana tolakanku tersenyum sinis memandang ke arahku.
Kedua tangannya diangkat tinggi. Tanda mengalah.
"Gila ke?" Soalku geram.
Lelaki ini, sesuka hati dia sahaja. Sesedap citarasa dia je nak cakap apa. Buat apa sekalipun.
Memang tak pernah nak fikir hati dan perasaan orang lain dulu ke?
"See? Kau tak boleh buat pun. Kau takut. Bukti dah ada depan mata, Kang Haneul. Kau tak pernah bercinta. And the worst is, kau tak boleh sorok perkara tu daripada aku."
Kelu.
Aku tak tahu nak cakap apa.
Sebab aku dah terjerat dengan tali yang Jungkook pasangkan.
Jungkook berjalan menghampiriku kembali. Membuatkan aku sedikit menapak ke belakang.
Takut-takut kalau dia ulag perkara sama.
Mujur sahaja ruangan di kafe ini kosong tanpa pelanggan. Nampak sangatlah kalau Jungkook sanggup menyeea seluruh kafe semata-mata untuk perjumpaan kami.
"So, belajarlah bercinta. Aku tak nak lakonan kaku kau ada dalam drama aku. Buat rosak reputasi je."
Helaian anak rambutku diselit ke belakang telinga oleh Jungkook. Menghadirkan debaran di hati.
Dalam debaran yang aku rasakan, terselit rasa terasa dengan apa yang Jungkook ucapkan tadi.
Air mata mula bertakung.
Teruk sangatnke lakonan aku sampai boleh rosakkan reputasi dia?
"No worries, Jeon Jungkook. Aku akan pastikan Haneul tahu apa maksud cinta before kau tanya dia balik apa itu cinta."
Suara Taehyung menyapa pendengaran.
Seketika kemudian, terasa tanganku ditarik. Menyebabkan tubuhku masuk ke dalam pelukan seseorang.
Kepala di dongakan. Ingin memandang wajahnya. Namun lelaki itu terlebih dahulu menahan belakang kepalaku daripada memandang wajahnya.
Mengekalkan pandanganku pada dadanya.
"Stay still. You're not going to watch the fight."
Suara Teahyung kembali bergema.
Aku membatalkan niat mahu memandang ke arah wajahnya.
"Aku sendiri yang akan ajar dia apa maksud cinta. Dan pada hari skrip terakhir drama kau, dia akan buktikan yang dia mampu. Bet me."
Jungkook tertawa kecil.
Anggukan dia berikan.
"Sure. We'll see. Tapi, kalau reputasi drama aku merundum walah sikit pun, aku nak kau sedar. Yang aku ada kuasa untuk buat kau lenyap dari dunia hiburan ni."
Gigi aku getap kuat.
Apa masalah lelaki ni sebenarnya?
Tak mampu menahan geram, aku menolak kasar tubuh Taehyung sebelum berjalan ke arag Jungkook.
Mata tajam menikam ke dalam matanya.
"Kau sedar tak sekarang ni kau yang bagi aku tawaran untuk drama ni. Kenapa sekarang, kau nak beracah macam aku yang melutut merayu depan kau supaya aku diterima berlakon dengan kau?"
Suara amarahku memenuhi ruang kafe.
Jungkook dengan selambanya tersenyum sebelum membalas.
"Because you are nothing without me."
tbc
-----Saya sakit hati dengan Jungkook.
Anda?
Jangan lupa butang vote.
YOU ARE READING
[DISCONTINUED] AJARKAN AKU CINTA | JJK
Fiksi Penggemar"Ajarkan aku apa itu cinta sampai aku faham dan tahu apa itu cinta yang sebenarnya." START: 18 may 2021 END: -