Bab 10

320 2 0
                                    

Darius mengerutkan dahi saat mendengar bunyi menandakan proses penyembuhan itu berlaku. Kuku Ashie yang tadinya membiru dan memucat dengan perlahan bertukar ke warna asal, merah jambu dan lebam serta bengkaknya turut hilang. Beberapa detik kemudian kuku dan tangan Ashie menjadi seperti sedia kala. Segala lebam dan luka di tubuhnya perlahan-lahan menjadi sembuh dan yang tinggal hanyalah kesan darah di atas kulitnya yang tadi tercedera.

Bibirnya yang lebam luka dan membiru juga sudah memerah dan kembali pulih dan lebih penuh dari asalnya. Darah yang berada di dalam laluan kerongkong Ashie yang tadinya menyekat pernafasan Ashie serta merta mengalir keluar apabila proses penyembuhan organ dalamannya bermula. Matanya yang tercedera tadi juga turut sembuh dan bulu matanya menjadi lebih lentik dari biasanya. Hidung Ashie yang patah terkena batang pokok tadi juga sudah kembali menyatu dan mengeluarkan bunyi menderap yang sangat ngeri.

Begitu juga dengan derapan tulang tangan dan kaki Ashie yang kembali di kedudukan asalnya. Akhir sekali Kedengaran bunyi derapan tulang rusuk Ashie yang kembali pulih. Setelah itu keadaan kembali senyap dan yang hanya kedengaran hanyalah bunyi darah mereka yang menyatu dan mengalir.

Darius dengan lembut mencempung dan mengangkat tubuh Ashie dan di dirikannya tubuh Ashie di bawah pancuran air dan memandikan tubuh Ashie. Dia mahu semua darah Ashie yang berada di tubuhnya mengalir keluar melalui aliran air yang memasuki paip yang tertutup. Supaya bau darahnya tidak tersebar lebih lama.

Setelah selesai, Darius membawa tubuh Ashie ke atas tilam dan memakaikannya baju lalu menyelimutkan tubuh Ashie.

*. *. *

Ashie tiba-tiba merasakan sakit yang luar biasa pada seluruh tubuhnya. Semuanya berasa sakit panas yang membara. Terasa seolah-olah semua otot-ototnya dipulas dan digilis benda berat. Seluruh urat sarafnya perih dan perit sekali seperti ada lava panas yang sedang mengalir di dalammya. Kulit dan tulangnya juga terasa panas dan sakit sekali. Kulit kepalanya terasa ada yang sedang memguliti dan mengopak kepalanya dan menaburkan garam dan cuka pada tengkorak kepalanya.

Ashie cuba meronta dan berteriak agar sakit yang dirasakannya segera menghilang. Namun, setiap pergerakannya kaku. Tubuhnya hanya mampu merasa tapi tidak mampu di gerakkan. Pandanganya juga gelap dan semua yang dia dengari hanyalah bunyi dengunggan yang menyakitkan telingganya.

Tersiksa sekali apa yang Ashie rasakan ketika ini. Dia hanya mampu merasakan kesakitan yang dia rasakan. Setelah beberapa detik dia mula hanyut dalam kegelapan dan merasa tenang.

*. *. *

Darius membersihkan kamar mandi dan segera mandi.

Setelah selesai dia kembali ke bilik tidur Ashie dan berbaring di sebelahnya dan mencium lembut dahinya.

*. *. *

Ashie terjaga dengan tiba-tiba. Ashie segera menghalang cahaya yang memasuki matanya dengan tapak tangannya. Silau dan perit matanya. Dia binggung seketika. Setelah merasa selesa dia memerhatikan sekelilingnya. Dia di dalam kamarnya keseorangan.

Ashie mencoba berdiri dan merasa seperti tubuhnya merasa tidak selesa. Ashie merasa binggung sekali. Tubuhnya terasa ringan sekali. Dia tidak pernah merasa lebih hidup seperti ini. Dia cuba mengingat apa yang terjadi sebelumnya namun, dia tidak dapat mengingat sesuatu yang aneh dan pelik telah terjadi, yang dia ingat hanyalah melihat kanak-kanak bermain di taman permainan.

Mindanya terasa kosong sekali. Seperti ada ruang ingatannya yang sudah di padam. Terasa berongga dan seolah-olah ada sesuatu yang penting yang harus dia ingat. Kepala Ashie terasa berdengung dan sakit secara tiba-tiba apabila dia cuba mengingat. Seolah-olah ada sesuatu daya yang cuba menolak dan mengahalang usahanya untuk mencari tahu dan mengingat.Dia akhirnya menyerah.

Tubuhnya terasa anah sekali. Pandangan matanya terasa jelas sekali. Terasa seperti pandangan matanya baru sahaja di naik taraf. Dia mengedip-gedipkan matanya beberapa kali untuk memastikan pandangannya. Namun, benar sekali matanya tetap dapat melihat dengan lebih jelas dan jauh.

Telinganya juga dapat mendengar dengan lebih jelas. Pelbagai bunyi menyapa telinganya jika dia mencoba fokus dan mendengar. Bunyi kenderaan melintas, burung dan macam-macam lagi.

Ashie melangakah menuju ke luar beranda biliknya. Dia segera menyelindungkan matanya dengan tapak tangannya. Cahaya matahari yang cerah itu menyilaukan matanya. Setelah terbiasa dan selesa barulah dia memandang kesekeliling.

Tiba-tiba telinganya mendengar bunyi telefon bimbitnya berdering sekali. Ashie melangkah menuju ke biliknya. Dia mencapai telefonnya yang terletak di atas meja lampu berhampiran katilnya. Jam sudah menunjukkan jam 7.30 pagi.

Ashie membuka pesanan ringakas Whatsaapnya.

' Shie aku otw ke rumah kau sekarang. Kebetulan my sister cuti hari nie aku pinjam kereta dia. Kita pegi keja sama-sama ya'

Lama aku merenung pesanan Aliyah.

' okey. Aku besiap sekarang'. Balasku.

Ashie segera memasuki kamar mandi dan bersiap.

*.              *.                 *

Setelah selesai mandi dan memakai baju. Ashie merenung wajahnya di dalam cermin. Dia terkebil-kebil menatap wajahnya. Itu dirinya tetapi seperti bukan imej dirinya. Wajahnya terlihat lebih sehat dan berseri sekali.

Ashie menyikat rambutnya untuk mengikatnya kebelakang. Namun, pergerakannya terhenti. ' what the heck is this' ketus hatinya dengan hairan. Dia mengelus-elus dan menyentuh permukaan kulit lehernya yang terdapat tompokan lebam berwarna merah kebiruan.

Lebam itu terlihat sangat terang namun, saat dia menyentuhnya dia tidak merasakan sebarang kesakitan. ' Hmm, peliknya. Entahlah'ujarnya dalam hati. Niatnya untuk mengikat rambutnya kebelakang di batal kan. Dia hanya membiarkan rambutnya terurai dan mengatur langkahnya menuju ke dapur. Saat dia berada di dapur dia merasa seperti tercari-cari akan sesuatu yang tidak pasti. Seperti mencari kehadiran seseorang. Dia binggung seketika dengan fikirannya kerana dia  memang tinggal bersendirian selama ini. Ashie bersarapan seadanya dan menunggu Aliya.

~.              ~.                 ~. 

Pin!!..pin!!..pin!!.

Tersentak Ashie yang sedang melihat layar telefon bimbitnya ketika mendengar bunyi hon kereta di hadapan rumahnya. Setelah mengunci pintu rumah dan memakai kasutnya. Ashie membuka pintu kereta dan menyapa Aliyah.

"YtKenapa kau pandang aku macam tue?." Soal Ashie kepada Aliyah yang memandangnya dengan pandangan hairan.

" Kau pegi Spa ke semalam?." Soal Aliyah bersungguh-sungguh.

" Tak lah. Kenapa?." Soal Ashie kembali.

" Nothing. Kalau kau pegi Spa. Aku pun nak pergi Spa yang kau pegi tue. Kau nampak lain sangat." Ujar Aliyah sambil menyentuh dan memerhatikan wajah Ashie.

" Hmm?. Lain macam mana tu?." Soal Ashie binggung.

" Kau nampak sehat dan berseri. Glowing and pretty." Ujar Aliya sambil tersenyum.

" Ada-ada saja kau nie Aliya. Aku mana ada pegi Spa la. Jom la kita jalan."

" Eh. A'ah. Jom la." Mereka pun memulakan perjalanan.

Pagi itu semua rakan sekerjanya mememandang pelik padanya. Mereka sepakat mengatakan ada yang pelik pada dirinya. Sebetulnya Ashie juga merasakan ada yang pelik pada dirinya namun, dia tidak mahu melayan perasaannya dan menjalani harinya seperti biasa.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 18, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dark Love StoryWhere stories live. Discover now