Hidup ini bagiku sesuatu yang misteri. Segala yang berlaku di dalam konsep hidup itu sendiri sesuatu yang sangat misteri. Apa yang bakal berlaku dan semua yang terlibat juga sangat misteri.
Tiada siapa yang dapat meramal masa hadapan dalam kehidupan. Ada individu yang mengalami hidup bahagia. Ada juga individu mahupun sesiapa sahaja mengalami kesukaran dan kesedihan dalam hidup.
Aku terus memerhatikan sekumpulan kanak-kanak lelaki dan perempuan di hadapanku bermain di atas timbunan pasir. Mereka sedang bergembira dan tersenyum riang. Aku perhatikan wajah ibu bapa dan penjaga yang sedang memerhatikan dan mengawasi mereka dari jauh juga sedang tersenyum sambil berbual sesama mereka. Suasana yang teramat damai pada pandanganku.
Sudah beberapa jam aku duduk di bangku taman berhampiran rumahku ini. Aku ingin menenagkan fikiran dan hatiku yang bercelaru. Namun apabila melihat kanak-kanak comel di hadapanku bermain dengan riang, tanpa dapat di tahan hatiku terusik sedih. Ada memori pedih yang tidak pernah padam berlegar-legar kembali menguasai minda dan hatiku.
Zaman kanak-kanaku bermula sama separti kanak-kanak yang lainnya. Aku segera memejam mataku rapat dan kejap, seolah-olah perbuatanku menutup mata akan dapat menutup dan menghalang memori sedih itu terus menguasai hati dan mindaku. Aku tidak mahu mengingatinya ketika ini. Aku tidak mahu terlalu banyak berfikir, aku datang ke taman ini untuk bertenang dan bersantai sendirian dan bukannya bersedih bersendirian di sini.
Satu keluhan berat terbit dari bibirku. Aku lantas tersenyum sendiri. Aku merasa keadaan ku sedikit lucu ketika ini. Sudah lama aku tidak layan perasaan seperti ini. Hari ini kebetulan merupakan hari hujung minggu. Aku yang bosan berada di rumah mengambil keputusan untuk mengambil angin di taman ini. Memandangkan hari ini hari minggu, ramai orang yang mengunjungi taman, ada yang bersama keluarga, rakan-rakan dan ada juga yang bersendirian seperti aku.
Aku memilih duduk di sebuah bangku panjang berhampiran sebuah tasik. Kedudukannya yang agak damai dan tenang sekali.
Apabila menyedari hari semakin lewat petang. Aku segera bangun dan berjalan perlahan untuk pulang ke rumah. Tiba-tiba aku merasa perasaan tidak selesa, seolah-olah ada seseorang sedang memerhatikanku. Semakin laju aku mengatur langkah. Degupan jantungku juga semakin laju.
Ketika melalui jalan yang sunyi berhampiran rumahku aku seakan-akan mendengar beberapa suara seperti ada beberapa orang sedang berbincang. Aku dapat mendengar suara orang berkata-kata dengan marah dan tertekan sekali. Aku tiba-tiba mendengar seperti suara orang menangis dan merayu-rayu. Aku kebinggungan dan perasaan ingin tahuku segera menebal.
Dengan perlahan aku mencari dari mana datangnya suara-suara tersebut. Aku begitu gementar sekali, aku takut rasa ingin tahuku ini akan meletakkan aku dalam keadaan bahaya. Apabila aku semakin hampir dengan suara-suara tadi barulah aku dapat melihat beberapa orang lelaki dan beberapa orang wanita sedang berdiri dan sedang bercakap dengan seorang lelaki yang sedang duduk melutut dan sedang menangis.
Aku segera berdiri dan menyembuyikan diriku pada sebatang pokok yang besar.
"Cepat cakap di mana kau sembunyikan tuan kau?." Seorang lelaki yang bertubuh besar dan berisi berkata dengan nada suara yang mengancam. Aku lihat tanganya memegang sesuatu yang panjang dan bersinar.
Lelaki yang melutut tadi aku lihat wajahnya berlumuran darah dan bengkak-bengkak pada mulut dan matanya. Dia hanya diam dan engggan bersuara. Aku segera menutup mulutku dengan tangan apabila aku hampir terjerit apabila menyaksikan lelaki bertubuh besar tadi menikam tubuh lelaki yang sedang melutut di hadapannya. Lelaki bertubuh besar serta semua yang berada di situ tiba-tiba kaku dan memandang ke arahku. Aku segera duduk dan melihat lelaki yang ditikam tadi rebah dan kaku seperti patung.
Aku panik dan cuba mengawal nafasku. Tubuhku segera bergetar hebat apabila melihat salah seorang lelaki tadi melemparkan mancis ke atas tubuh lelaki yang di tikam tadi lalu serta merta tubuhnya dengan pantas di jilat api yang begitu marak sekali.
Keadaan menjadi sepi seketika, yang kedengaran hanyalah bunyi api yang begitu rakus menjilat dan membakar tubuh lelaki tadi.
"Alisa, malangnya kita ada saksi kejadian. Cari dia dan bawa dia menghadap aku sekarang. Aku tak nak buang masa". Tersentak degupan jantungku semakin laju mendengar kata-kata lelaki yang bertubuh besar, dengan sengaja dia bercakap dengan suara yang dikuatkan sambil wajahnya di hiasi senyuman yang kejam dan menakutkan.
"Baik tuan". Sebaik sahaja aku mendengar kata-kata itu aku segera bangun dan berpaling lalu mengatur kakiku untuk melarikan diri.
Aku segera menjerit kuat apabila tubuhku terlangar wanita tadi yang baru beberapa saat tadi berada di hadapanku. Serta-merta aku binggung dan keliru, bagaimana wanita tadi tiba-tiba dengan pantas boleh berada di belakangku. Belum sempat aku melakukan apa-apa aku merasakan kesakitan yang tiba-tiba pada pipi kananku. Aku tersentak dan terperanjat. Aku dapat merasakan tubuhku melayang dan belakangku terhempas pada pokok yang berada jauh di sebelahku. Aku merasakan kesakitan yang tidak dapat aku gambarkan segera meletus dan merayap di seluruh tubuhku. Aku dapat merasakan ada cecair hangat yang mengalir keluar dari hidung dan mulutku. Rasa aneh seperti besi dan logam segera memenuhi mulutku. Aku tanpa sedar meludahkannya keluar daripada mulutku. Cecair merah yang keluar dari mulutku segera mendarat di atas tanah.
Serta-merta tubuhku terasa letih. Setiap pergerakanku terasa sakit dan perit. Aku tanpa sedar segera cuba mengurangkan pergerakan tubuhku. Pandanganku terasa berbalam-balam. Sebelum kegelapan menyelubungiku aku dapat melihat seseorang melutut di hadapanku. Aku dapat merasakan sentuhan jari bekunya menyentuh pipiku. Pandangan matanya lembut merenung wajahku segera bertukar bengis dan menakutkan. Aku lihat sebelum aku tidak dapat menahan mataku daripada tertutup lelaki yang menyentuh pipiku tadi dengan pantas bangun dan muncul di hadapan wanita yang menamparku tadi lalu memegang lehernya dan memulas kepalanya dengan pantas. Bunyi tulang yang remuk dan patah dengan kuat adalah bunyi terakhir yang aku dengari apabila aku sudah tidak dapat membuka mataku.
YOU ARE READING
Dark Love Story
RomanceHidup tidak selalunya indah. Kata-kata itu sudah sebati benar dengan hidup gadis bernama Nuhara Ashieka. Selesa dengan panggilan Ashie dia gadis yang sederhana dan merendah diri. Hidupnya yang sering diduga menjadikannya gadis yang selesa dengan pri...