Bab 1

595 2 0
                                    

Terkebil-kebil mataku memandang sepasang kekasih yang sedang makan jauh di hadapanku, mereka duduk dengan sangat rapat. Saling menyuapkan makanan sesama mereka sambil tersengih dan tersenyum-senyum dan bertentang mata. Pelangan lain yang duduk di sekeliling mereka langsung tidak di endahkan. Ada yang memandang dengan pandangan tidak suka ada juga yang buat tidak tahu saja. Aku terus memerhatikan mereka, ada sesuatu tentang mereka yang membuatkan aku terus memandang mereka. Rupa paras mereka sangat menarik dan boleh di katakan sempurna walaupun hanya berpenampilan ringkas dan kasual.

Pelanggan restoran yang tidak begitu ramai membuatkan aku yang merupakan seorang cashier sempat mengelamun dan memerhatikan keadaan sekeliling.

Jam menunjujkkan pukul 10 pagi di Lourve Café and Book Store, keadaan di dalam Café masih lagi tenang dan terkawal kerana belum lagi sampai waktu kemuncak di mana keadaan akan mula tegang dan sibuk pada waktu di antara tengah hari dan awal petang iaitu pada pukul 12 tengah hari sehingga sekitar pukul 2 petang yang juga merupakan waktu rehat pejabat.

Aku masih terus memandang mereka yang seperti telah selesai makan dan sedang rancak berbual. Mataku tertancap pada tangan teman lelaki yang memegang dan mengusap erat tangan teman wanitanya sambil tersenyum lembut dan memandang teman wanitanya dengan mesra. Mereka kelihatan comel dimataku.

Perasaanku tiba-tiba menjadi tidak menentu, terasa kosong dan berat. Segera aku mengalihkan pandangan bila pasangan kekasih itu tiba-tiba mengalihkan pandangan mereka ke arahku, pantas aku mengawal gugup dan memastikan riak wajahku tenang. Aku segera berdiri apabila mereka birdiri di hadapanku untuk membayar buku yang hendak di beli, dengan tenang aku melakukan tugasku lalu menghulurkan semula buku tersebut kepada mereka yang berdiri dI hadapan kaunter di hadapanku.

“ Thanks miss” ucap si teman lelaki sambil tersenyum. Teman wanitanya hanya memandangku dengan senyuamnya yang manis.
“ Your welcome, come again to our café, we will give you the best service we can”. Ucapku memandang lelaki itu dan membalas senyuman teman wanitanya.

“ We deffenitlly will, we really like this place. It has a nice feeling and the food was simply amazing”. Ucap lelaki di hadapanku dengan teruja sekali.
Aku hanya tersenyum sambil memerhatikan mereka berpaling untuk beredar. Persaan tidak menentu itu kembali mendatang. Aku menjadi bingung apakah sebabnya. Aku bukanlah seorang yang rajin melayan perasaan walaupun aku sering mengelamun, ketika mengemlamun pula yang aku lamunkan hanyalah ingin segera menghabiskan pembacaan buku novel ku yang berada di meja kaunter dihadapanku. Namun aku jarang dapat melakukannya di Café ini, kerana pemilik Café ini puan Umairah sering menegur aku yang selalu terlalu leka membaca sehingga tidak sedar kehadiran pelanggan di hadapanku. Namun aku sering tidak mengendahkannya dan tetap membaca sekirannya tiada pelanggan di dalam Café, malah ketika waktu rehat pekerja pun aku lebih senang membaca buku sambil makan. Aku lebih suka bersendiri dan jarang bergaul dengan rakan sekerjaku yang sering berkumpul di meja bulat di sudut Café sambil bebual-bual. Sering mereka mempelawaku untuk duduk dan makan bersama mereka, namun aku hanya tersenyum dan menolak degan lembut sehingga lama-kelamaan mereka tidak lagi mempelawaku. Aku bukannya hendak berlagak sombong, namun aku lebih selesa sendiri dengan duniaku. Aku selalu merasa tidak dapat bergaul dengan baik dengan orang di sekelilingku malah aku merasa lemas dan rasa terganggu.

Begitu pantas masa berlalu, aku lagsung tidak menyedari masa kerjaku hampir tamat untuk  hari ini. Aku segera berkemas dan memberitahu rakan sekerjaku aku ingin pulang.
Aku berjalan dengan perlahan menuju ke rumahku, mujur jarak tempat kerjaku hampir dengan kawasan tempat tinggalku. Setelah sampai di rumah aku segera masuk dan mengunci pintu. Setelah selesai mandi aku terus tidur.

Tanpa aku sedari sesuatu yang ganjil bakal berlaku dalam hidupku,sesuatu yang bakal merubah segalanya.

Dark Love StoryWhere stories live. Discover now