Bab 6

334 2 0
                                    


Aku bekerja seperti biasa pada hari ini. Keadaan berjalan dengan lancar setakat ini. Pelangan kelihatan sentiasa berpuas hati. Aku seperti biasa menenggelamkan diriku di dalam dunia buku yang sedang aku baca.

Sesekali aku akan di kejutkan dengan bunyi ketukan pada meja kaunter di hadapanku apabila ada pelanggan yang membaca ingin membayar harga buku yang hendak di beli. Aku hanya tersengih dan tersenyum sambil meneruskan tugasku.

"Hai Shie." Dengan segera aku memandang Aliya yang baru sahaja buduk di sebelahku. Aku perhatikan wajahnya yang sedang tersenyum padaku.

" Kenapa kau pandang muka aku macam tue?. Ada apa-apa ke kat muka aku nie?." Ucap Aliya sambil meraba-raba wajahnya apabila sedar aku sedang merenung wajahnya.

Segera aku mencapai kotak tisu yang berada di meja kaunter lalu aku hulurkan pada Aliya. "Muka kau berpeluh sangat." Aliya hanya tersengih lalu segera menarik beberapa keping tisu. " Kau tau je apa yang aku nak, anyway,thanks Shie."

Aku hanya tersenyum memandang Aliya yang sudah selesai menyingkirkan peluh pada wajahnya. "Mesti kau penat?." Soalku pada Aliyah.

"Penat sangat Shie, dari tadi pagi aku asyik mundar-mandir, duduk pun tak sempat. Bila hujung tahun macam nie macam lipas aku nak kena susun buku-buku. Banyak buku baru sampai. Nasib baik aku tukang susun je, kesian Mila dengan bebudak yang bahagian labelkan buku. Tak menang tangan. Yang ada pun belum siap, ada lagi buku yang baru sampai." Aku hanya memandang Aliya dengan tersenyum. Simpati melihat wajah letihnya.

"Anyway, kau ada dengar tak cerita terbaru?." Soal Aliya sambil memandang ke kiri dan kanan, seolah-olah tidak mahu perbualan kami di dengari oleh pihak tertentu.

"Dengar cerita apa?." Soalku hairan. Apabila mendengar  pertanyaanku, dengan segera Aliya merapatkan wajahnya pada wajahku. "Tentang kejadian misteri semalam. Aku dengar-dengar semalam di jalan luar Cafe ada pergaduhan besar. Menurut saksi seorang perempuan kena tembak dalam pergaduhan tue. Saksi terus call polis. Bila dengar je bunyi siren polis. Dua lelaki termasuk yang menembak tue cepat-cepat lari. Bila polis sampai keadaan kelam-kabut cuba selamatkan perempuan tue." Aliya menarik nafasnya dan berhenti berkata-kata seketika.

"So lepas tu apa jadi?." Aku yang tertarik mendengar cerita Aliya segera bertanya dengan tidak sabar. "So bila polis periksa keadaan perempuan tue. Polis sahkan perempuan tu dah mati. tapi bila polis-polis tu tengah awasi keadaan dan ambil plastik untuk membungkus mayat perempuan tu. Satu benda aneh jadi pada masa tue." Aliya merenung mukaku untuk melihat reaksiku bila Aliya sekali lagi menghentikan penceritaannya.

"Apa yang aneh?, apa jadi lepas tu?."

" well, itu la persoalannya. Tiada siapa yang dapat betul-betul pastikan apa yang jadi semalam, polis pun masih bingung dan sedang terus menyiasaat apa yang terjadi malam tu. Saksi kejadian cakap bila polis-polis baru je nak bungkus mayat tu pakai plastik tu. Mayat perempuan tu dah tiada. Seolah-olah tiba-tiba hilang macam tu je, dan yang paling aneh di tempat kejadian tu tiada sebarang kesan darah pun. Macam kejadian tu tak berlaku langsung. Sampai sekarang ni polis dan pihak berkuasa masih menyiasat kejadian tu?."

"Heh!.. boleh percaya ke cerita kau nie Aliya?. Macam pelik je?. Macam mana mayat boleh hilang dan kau tau ke siapa saksi kejadian tu?." Tanpa sedar aku mengerut kan dahi.

"Mesti la boleh percaya, sebab aku la saksi kejadian tu. Semalam aku lambat balik, aku lepak dengan bebudak dapur. Lagi pun Chica nak aku balik dengan dia semalam sebab kereta dia rosak. Masa tu aku tolong Chica buang sampah di seberang jalan depan tu. Lepas aku dah buang tue la aku nampak ada orang gaduh. Aku takut sangat masa tue. Aku langsung tak sedar aku tengah peluk tiang pas tue duduk dekat tempat buang sampah yang busuk sangat. Bila dorang dah gaduh teruk sangat aku terus call polis. Aku hampir terkencing bila dengar bunyi tembakan tue tau tak?. Tapi memang itu la yang jadi semalam aku tak tipu. Sumpah Shie." Ucap Aliya sambil mengangkat tanganya.

"Aku masih susah nak pecaya la. Tapi aku tahu kau tak tipu aku. Apa pun kau hati-hati je Aliya. Aku rasa tak sedap hati la." Kata ku sambil memandang wajah Aliyah yang terangguk-angguk setuju dengan kata-kataku.

"Betul cakap kau tue Shie, aku belum pernah tengok lagi macam yang jadi semalam tu. Nasib pihak polis semalam baik. Masa tue lewat malam jadi tiada saksi lain kat situ. Lagi pun bebudak dapur langsung tak sedar apa yang jadi di luar semalam. Aku pula nasib baik di selamatkan tong sampah di seberang jalan tue. Busuk sangat jadi polis tak anggap ada orang sanggup menyorok, termasuk polis tu pun tak sanggup periksa tempat aku sembunyi tu. Aku betul-betul rasa jantung aku nak meletup bila polis tue dah berdiri di depan aku. Aku terus lega bila polis tue terus picit hidung dia dan blah dari tempat aku menyorok. Hampir 2 jam juga aku menyorok dekat situ. Fuh!.. siksa paru-paru aku Shie."

Aku hanya tersenyum-senyum membayangkan kejadian yang di alami Aliyah semalam. "Sekejap lagi kita sambung cerita, aku sambung buat kerja dulu Shie." Aku hanya mampu memandang tubuh Aliya yang tengelam di sebalik rak buku.

Fikiranku masih memikirkan cerita yang di sampaikan Aliyah padaku sebentar tadi. Bertingakah akal logik dan rasa hairanku. Benar kata Aliya ianya benar-benar aneh dan misteri.

Dark Love StoryWhere stories live. Discover now