Hari ini aku seperti biasa sedang bersiap untuk menuju ke Café. Setelah selesai besiap aku segera menutup dan mengunci pintu. Aku segera menyelongkar beg sandang yang tersangkut di bahuku untuk mencari ipodku untuk mendengar lagu sambil berjalan menuju ke Café. Namun, langkah yang baru mahu aku atur segera terhenti apa bila aku terlihat seekor kucing yang berwarna hitam sedang duduk di hadapan kakiku. Matanya bulat dengan anak mata berwarna sangat unik yang belum pernah aku lihat pada mana-mana kucing sebelum ini. Kucing di hadapanku memiliki anak mata yang berwarna biru bercampur sedikit warna perak, matanya merenung dan mendongak padaku. Aku terpaku seketika sambil memerhatikannya yang juga,sedang memerhatikanku. Aku merasa hatiku berdebar-debar. Aku suka melihatnya, dan aku memang selalu tertarik pada kucing berwarna hitam sejak aku kanak-kanak lagi. Apabila rakan-rakan sekolahku ditanya oleh guru apakah warna kucing kesukaan mereka, kebanyakan mereka menjawab mereka menyukai warna putih,oren dan putih coklat. Namun hanya aku yang menjawab menyukai kucing yang berwarna hitam. Bagiku mereka sangat unik dan comel. Aku tertarik pada warna hitamnya, ianya sangat berkarisma dan mempunyai aura comel yang sangat unik.
Aku terus memerhatikannya, tanpa sedar aku duduk dihadapnnya dan menghulurkan tanganku untuk mengusap kepalanya. Namun ada sesuatu yang telah menghentikan niatku. Pandangan matanya yang tajam dan merenung setiap pergerakanku. Aku segera memerhatikan kawasan sekelilingku untuk memastikan jika ada tanda-tanda kucing di hadapanku ini mempunyai tuan. Hatiku segera bimbang memikirkan itu. Aku ingin memiliki kucing ini dan berharap ianya tidak dimiliki sesiapa.
“ Hey kitty". Ucapku tanpa sedar dan kembali menghulurkan tanganku untik mengusapnya.
Kucing tadi terus merenung tanganku dan tiba-tiba sahaja mulutnya menyeringai dan mengeluarkan bunyi mengerang marah apabila mendengar aku memanggilnya kitty. 'What??, is that even posibble?, kucing nie faham ke apa aku cakap? '. Aku membuat keputusan untuk tidak menghiraukan kata hatiku dan terus berharap kucing ini tidak takut padaku dan melarikan diri.Kucing tadi terus memerhatikan aku. Aku sekali lagi cuba menghulurkan tanganku untuk membelainya, kali ini kucing tadi kelihatan semakin tenang dan membiarkan aku mebelai kepalanya. Bulunya sangat lembut dan selesa untuk dibelai. Aku segera bertindak ingin mengangkatnya dan mengendongnya, namun seolah-olah mengerti akan niatku kucing tadi segera berundur dan memerhatikanku dengan tajam dan mengeluarkan bunyi mengerang marah sekali lagi. Tanpa sedar aku mengeluh aku benar-benar ingin memiliki kucing ini namun aku sudah lewat untuk pergi ke Café. Aku merasa bingung dan segera memandang ke arah jam tanganku. Aku sudah 10 minit terlewat. Apabla aku melihat ke arah kucing tadi, kucing tersebut telah tiada di situ. Aku kebingugan dan secara sepontan melihat kawasan sekelilingku untuk mencari kelibat kucing tadi. Aku menyentuh mukaku lantas mengeluh dan segera menuju ke Café.
Setibanya aku di Café, keadaannya sesak dengan pelangan yang ingin bersarapan. Aku lihat Asyikin yang menjadi cashier di kaunter makanan tidak menang tangan melayan pelanggan yang membayar harga makanan mereka. Aku segera menuju ke kaunter bayaran buku tempat aku bertugas dan aku lihat Puan Umairah sedang melakukan tugasku, apabila terlihat kelibatku dia segera tersenyum lega dan membuat isyarat tangan agar aku menghampirinya. Aku segera patuh dan berdiri di hadapanya sambil tersenyum gugup kerana terlewat. Mujur sahaja Puan Umairah tidak memarahi aku dan hanya menegurku agar tidak mengulanginya lagi. Aku pun memulakan tugasku untuk hari itu.
Ketika aku sedang sibuk berkhayal dan mengelamun di meja kaunterku pada petang itu, tiba-tiba lonceng pintu berbunyi menandakan ada yang menolak pintu masuk Café, dengan perasaan terkejut aku mengalihkan pandanganku ke arah pintu dan seorang lelaki melangkah masuk dan terus memerhatikan keadaan sekeliling. Satu reaksi yang biasa dipamerkan oleh setiap pelangan yang baru masuk di Café ini, kerana tiada siapa akan menyangka pintu kecil dan papan tanda nama Café yang juga kecil ini merupakan sebuah Café yang luas di dalamnya, ditambah pula dinding kaca yang gelap menyebabkan tiada siapa yang boleh meneka rupa ruang dalaman Café ini. Namun perniagaan Puan Umairah sentiasa di dalam keadaan yang baik, dan setiap hari akan ada ramai pelanggan yang akan datang sama ada untuk makan mahupun untuk membeli buku. Setiap hari akan ada beberapa pelanggan baru akan tertarik melihat paparan papan menu yang di letakkan di luar Café. Telah 4 tahun aku berkerja di sini setelah aku menamatkan pengajianku di kolej. Aku yang terlihat tawaran kerja sebagai cashier terus berminat untuk mencuba bekerja, pada mulanya aku agak ragu untuk masuk ke dalam Café ini. Apabila aku melangkah masuk, hatiku terus terpaut pada rekaan dalamanya yang elegan namun ringkas. Suasananya yang damai namun misterius itu terus menjadi daya penarik Café ini walaupun setelah 4 tahun.Aku lihat pelanggan tadi mula berlegar-legar disekitar rak buku. Aku membiarkannya membuat keputusan sambil di bantu Aliya yang bekerja untuk menjawab segala pertanyaan pelanggan dan juga merupakan pekerja yang akan mengemas dan menyusun buku. Aku kembali meneruskan lamunanku, namun aku di kejutkan dengan kehadiran Aliya yang dengan kasar sambil merengus marah duduk di sebelahku
“ Kenapa?". Tanyaku pada Aliya.
“ Huh!!, lelaki yang baru masuk tadi tu la, aku tanya baik je, kalau-kalau dia perlukan sesuatu. Tapi dia boleh buat tak tau je. Aku bengang la”. Beritahu Aliya padaku sambil menujuk-nunjukkan tangannya ke arah di mana pelanggan tadi berada.
“ Umm..mungkin dia tak perlukan apa-apa, lagipun mesti dia tanya kalau dia perlukan sesuatu”. Ucapku sambil menandangnya.“ Aku tau la, aku cuma menjalankan tugas aku je". Kata Aliya sambil mengerdipkan kelopak matanya berkali-kali padaku.
“ Well, kita berdua tau itu tak betul sangatkan”. Kataku padanya sambil memandangnya dengan pandangan skeptikal dan menyoal.
“ Hehe.., I could'nt help my self. He was so gorgeous. I thought I can get to know him a little. But damn that guy was super weird, huh". Ucap Aliya sambil tersengih-sengih di hadapanku.
Aku hanya tersenyum melihat telatah Aliya yang kembali menuju ke rak buku untuk mengemas buku.Aliya merupakan satu-satunya gadis yang rapat denganku di Café ini selain Roland tukang masak di sini, namun kerjanya yang sentiasa sibuk menyebabkan aku jarang dapat berbual-bual dengannya.
Bunyi ketukan meja yang tiba-tiba kedengaran di hadapanku membuatkan aku tersentak lantas menoleh ke hadapanku. Pandangan mataku disapa oleh pelanggan lelaki tadi, aku segera bangun dari dudukku apabila dia meletakkan sebuah buku novel di hadapanku. Aku segera melakukan apa yang patut dan menyerahkannya kembali buku tersebut. Sempat aku meneliti buku yang di belinya kerana merasa hairan, dia membeli buku novel inggeris yang bertajuk 'Bonded By Blood' yang juga merupakan novel kegemaranku. Mengisahkan tentang kisah romantik yang misteri. Aku sudah berulangkali membacanya. Aku merasa kagum kerana ada lelaki yang turut gemar membaca cerita misteri seperti itu. Ketika memandang wajah lelaki tadi, aku sedikit terkejut apabila melihat warna matanya yang seperti pernah aku lihat. Aku cuba mengawal riak wajahku sambil berusaha mengingat di mana aku telah melihat warna anak mata seperti yang di miliki oleh lelaki yang sedang berdiri dan merenung tajam wajahku. Tiba-tiba bayangan kucing hitam telintas difikiranku, barulah aku teringat di mana aku telah melihatnya. Tanpa sedar aku tersenyum sendiri. Apabila aku memandang kembali wajah lelaki tadi lantas senyumanku mati apabila melihat dia masih memandangku dengan tajam. Aku menjadi gugup dengan pantas bertanyanya.
“ Encik perlukan sesuatu ke?”. Kataku sambil cuba tersenyum walaupun lelaki tadi hanya senyap dan memerhatikan kelakuanku.
“ Saya memang perlukan sesuatu, tapi hati-hati dengan pertanyaan awak kitty, nanti senang orang nak ambil kesempatan dan pastikan awak jaga hak milik seseorang dengan baik". Akhirnya lelaki itu mengeluarkan juga suaranya setelah dia hanya senyap memerhatikan aku, dan apabila melihat aku yang tercengang-cengang dengan kata-katanya lelaki itu terus berlalu keluar dari Café. Aku hanya mampu melihat kelibatnya menghilang di sebalik pintu.“ Tengok, aku dah bagi tahu kau lelaki tu pelik. Siapa yang tiba-tiba je cakap macam tue?. Aku langsung tak faham apa dia cakap”. Ucap Aliya yang tiba-tiba saja berada di sebelahku, rupanya dia sedang memerhatikan aku dan lelaki itu. ku yang masih kebingungan hanya mampu mengelengkan kepalaku padanya.
Hatiku berdebar-debar aneh. Sesuatu tentang lelaki tadi membuatkan perutku terasa seperti dipulas-pulas aneh dari dalam. Aku cuba tidak terlalu memikirkannya dan terus melakukan tugasku untuk hari itu.
Malam itu ketika aku sendirian di rumah. Sedang aku duduk menonton tv, aku mendengar bunyi ketukan pintu. Serta merta perasaanku gusar. Pelbagai persoalan timbul di fikiranku. ' Siapa pula ketuk pintu malam-malam ni, aku tak ada pun tengah tunggu siapa- siapa?, kenapa orang kat luar tu tak pandai nak bagi salam?. Lagipun aku tinggal seorang kot?”. Takut mula menguasai diriku. Namun, aku segera melangkah menuju ke arah pintu dan segera menuju ke tingkap untuk melihat siapa yang berada di luar rumahku.
“ Oh my!”.
YOU ARE READING
Dark Love Story
RomanceHidup tidak selalunya indah. Kata-kata itu sudah sebati benar dengan hidup gadis bernama Nuhara Ashieka. Selesa dengan panggilan Ashie dia gadis yang sederhana dan merendah diri. Hidupnya yang sering diduga menjadikannya gadis yang selesa dengan pri...