Prolog

679 4 0
                                    


Seorang kanak-kanak perempuan sedang mengosok matanya. Jiwa mudanya mengebu dengan rasa protes dan marah. Rasa sakit hati dan benci membuak-buak di dalam hatinya. Tanpa dapat dikawal air matanya terasa memenuhi ruang kelopak bawah matanya, bergenang dan terasa sukar untuk menahannya daripada mengalir. Kanak-kanak permpuan itu tidak mahu kelihatan lemah dan seakan kalah kepada mereka. Kanak-kanak perempuan itu merenung sekumpulan budak-budak lelaki sebayanya dan juga merupakan rakan sekelasnya. Kanak-kanak perempuan itu lantas berdiri dari duduknya. Sekumpulan budak-budak lelaki itu tidak menunjukkan reaksi mengalah. Mereka terus memandangnya dengan pandangan mengejek lalu tertawa dan terus mempersendakannya.

Kanak-kanak permpuan tadi bertambah marah, hatinya terasa berat dan pedih. Namun kanak-kanak peremuan itu tidak mahu mengalah dan menyergah mereka.

" Diam!!. Jerit kanak-kanak perempuan tersebut. Sambil menahan nafasnya yang semakin sukar dikawal.

" Apa?. Kau la diam si botak". Jerit salah seorang kanak-kanak lelaki tersebut sambil membalas renungan budak peremuan itu dan tersenyum sinis apabila mendengar rakan-rakannya menyokong kata-katanya dan mentertawakan budak perempuan itu.

" Aku bagi tahu cikgu nanti padan muka kamu semua". Ucap budak perempan itu lagi.

" Pergilah, kami taka takutlah dengan kau si botak". Budak lelaki itu berkata memarahinya. Mereka terus mentertawakannya.

Budak perempuan itu lalu mengalah dan duduk semula di kerusinya sambil meletakkan kedua tangannya di atas meja dan menundukkan kepalanya. Mereka terus mencemuh dan memanggilnya dengan pelbagai nama yang menghina dan membuatkannya semakin sedih. Tidak lama kemudian mereka mula menyanyi lagu dengan lirik yang mengejek keadaan dirinya.

Dol dol cak


Kepala botak


Ditendang cicak

Mereka berulang-ulang menyanyikan lirik lagu itu beramai-ramai. Keadaan semakin bingit didalam bilik darjah itu. Budak perempuan itu terasa sangat rimas dan kecewa kerana dia tahu cikgu tidak masuk mengajar kerana sedang bermesyuarat. Budak perempuan itu harus bertahan untuk tempoh sejam lagi sebelum waktu pulang. Dia meletakkan mukanya di atas meja lalu menutup matanya dan cuba untuk tidak menghiraukan keadaan sekelilingnya.


Ketika lonceng berbunyi menadakan waktu pulang budak itu segera menarik nafas lega dan mengangkat begnya dan menyangkutkannya di belakangnya. Budak perempuan itu menoleh kearah pintu keluar, telah ramai rakan-rakan sekelasnya berpusu-pusu ingin cepat keluar. Budak perempuan itu lalu bangun dan menuju ke pintu dan menunggu ruang pintu untuk mempunyai ruang untuk di lalui. Apabila rakan-rakan sekelasnya menyedari kehadirannya di belakang mereka ada di antara mereka yang segera menjauh darinya, seolah-olah geli dan tidak mahu bersentuhan dengannya. Mereka membuat reaksi muka tidak suka dengan kehadirannya.


Hatinya berdetik sedih. Tersentak setiap kali mereka melakukannya walaupun perkara tersebut telah berlaku hampir setiap hari selama 3 tahun. Namun dia hanya berdiam diri, dan segera keluar dari bilik darjah dan pulang.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
Malam itu dia duduk sendirian di halaman rumahnya. Suasana sangat sunyi di kampungnya ketika itu. Mama dan babanya telah pun lama tidur. Hatinya terasa kosong dan sepi sekali, dia hanya termenung sambil memeluk lututnya. Fikirannya tiba-tiba kusut, terkenangkan nasibnya. Sejak darjah tiga pada tiga tahun yang lalu, mamanya sedang menyikat rambutnya ketika bersiap untuk kesekolah mamanya menyedari rambutnya telah gugur dan menyebabkan ada kesan botak sekecil duit syiling pada kepalanya.


Selama tiga tahun pelbagai cara rawatan telah dilakukan untuk memulihkan keadaan rambutnya. Namun tidak pernah berkesan, malah keadaan keguguran rambutnya semakin teruk.

Pada tahun ini umurnya telah mencecah 12 tahun. Tahun hadapan dia bakal bersekolah di sekolah menengah, dia merasa runsing untuk tinggal di asrama dengan keadaan rambutnya dia merasa sulit untuk tinggal di asrama dan dia telah letih terus dibuli dan diejek rakan sekolah. Hatinya terasa sangat bimbang.


Selama ini dia hanya bertahan dan bersabar. Kawan-kawan perempuanya memiliki rambut yang hanya mampu untuk dia pandang. Terkadang jiwa kanak-kanaknya cemburu, dan selalu memendam perasaan sedih sahaja. Apabila dia pergi ke majlis-majlis keramaian keluarganya seperti kenduri kahwin, pakcik dan makciknya sering tidak mengendahkan dan tidak sensitif terhadap perasaannya. Sering sahaja mereka dengan sembarangan dan tanpa izinnya membuka topi yang sering dipakainya untuk melihat keadaan rambutnya dihadapan sesiapa sahaja, dia merasa tersingung dan malu, namun dia terpaksa hormat dan membiarkan sahaja ianya terjadi.

Lamunanya terhenti apabila terdengar suara mamanya memangillnya. Tanpa dia sedari tangannya terus mengesat air matanya yang mengalir perlahan dipipinya. Tanpa sedar dia menangis, dia segera memasuki biliknya dan tidur.


Dark Love StoryWhere stories live. Discover now