Bab 4

432 5 0
                                    

Tiada perkara menarik yang berlaku pada hari ini. Aku hanya menghabiskan masa menonton tv setelah pulang dari pasar untuk membelikan Black ikan pada pagi tadi. Aku menoleh ke belakangku untuk melihat angka jam. Jam sudah menunjukkan jam 12 tengah hari. Namun, sehingga kini aku masih merasa benggang terhadap Black yang ketika ini sedang memerhatikan setiap perlakuanku.

Pandangannya dingin dan malas dengan kedudukannya yang selesa meletakkan kepalanya di atas lengannya sambil bertiarap.

Aku sengaja tidak mengendahkannya. Aku masih binggung memikirkan kenapa Black tidak mahu makan ikan yang telah aku rebus tadi, dia hanya merenung kosong ikan tadi lalu mendongak dan memberi aku pandangan tidak percaya dan mengejek seolah-olah pandaggannya bermaksud "really?, again with the fish?, are you kidding me?".

Aku mengeluh bingung seketika melihat perlakuannya. Selalunya kucing tidak pernah akan menolak ikan yang terhidang di hadapan mata, namun berbeza dengan Black, dia langsung tidak teruja atau menghidu ikan tadi dan kembali duduk di atas sofa dan menutup matanya.

Mengingat kembali perlakuan Black tadi, aku semakin merasa hairan dan bingung. Perlakuan dan sifat Black sangat aneh. Tenang dan terancang. Aku segera mengeluh berat dan memicit-micit dahiku yang mula berdenyut-denyut. Segera aku membaringkan tubuhku di atas sofa panjang, mataku sedang memandang Black yang sedang bertiarap di sofa berhampiran kakiku.

Sambil meletakkan tanganku di atas dahi dan menutup mata selama beberapa saat aku cuba relax. Alangkah terperanjatnya aku apabila aku membuka mata, wajah berbulu hitam Black dengan matanya yang bulat terkebil-kebil benar-benar berada di hadapan wajahku.

Aku segera bangun. Black dengan tenang hanya menjilat jari berbulunya. Bulu romaku ketika itu terasa berdiri, dengan perlahan aku memerhatikan sofa yang beberapa saat tadi di duduki oleh Black. Aku segera memicit dahiku dengan lebih kuat dan berfikir bingung ' samaada aku yang salah tengok yang Black memang duduk disitu tadi, atau Black memang boleh bergerak pantas dan muncul depan aku tiba-tiba'.

____________________________________

Malam itu aku terasa sukar untuk melelapkan mata. Puas aku berpaling dan berkalih kedudukan untuk menjemput rasa mengantuk. Namun mataku terasa langsung tidak menunjukkan tanda-tanda untuk terlelap.

Aku sangka dengan kehadiran Black aku boleh menyingkirkan sedikit rasa sunyi di hatiku, namun semuanya mula berlaku di luar kawalanku. Black sepanjang pagi tadi sehingga petang tadi menghabiskan masanya dengan tidur dan langsung tidak memperdulikan ikan yang aku beri padanya.

Bila aku ingin menyetuh atau membelainya, Black akan mengeluarkan bunyi mengerang marah tanpa membuka matanya dan menyambung tidurnya. Black kelihatan sangat lemah namun, Black langsung tidak mahu makan mahupun minum.

'Why does  a cat bother me so much in the head?. Get a grip Ashie its just a bloody cat.'

Entah jam berapa aku akhirnya terlelap, namun aku dikejutkan oleh bunyi yang perlahan dari arah dapur. Bulu romaku segera berdiri. Aku segera mengeluh bosan terhadap reaksiku yang dramatik. Aku segera mengatur langkahku menuju ke arah bunyi tadi. Entah mengapa apabila mula menghampiri dapur aku merasakan suhu sekelilingku terasa dingin. Suasana rumah sewaku terasa sunyi sekali. Sunyi yang menyesakkan. Aku memasang telinga, cuba untuk mendegar bunyi dari sekelilingku namun, yang mampu aku dengari hanyalah deruan nafasku yang laju dan tersekat-sekat serta bunyi degupan jantungku.

Klank
Tung
Shisk..
Sishk..
Sishk..

Sekali lagi telingaku menangkap bunyi dari arah dapur. Entah mengapa kakiku bergerak semakin pantas memasuki kawasan dapur dan bertingkah dengan mindaku yang menyuruh aku berlari kebilikku dan bersembunyi di bawah selimut.

Suasana dapur sangat suram dan gelap ketika aku berdiri sambil memerhatikan sekeliling. Satu-satunya cahaya yang aku lihat datangnya daripada tingkap dapur dan pintu pintu ais yang terbuka.

Degupan jantungku terasa berdegur laju dan berat sekali apabila aku cuba melihat dengat teliti, di sebalik kegelapan aku benar-benar yakin aku melihat seolah-olah ada seseorang yang sedang tuduk dan menyelongkar isi peti aisku. Namun, apabila aku menghampiri dan bersedia untuk menjerit. Orang tadi di dalam kegelapan aku lihat seolah-olah terkaku dan menyedari kehadiranku, dengan perlahan orang tadi memalingkan wajahnya kearahku dan dengan perlahan menegakkan tubuhnya dan berdiri menghadap aku.

Aku semakin panik dan takut mula menguasai mindaku, tanpa sengaja aku memejamkan mataku seketika. Beberapakali aku mengerdipkan kelopak mataku dan tanpa sedar kakiku mula melangkah beberapa langkah kebelakang. Dengan pantas aku bertindak aku segera berlari menuju ke ruang tamu dan segera mencapai benda pertama yang aku lihat. Tanpa sedar aku telah mencapai payungku. Dengan perasaan berdebar-debar aku berdiri bepaling ke belakangku. Aku segera mengerutkan dahiku bila melihat tiada sesiapa di belakangku apabila aku sangat yakin aku mendengar orang tadi mengejarku menuju ke ruang tamu.

Aku segera berlari ke dapur dan menghidupkan lampu. Mataku serta-merta memerhatikan peti ais. ketika itu juga payung yang aku pegang terlepas dari gengamanku dan terhempas ke lantai.

Ruang dapurku sepi. Semuanya dalam keadaan sama kecuali pintu peti ais yang masih terbuka dan mengeluarkan cahaya yang juga merupakan satu-satunya bukti bahawa kejadian tadi bukanlah imiginasi dan ilusi mindaku. Aku semakin bingung apabila melihat Black dengan tenang duduk di hadapan pintu ais di mana sebentar tadi aku lihat seseorang sedang berdiri sambil terbongkok-bongkok. 

" Meow." Black mengeluarkan bunyi dan memecahkan suasana sunyi di sekelilingku, sekaligus menyedarkan aku untuk melepaskan nafas yang tanpa sedar aku tahan.

"Black!??. Bila masa kau ada kat situ?." Aku menjadi semakin takut. Aku sangat pasti aku benar-benar melihatnya sebentar tadi.

Setelah memastikan semuanya dalam keadaan aman. Aku segera masuk ke dalam bilikku. Black aku lihat sedang duduk di atas meja berhampiran tingkap sambil kepalanya mendongak ke luar dan merenung ke atas langit. Apabila aku  perhatikan apa yang di lihatnya. Serta-merta bulu romaku kembali meremang.

Bulat, besar dan mengeluarkan cahaya merupakan bulan penuh yang sedang tinggi di atas langit. Aku memandang wajah Black dan aku tersentak seketika apabila seolah-olah melihat cahaya merah yang terang terbit sekilas dari anak mata Black. Ianya berlaku sungguh pantas.  Terasa aku seperti salah lihat apabila aku lihat dengan teliti anak mata black merupakan warna anak mata asalnya semula.

Aku mengeluh berat sambil sedaya upaya meyakinkan driku bahawa semuanya yang berlaku seketika tadi hanyalah imiginasi dan khayalanku sahaja. Semuanya berlaku mungkin kesan daripada aku yang kekurangan tidur dan keletihan.

Sekali lagi aku mengeluh berat. Jauh di dasar hatiku, ada suara yang menyedari bahawa aku hanya cuba tidak menerima kenyataan dan menafikan sebuah hakikat. Hakikat bahawa sesuatu yang gelap dan aneh sedang terjadi padaku.

Dark Love StoryWhere stories live. Discover now