Bab 3

462 3 0
                                    

Bab 3

Satu-persatu pintu kabinet almari di dapur aku buka dan tutup, semata-mata untuk mencari setin Sardin yang pernah aku beli sebulan yang lalu. Masalah mula timbul apabila aku tidak dapat mengingati di kabinet mana aku menyimpannya yang juga menyebabkan aku berkeadaan seperti sekarang. Bagiku setin sardin itu sangat penting sekarang ini demi membantu yang memerlukan. Agak aneh untuk difikirkan bagaimana setin sardin boleh membantu yang memerlukan terutamanya bagi seseorang atau sesiapa sahaja. Tapi mujur sahaja yang memerlukan sardin itu bukan aku atau sesiapa sahaja pada saat ini, namun yang memerlukannya ialah sesuatu yang aku sangka tidak akan muncul kembali di hadapanku. “ Hah!, dapat pun, nasib baik ada kalau tak mesti kau berlapar malam ni” kataku sendiri sambil memandangnya yang sedang duduk di atas meja makan. Alangkah terperanjatnya aku  30 minit yang lalu apabila melihat daripada tingkap, apa yang berada di luar pintu rumah ku adalah kucing hitam yang tiba-tiba lesap dari pandanganku siang tadi sedang duduk dan dengan tenang menjilat tangannya. Terkebil-kebil mataku memandangnya sambil tangaku berpaut pada langsir. “ Aik!, kucing siang tadi la. Pandai pula dia cari rumah aku ni, harapnya kali ni dia tak lari lagi. Hmm..!”.

Aku segera membuka pintu dan duduk mecangkung sambil memerhatikannya yang masih lagi dengan tenang menjilat jari-jari tangannya. Setelah menyedari aku membuka pintu dan berada di hadapanku. Kucing tadi segera mendongakkan kepalanya dan memandang aku. Perlakuannya segera terhenti apabila dia meletakkan tangannya ke lantai semula. Aku sangka dia akan terus merenung aku, namun sangkaanku ternyata silap apabila kucing tadi bertindak menukar posisi duduknya dan mula menjilat bulu perut dan kakinya. Aku memerhatikan fizikalnya, kucing ini kelihatannya daripada baka kucing yang bersaiz besar kerana aku lihat saiznya badannya yang lebih tegap dan panjang daripada kucing biasa. Matanya juga memiliki warna yang berbeza. Seperti menyedari dirinya di perhatikan kucing tadi menghentikan perbuatannya dan merenung aku tajam. Seolah-olah tidak suka aku meneliti dan melihatnya dengan tekun seperti tadi.

“ Hmm.., hai kitty ” sebaik sahaja ayat itu ku ucapkan pandangnya padaku semakin tajam dan mulutnya mula menyeringai dan megeluarkan bunyi amaran, namun aku hanya tersengih melihatnya. Aku seakan sudah dapat membaca personaliti kucing ini yang nakal dan pemarah. “ Kau ni tak ada tuan ke?. Kalau tiada kau nak tinggal dengan aku tak kitty?”. Tanpa sedar aku kembali berkata padanya, namun seolah-olah bosan dengan bebelan aku kucing tadi mula bangun dari duduknya dan mula berpaling dari aku. Aku segera panik dan dengan spontan terus berkata “ okey..okey aku tak panggil kau kitty lagi. Tapi jangan lari lagi”. Aku segera menampar dahiku apabila tersedar aku baru sahaja merayu seekor haiwan yang langsung tidak memahami apa yang aku baru sahaja aku katakan. Kucing tadi tiba-tiba sahaja menghentikan langkahnya dan aku seperti orang dungu terus terkejut bercampur teruja. Kucing ini benar-benar memiliki personaliti yang aneh. Seolah-oleh dia mengerti perlakuan dan apa sahaja aku katakan. “Oh crap, get a hold of your self Ashie. A cat is still a cat. Even if it can understand you it didn’t mean the cat will understand you fully like a person can”. Aku mengeluh kecil sambil melihat kucing tadi hanya berpaling padaku sementara tubuhnya masih menghala ke hadapan. “ Aku janji bagi kau makan dan minum susu hari-hari dan aku akan bagi kau tempat tidur yang selesa” aku masih lagi tidak dapat menghentikan diriku dari terus bercakap dengan kucing tadi. Seolah-olah tidak peduli dengan tawaranku, kucing tadi terus meneruskan langkahnya.

Aku berputus asa dan hanya memerhatikan kucing tadi berjalan pergi dengan perlahan. Aku pun bangun dan berdiri untuk masuk ke dalam rumah “ tak apa la kalau kau tak nak tinggal dengan aku kitty, aku doakan kau semoga selamat selalu” ucapku perlahan setelah memasuki rumah dan bersedia untuk menutup pintu rumah, namun bunyi mengiau yang tiba-tiba kedengaran di bawah kakiku terus menghentikan perbuatanku. Kemudian aku merasa sesuatu sedang menyondol betisku. Aku segera memandang ke bawah dan serta-merta bulu romaku meremang secara tiba-tiba, sedang duduk sambil mendongakkan kepalanya dan memandang aku ternyata kucing hitam tadi. Bingung segera menguasai diriku, aku langsung tidak melihat kucing tadi berpatah balik ke arahku. Aku sangat yakin aku melihatnya pergi di telan gelap malam di hujung jalan raya sebentar tadi. ' bila masanya kau patah balik kat sini kitty' bisik hatiku perlahan. Aku cuba tidak terlalu memikirkannya dan hanya membiarkan saja apabila kucing tadi dengan selamba berjalan dan duduk di sofa ruang tamuku dan menyambung perbuatanya menjilat bulu badanya. 

Aku segera menutup pintu dan duduk di sebelah kucing tadi. Aku segera bertindak mengangkatnya dan merenung wajahnya yang comel lalu memerhatikan reaksinya. Setelah memastikan kucing tadi tidak akan bertindak ganas dan mengigit atau mencakar aku, aku segera meletakkannya di meja makan dan begitu lah bermulanya kisah mengapa aku memerlukan setin sardin tadi apabila menyedari yang ada di dalam peti aisku hanya la beberapa bungkus mee segera dan beberapa kotak minuman jus buah-buahan. Kesibukan aku bekerja tidak memberikan aku peluang untuk membeli barang dapur, apatah lagi aku selalu makan di Café dan aku jarang makan malam membuatkan aku jarang memasak dan melihat apa yang kurang di dapurku.

Kucing tadi hanya merenung ikan sardin di dalam mangkuk yang telah aku asingkan kuahnya di hadapanya tanpa reaksi. Kucing tadi seolah-olah tidak berminat dan merenung kosong pada hidangan di hadapanya.  “ Aku tau lah tadi aku janji nak bagi kau ikan. Tapi ikan ni je yang aku ada sekarang. Nanti aku belikan kau ikan dengan susu ya"  aku terus melihat perlakuan kucing tadi. “ Aku kena bagi kau nama la. Memandangkan aku suka becakap dengan kau aku kena ada nama untuk panggil kau. Hmm. Let's see. Apa kata aku panggil kau Black, ya aku akan panggil kau Black mulai sekarang". Black hanya memandangku sekilas dan terus melompat turun dari meja dan berjalan menuju ke ruang tamu. Kepalanya bergerak ke kiri dan kanan memerhatikan keadaan dalam rumahku sambil menghidu-hidu setiap barang-barang yang berada hampir dengannya.

Aku senang melihat Black yang mula menyesuaikan dirinya di dalam rumahku. Aku lihat Black mula berjalan menuju ke bilik tidurku. Aku mengikuti langkahnya dan memasuki bilikku. Aku lihat Black sedang duduk di atas katilku krmudian membaringkan dirinya dan menutup matanya. Aku segera mengangkat badannya dan membaringkan tubuhnya di atas sofa yang berhampiran dengan katilku. Namun, Black seperti tidak setuju degan tindakan ku segera bangun dan melompat turun dan kembali melompat ke atas tilamku dan dengan selamba sekali lagi membaringkan tubuhnya dan menutup matanya. “ Hmm.. kau nak juga tidur atas tilam aku kan, kali nie aku bagi chance. Tapi besok aku mesti bagi kau mandi baru kau boleh tidur atas katil” mendengar perkataan mandi telinga Black terus menegak dan membuka matanya dan merenung aku tajam sebelum kembali menutup matanya dan berbaring.

Aku berdiri kebingungan sebentar melihat reaksinya. Bulu romaku sekali lagi meremang. Bagiku Black memang lain dari kucing biasa. Ada sesuatu tentangnya yang menimbulkan pelbagai perasaan dalam diriku. Black  mempunyai aura misteri padanya. Aku cuma membiarkan Black tidur dan masuk kedalam kamar mandi. Setelah selesai membasuh muka dan mengosok gigi, aku segera menukar pakaianku dan memakai baju tidurku. Sebaik sahaja aku berbaring mengiring dan meletakkan kepalaku di atas bantal lalu  berbaring di sebelah Black barulah aku mula merasa keletihan dan mengantuk segera mengusai diriku, dan dalam keadaan yang separuh sedar aku seperti dapat merasakan Black meletakkan dirinya di bawah daguku. Buat pertama kalinya kesunyian di dalam hatiku tidak terlalu terasa sunyi.

Dark Love StoryWhere stories live. Discover now