Hari-hari yang aku lalui berjalan seperti biasa. Sudah sebulan peristiwa aneh pada malam itu terjadi dan setelah itu tiada lagi peristiwa aneh yang terjadi. Setiap hari Isnin hingga Jumaat aku akan berkerja seperti biasa.
Semuanya seperti biasa dan normal dalam hidupku. Semuanya, kecuali seekor kucing peliharaanku yang aku beri nama Black. Black yang tidak berkelakuan seperti kucing itu berjaya menyebabkan kepalaku binggung dan jantungku berdegup laju bila memikirkannya. Aku bingung bila Black sering menghilangkan diri bila hari mula beransur malam dan hanya akan muncul pada bila pagi memunculkan diri.
Pada awalnya aku sungguh risau padanya. Aku sering bimbang sesuatu yang buruk terjadi padanya. Setiap kali Black keluar dari rumah, aku merasa perasaan aneh pada hatiku. Bimbang dan takut yang sangat menyesakkan dan menyakitkan. Seolah-olah kenyataan bila Black berada jauh dariku sangat sukar dan membuatkan aku merasa hilang fokus.
Pada awalnya aku sering menunggu Black pulang, namun bila aku menyedari Black hanya akan pulang ketika subuh, aku sudah malas menunggunya lagi. Sekurang-kurangnya aku lega kerana Black akan tetap pulang dan menyusup masuk kedalam selimutku, dari bawah kaki dia akan menyusup masuk dan menyumbatkan dirinya di bawah daguku dan menjadikan lengganku sebagai bantalnya.
Begitulah rutin hidup Black. Siang dia akan tidur sepuasnya dan kembali aktif pada malam hari. Black masih lagi tidak mengendahkan ikan yang aku beri padanya dan akhirnya aku langsung tidak memberinya makan lagi. Aku sungguh kecewa dan cuba memujuk hatiku dengan menganggap Black seekor kucing yang pandai berdikari dan memburu sendiri makanannya.
____________________________________Aku dengan tenang menolak pintu Cafe dan segera masuk dan berdiri seketika di hadapan pintu sambil mataku segera mencari kelibat gadis itu yang sibuk dan sedang melayan pelanggan. Aku meneruskan langkah dan memillih untuk duduk di meja yang kedudukannya berhadapan dan sedikit jauh dari kaunter.
Aku lihat semua pergerakan dan tingkah-lakunya. Setiap riak wajah dan reaksinya aku perhatikan, dengan segera aku mengengam erat dan kuat kedua tanganku yang aku letakkan di atas pehaku. Aku merasakan tubuhku rimas dan tidak bergerak selama beberapa saat. Memerhatikanya hanya membuatkan aku bingung dan merasakan emosi yang sepatutnya tidak wujud dan sudah lama aku lupakan. Semuanya yang dapat aku lihat padanya memancarkan aura naif dan rapuh, aura yang membuat aku merasa pelbagai emosi yang membinggungkan.
Naifnya membuatkan aku sungguh teruja. Teruja untuk memiliki dan menguasai. Melihat naifnya umpama melihat percikan api kecil yang menyala di dalam kegelapan. Aku ingin melihat sejauh mana percikan apinya yang naif itu mampu membakar dan bertahan di dalam kegelapan. Aku adalah kegelapan itu, kegelapan yang tertarik pada sekecil cahaya yang selama ini gagal aku temui dan aku sudah pun mula merasa terlalu ingin memilikinya dan tidak pernah mahu melepaskkannya.
Rapuhya membuatkan aku merasa takut. Kenyataan itu membuatkan emosiku segera tidak menentu. Aku yang telah sekian lama menguasai kegelapan sama sekali tidak boleh menerimanya. Rasa takut tidak patut ada pada diriku. Takut merupakan kelemahan di dalam duniaku. Takut merupakan faktor. Faktor yang menentukan dua perkara, menyebabkan kemusnahan ataupun kebangkitan, namun saat ini itulah yang sedang aku rasakan. Takut, takut untuk menyakitinya dengan kegelapanku. Rapuhnya dia membangunkan satu emosi dalam diriku. Melihatnya begitu naif dan rapuh membuat aku merasa ingin melindungi dan memilikinya tiba-tiba wujud dalam diriku.
Aku terus memerhatikannya melakukan tugasnya. Setelah beberapa ketika duduk di situ aku pun beredar dengan kenyataan yang berlegar-legar difikiranku. ' she's mine'.
YOU ARE READING
Dark Love Story
RomanceHidup tidak selalunya indah. Kata-kata itu sudah sebati benar dengan hidup gadis bernama Nuhara Ashieka. Selesa dengan panggilan Ashie dia gadis yang sederhana dan merendah diri. Hidupnya yang sering diduga menjadikannya gadis yang selesa dengan pri...