BAB 15

40 9 0
                                    

Seusai makan tengahari, Tina berjalan-jalan untuk melihat selok-belok rumah mewah ini bersama suaminya, Hakimi.

"Wow! Cantiknya taman bunga kat sini," ujar Tina yang baru sahaja melihat taman bunga yang cantik dengan keluasannya yang hampir sama dengan ruang tamu dan ruang dapur tadi. Teruja dengan keadaan di taman itu. Bunga-bunga yang ditanam di situ kelihatan subur dan mekar.

Bermacam-macam jenis bunga yang ada. Bunga mawar, bunga kertas , bunga matahari, bunga raya dan banyak lagi bunga yang dia tidak berapa kenal. Mungkin dieksport dari luar negara. Dia membuat andaian. Tapi yang paling menarik perhatiannya ialah bunga tulip. Bunga tulip bewarna peach. Cantik.

Kaki melangkah menuju ke arah tanaman bunga tulip peach itu. Lalu dihidunya.

"Hmm wanginya!," ujar Tina teruja.

"Suka?," tanya Hakimi yang tiba-tiba muncul dari belakang Tina yang masih ralit menghidu bau bunga tulip itu.

"Suka. Bau pun harum," ujar Tina.

"Tina yang dulu pun suka bunga tulip ni," kata Hakimi tiba-tiba.

"Ha?," Tina kepelikan.

Pandangan dialihkan ke arah Hakimi. Kemudian, dialihkan ke arah bunga tulip peach yang mekar itu.

Tiba-tiba...

"Arghhh!!,"
Tina meraung kesakitan. Kedua-dua belah tangan memegang kepalanya. Meramas rambut perangnya. Sehingga terduduk.

"Tina! Tina! Awak okey? Kenapa ni?," tanya Hakimi bertubi-tubi. Risau dengan keadaan Tina sekarang. Tangan pantas memegang kedua bahu isterinya.

"Argh. Sa.. Saya.. Tak apa-apa," ujar Tina perlahan.

"Saya okey," sambung Tina. Pandangan yang ditundukkan dari tadi dialihkan ke wajah Hakimi yang tampak begitu risau dengan keadaan dia sebentar tadi.

"Betul ni awak okey? Awak nak rehat dalam bilik? Mari saya tolong," kata Hakimi sambil membantu Tina bangun dari duduk.

"Tak. Tak apa-apa. Saya okey," ujar Tina. Mata masih lagi memandang Hakimi.

"Betul?,"
"Ya. Saya tak apa-apa," kata Tina. Meyakinkan Hakimi.

Mendengarkan kata-kata isterinya itu, Hakimi menghembuskan nafas lega.

"Awak, nama dia apa?," tanya Tina tiba-tiba.
"Ha?," Hakimi kebingungan.
"Bunga ni? Nama dia apa?," jelas Tina sambil menunjukkan bunga tulip peach itu kepada Hakimi.

"Ouh ini. Bunga ni namanya tulip Apricot Beauty," jawab Hakimi. Tangan menyentuh bunga tersebut.

"Kalau awak nak tahu, masa tu kita baru sekolah menengah. First time kita jumpa waktu dekat kedai bunga," ujar Hakimi tersenyum lebar.

MEMORI CINTA KITAWhere stories live. Discover now