BAB 16

30 10 0
                                    

5 tahun lalu..

"Ouch!!,"

Bahu saling berlanggar.

"Maafkan saya," ujar jejaka beruniform sekolah menengah.

Pandangan ditujukan ke wajah gadis yang dilanggarnya itu.

"Tak apa," ujar gadis bertudung shawl soft lavender , berbaju dress bunga-bunga. Tampak begitu anggun sekali.

"Sa..,"
Tanpa sempat menghabiskan ayatnya, gadis itu sudahpun berlalu pergi ke kaunter di kedai bunga itu.

"Cantik," ucap jejaka itu tanpa sedar.

Kaki terus melangkah menuju ke arah gadis itu pergi. Memerhati tingkah laku gadis itu.

"Ada tak bunga tulip berwarna peach ?," tanya gadis itu kepada pekerja kedai bunga itu.

"Ada. Cik nak sejambak ke?," tanya pekerja itu. Ingin kepastian.

"Haah," kata gadis itu sambil mengangguk perlahan.

"Kejap ek," pekerja itu berlalu pergi ke sesuatu tempat. Mungkin mengambil bunga yang dipesannya.

Kaki terus melangkah ke arah gadis itu di kaunter bayaran.

"Cik? Cik betul ke tak apa-apa?," tanya jejaka itu setelah berada ditepi gadis itu.

"Haa. Ya. Saya okey," kata gadis itu. Jelas kelihatan terkejut dan pelik dengan kehadiran lelaki yang melanggarnya tadi.

"Ouh lega saya," ujar lelaki itu sambil mengurut dadanya tanda lega.

"Err.. Kalau cik tak keberatan, saya nak tanya, apa..,"

Belum sempat menghabiskan pertanyaannya kepada gadis ayu itu, pekerja kedai bunga itu datang memberikan bunga yang diinginkan oleh gadis itu.

"Cik, ini bunga yang cik mahukan," ujar pekerja tersebut sambil menghulurkan jambangan bunga tulip bewarna peach kepada gadis itu.

"Cik nak tulis apa-apa ke dekat kad?," sambung pekerja bunga tersebut.

"Biar saya tulis, boleh?," tanya gadis itu kepada pekerja kedai tersebut.

"Boleh. Nah pennya,"

Tangan mencapai pen dan kad dari pekerja kedai itu lalu tangan laju menulis sesuatu di atas kad tersebut.

"Nah. Berapa semuanya?," tanya gadis itu.
"Semua RM41,"
"Okey. Nah. Terima kasih," ujar gadis itu lalu beredar dari situ.

"Terima kasih datang lagi,"
"Ya encik? Encik nak apa-apa ke?," tanya pekerja kedai bunga itu setelah melihat jejaka yang berdiri dihadapannya itu yang hanya mendiamkan diri memerhati gadis bertudung shawl itu berlalu pergi.

"Haa. Ya. Saya nak tanya. Ada tak bunga mawar merah?," tanya pemuda itu selepas lamunannya terhenti.

"Ada. Silakan ikut saya," ujar staff itu.

Kaki melangkah perlahan mengekori langkah pekerja kedai bunga itu. Mata masih lagi melihat kelibat gadis bertudung shawl itu makin lama makin menghilang. Tanpa sedar bibir mengukir satu senyuman manis.

MEMORI CINTA KITAWhere stories live. Discover now