BAB 4

73 12 1
                                    

Sejam kemudian...

"Doktor,macam mana dengan isteri saya?," tanya Hakimi sebaik sahaja melihat doktor melangkah keluar dari bilik dimana isterinya dirawat.

"Macam mana keadaan anak saya doktor?," tanya Puan Nisa sambil mengesat airmata yang mengalir dari tadi.

Encik Qayyum, Datuk Hafiz dan Datin Farhana hanya mendiamkan diri menunggu jawapan daripada doktor.

"Alhamdulillah, isteri encik dan anak puan tidak apa-apa. Tangan kanannya sahaja yang patah. Tapi jangan risau, kami sudah merawatnya. Cuma sekarang dia masih tidak sedarkan diri," ujar doktor yang bernama Wardah itu sambil memandang Hakimi dan Puan Nisa.

"Alhamdulillah," ujar mereka serentak selepas mendengar jawapan daripada doktor itu. Syukur kehadrat Illahi kerana Tina tidak mengalami kecederaan yang serius. Cuma tangan kanannya sahaja yang patah.

"Boleh saya tengok dia sekarang?," tanya Hakimi kepada doktor. Ya. Dia ingin menjenguk isterinya. Dia berasa amat bersalah. Kerana dialah, Tina ditimpa kemalangan.

"Iya boleh. Tapi sebentar sahaja kerana pesakit perlu berehat," ujar doktor Wardah.

"Baiklah. Terima kasih doktor," ucap Hakimi. Syukur kerana dapat melihat isterinya yang berada didalam wad itu. Walaupun cuma sebentar sahaja.

"Kalau tak ada apa-apa lagi,saya minta diri dulu,"ujar doktor Wardah sebelum berlalu pergi dari situ.

"Hakimi masuk dulu,"ujar Hakimi kepada keluarganya.

"Iyalah," ujar keluarganya sambil mengangguk. Ya. Hakimi berhak menjenguk Tina kerana Tina adalah isterinya.

Ktakk!
Pintu dibuka oleh Hakimi. Terus berjalan menuju ke tempat isterinya terbaring. Wajah isterinya ditatap penuh kekesalan,kesedihan dan keperitan. Ya. Dialah orang yang membuatkan Tina terbaring seperti sekarang. Kalaulah dia cepat beberapa minit pada waktu kejadian, pasti Tina tidak berada dalam keadaan begini.

Tangan kiri isterinya disentuh sambil melabuhkan punggungnya diatas kerusi yang disediakan oleh pihak hospital.

"Maafkan abang sayang. Abang salah. Abang tak patut buat Tina macam ni," ujar Hakimi sambil mencium tangan isterinya. Menahan airmata dari jatuh. Ya. Dia tidak kuat apabila melihat isterinya berada dalam keadaan yang kepalanya dibalut. Begitu juga dengan tangan kanannya. Dia berasa amat,amat,amat bersalah.
Dan akhirnya, airmata lelakinya jatuh jua.

MEMORI CINTA KITAWhere stories live. Discover now