Kaki melangkah ke arah Tina yang elok berbaring di atas katil hospital itu. Lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi bersebelahan dengan katil itu. Kesemua keluarganya telah keluar dari bilik itu tadi. Memberi ruang untuk Hakimi menjelaskan segalanya.
"Tina," panggil Hakimi lembut.
Tina yang terdengar panggilan itu perlahan-lahan bangkit dari tidur. Sebenarnya dia tidak boleh melelapkan matanya untuk berehat kerana keluarga lelaki yang berada di hadapannya itu sedang elok duduk di atas sofa sambil memandangnya tadi. Itu membuatkan dia berasa tidak selesa.
"Ma..Maafkan saya? Encik ni siapa?," tanya Tina sambil memandang lelaki itu.
"Tina..Tina betul-betul tak ingat abang?," tanya Hakimi lembut walaupun dia terkejut kerana Tina sudah terjaga. Dia tidak mahu isterinya itu sekali lagi takut dengan tindakannya selepas dia memeluknya 'tanpa rasa bersalah' tadi.
"Tak. Maafkan saya. Saya betul-betul tak ingat encik. Keluarga encik pun saya tak kenal," ujar Tina perlahan. Ya. Dia langsung tidak mengenali siapa lelaki itu mahupun keluarga lelaki itu. Bahkan dia..Dia sendiri tidak mengenali dirinya sendiri. Si..Siapa aku?
Hakimi hanya tersenyum kelat mendengar jawapan Tina. Dia sudah agak itu jawapannya.
"Sayang tahu siapa sayang?," tanya Hakimi. Cuba untuk berbual dengan isterinya yang bagaikan baru sahaja dilahirkan.
"Sa..Saya..Tak. Saya tak ingat..siapa saya," ujar Tina sambil menunduk menyentuh kepalanya yang berbalut.
"Kalau awak nak tahu, awak isteri saya. Nama penuh awak Nisa Qistina binti Qayyum Ahmad," ujar Hakimi sambil tersenyum lebar.
Mendengarkan kata-kata Hakimi itu, terus Tina mengalihkan pandangannya ke arah Hakimi. Memandang lelaki itu. Satu saat. Dua saat. Tiga saat.
Melihatkan pandangan isterinya itu, Hakimi terus melontarkan satu senyuman manis.
Dengan cepat Tina mengalihkan pandangannya setelah dia menerima satu senyuman yang paling manis dari lelaki yang dia tidak kenali itu.
"Awak anak kepada Encik Qayyum dan Puan Nisa. Ayah awak pakai baju warna biru muda tadi, dan ibu awak, warna hijau tua. Awak tengok kan mereka tadi?," sambung Hakimi. Menjelaskan kepada isterinya supaya tidak bingung.
Tina hanya mengangguk faham.
"Dan saya.. saya suami awak. Kita berdua dirikan rumah tangga pada tahun lepas. Awak.. masih tak ingat?," tanya Hakimi perlahan.
Tina menggelengkan kepalanya. Tanda tidak ingat tentang itu.
"Takpa. Awak mesti tak ingat nama saya juga kan?," tanya Hakimi sambil ketawa kecil.
Kepala digeleng lagi. Sambil tersenyum.
"Ha? Awak senyum?," tanya Hakimi selepas melihat isterinya itu tersenyum apabila dia ketawa sebentar tadi.
Tina yang jelas terkejut dengan pertanyaan lelaki itu hanya menunduk malu.
"Takpa. Saya suka tengok awak senyum. Mesti awak sangka saya fikir yang bukan-bukan kan?," ujar Hakimi sambil tersenyum lebar. Ya. Dia betul-betul suka melihat Tina yang tersenyum tadi. Rasanya seperti sudah lama tidak melihat isterinya itu senyum. Selepas kejadian itu. Arghhh! Ni salah dia! Kalaulah dia awal beberapa minit, mesti keadaan Tina tidak seperti ini. Tina..Tina sudah tidak ingat siapa diri dia. Sebagai suami.
"Jadi nama awak siapa?," tanya Tina yang hanya menggelengkan kepalanya dari tadi.
Pertanyaan Tina membuatkan dia tersedar dari lamunannya.
"Ouh. Nama saya Hakimi Firdaus bin Hafiz Dani. Awak boleh panggil saya Hakimi. Yang dua lagi, itulah parents saya. Mentua awak," ujar Hakimi lembut.
"Ooo," ujar Tina sambil mengangguk. Pandangan diarahkan ke tangan kanannya yang berbalut.
"Apa yang dah berlaku kepada saya?," tanya Tina ingin tahu.
"Itu..Awak..,"
Hakimi mati kata.
YOU ARE READING
MEMORI CINTA KITA
Teen FictionSINOPSIS "I love you. Now and forever. Saya takkan lakukan hal yang boleh melukakan hati awak, sayang," - Hakimi Firdaus. "Saya cuma nak 'kembalikan' memori cinta kita," - Nisa Qistina. Selama ini dia hanya berpura-pura semata-mata untuk mengekalkan...