"Tina okey?," tanya Puan Nisa sambil memandang ke arah Tina. Selepas Hakimi keluar dari bilik itu, terus Puan Nisa masuk untuk menjenguk anak perempuannya itu. Takut terlepas waktu melawat. Dan dia juga begitu ingin sekali berjumpa dengan anaknya itu.
"Tina okey," ujar Tina perlahan.
"Tina mesti tak ingat mama kan?," tanya Puan Nisa. Cuba untuk berborak dengan anaknya itu. Tina hanya menggelengkan kepalanya."Maafkan saya," ucap Tina serba salah.
"Takpa. Mama faham," ujar Puan Nisa. Mengerti akan keadaan Tina sekarang.Keadaan di situ senyap seketika. Satu saat. Dua saat. Tiga saat.
"Tina..Mama rindu Tina yang dulu," kata Puan Nisa. Mengakhiri keadaan jeda itu tadi. Air mata mula mengalir perlahan.
Tina yang melihat Puan Nisa hanya mendiamkan diri. Dia menahan airmatanya dari jatuh.
"Tina..Mama nak Tina yang dulu. Yang ingat mama," sambung Puan Nisa. Airmatanya deras mengalir di pipi.
"Mama..,"
Terus Puan Nisa mengalihkan pandangannya ke arah Tina yang baru sahaja menyebut nama panggilannya, 'mama'.
"Tina..,"
"Mama.. Maafkan Tina. Tina.. Tina tak dapat ingat mama," ujar Tina sambil matanya memandang ke arah wanita 40-an itu."Tapi.. Tina cuba. Tina cuba untuk ingat siapa mama. Siapa diri Tina. Dan siapa keluarga Tina yang lain," sambung Tina. Menahan airmata dari jatuh.
"Tina.." panggil Puan Nisa.
Tanpa menghiraukan panggilan Puan Nisa, terus Tina memeluk wanita yang digelar 'mama' itu. Puan Nisa terkejut dengan tindakan Tina itu. Seolah-olah anak perempuan tunggalnya itu kembali kepada asal. Kembali kepadanya. Iaitu seperti ingatannya kembali pulih. Tanpa berlengah, pelukan anaknya itu disambut. Dia rindu dengan pelukan anaknya itu. Pelukan itu dieratkan lagi. Sesungguhnya dia begitu rindu. Rindu akan anak perempuannya.
Selepas beberapa minit kemudian,pelukan dileraikan.
"Maafkan mama. Mama tak patut menangis macam ni. Depan kamu pula tu," ujar Puan Nisa sambil mengesat airmatanya yang mengalir tadi.
"Takpa ma. Tina faham," ucap Tina sambil tersenyum manis.
"Tina dah makan?," tanya Puan Nisa tiba-tiba.
Tina hanya menggeleng dengan pertanyaan itu. Ya. Dia belum makan apa-apa lagi dari tadi.
"Tina nak makan apa-apa tak? Kalau nak, mama nak pergi beli kejap," ujar Puan Nisa sambil memandang Tina. Menunggu jawapan dari anaknya itu.
"Takpalah ma. Menyusahkan mama je," ucap Tina.
"Takpa. Biar mama belikan. Kamu nak makan apa sekarang? Takpa. Tak menyusahkan pun. Kamu kan anak mama," ujar Puan Nisa panjang lebar sambil tersenyum lebar memandang wajah polos Tina.Tina hanya tersenyum nipis melihat tindakan ibunya itu.
"Haa, kamu nak bubur nasi tak? Mama boleh belikan. Lagipun kamu suka bubur nasi. Lebih-lebih lagi bila kamu tengah sakit. Macam bila kamu demam. Asyik suruh mama je masak bubur nasi," sambung Puan Nisa sambil ketawa kecil.
"Ye ke ma?," tanya Tina sambil turut ketawa.
"Ye la. Kamu nak tak ni? Ke kamu nak mama masakkan?," tanya Puan Nisa. Bunyi seperti memerli Tina."Takpalah. Tina tak nak susahkan mama," ujar Tina jujur.
"Ish kamu ni. Takpa. Mama pergi beli kejap ek?," ujar Puan Nisa ingin meninggalkan Tina untuk ke kedai membeli bubur nasi yang 'diinginkan' oleh Tina.Tina hanya mengangguk tanda setuju sambil ketawa kecil melihat tingkah laku ibunya itu.
Mata masih lagi memandang ke arah ibunya yang sedang membuka pintu bilik itu untuk keluar mencari bubur nasi. Sekejap ibunya melihatnya lalu menutup pintu bilik itu. Setelah kelibat ibunya sudah tidak kelihatan, Tina tersenyum kelat.
"Maafkan Tina,"
YOU ARE READING
MEMORI CINTA KITA
Teen FictionSINOPSIS "I love you. Now and forever. Saya takkan lakukan hal yang boleh melukakan hati awak, sayang," - Hakimi Firdaus. "Saya cuma nak 'kembalikan' memori cinta kita," - Nisa Qistina. Selama ini dia hanya berpura-pura semata-mata untuk mengekalkan...