BAB 7

58 10 2
                                    

Hakimi, Puan Nisa, Encik Qayyum, Datin Farhana dan Datuk Hafiz masing-masing duduk di atas sofa yang disediakan oleh pihak hospital sambil memandang ke arah Tina yang elok berbaring di atas katil. Mungkin sudah tidur.  Mereka semua masih teringatkan kata-kata doktor Wardah sebentar tadi. Selepas mereka berempat sampai di hospital itu, terus diberitahu tentang hal tersebut.

Beberapa minit yang lalu..
"Mengikut pemeriksaan yang saya lakukan, Puan Qistina mungkin menghidapi amnesia. Dia langsung tidak ingat siapa dirinya dan keluarganya," ujar doktor Wardah panjang seusai siap memeriksa keadaan Tina selepas dipanggil oleh Hakimi yang memberitahunya bahawa Tina berkelakuan aneh selepas sedarkan diri.

Jelas kelihatan mereka semua terkejut dengan jawapan doktor Wardah itu.

"Menurut pemeriksaan, kepala Puan Qistina terhantuk dengan kuat dan itu mungkin penyebabnya," sambung doktor Wardah.

"Ha..Habis tu, Tina tidak akan ingat kami langsung?," tanya Puan Nisa. Dia takut jika anaknya itu tidak dapat ingat dia dan keluarganya yang lain. Dia tidak sanggup untuk melihat semua ini terjadi. Dia amat sayangkan Tina,anak perempuan tunggalnya.

"Itu saya tidak pasti. Tapi kita boleh merawatnya..dengan membuat dia ingat semula," ujar doktor Wardah teragak-agak sedikit.

"Buat dia ingat semula?," tanya Datuk Hafiz. Tidak faham apa yang dikatakan oleh doktor Wardah.

"Ya. Mungkin dia boleh ingat semula siapa diri dia dan siapa keluarganya dengan membuat dia ingat semula," kata doktor Wardah.

"Ma..Maksud doktor..Ma..Macam mana?," tanya Hakimi yang masih tidak faham dengan apa yang dikatakan oleh doktor Wardah itu.

"Maksud saya, kita boleh mengembalikan ingatannya dengan membuat dia ingat semula. Contohnya, encik boleh tunjukkan gambar atau apa-apa yang berkaitan dengan diri Puan Qistina. Mungkin dengan cara itu akan membuatkan ingatan Puan Qistina beransur pulih," jelas doktor Wardah panjang.

Mereka berlima hanya mengangguk faham dengan perjelasan doktor Wardah itu tadi.

"Tapi...Tapi saya tidak jamin yang ingatan Puan Qistina akan kembali pulih seperti sediakala. Kerana ia juga bergantung kepada dirinya. Kamu semua kena banyak bersabar dan berdoa agar Allah memberikan kesembuhan untuk ingatannya," ujar doktor Wardah panjang sambil tersenyum. Dia juga turut simpati atas apa yang berlaku kepada pesakitnya itu. Sungguh besar dugaannya. Mesti keluarga pesakitnya itu teramat sedih dengan kejadian yang berlaku ini. Kerana pesakitnya itu langsung tidak mengenali sesiapa yang ada di sisinya sekarang. Bahkan pesakitnya itu juga tidak mengenali dan mengingati siapa dirinya yang sebenar.

MEMORI CINTA KITAWhere stories live. Discover now