BAB 20

36 8 0
                                    

5 tahun lalu...

"Bangun! Selamat pagi cikgu!," ucap Rafizi selaku ketua kelas 6 Mawar itu. Diikuti oleh para pelajar di dalam kelas itu.

"Selamat pagi. Baiklah. Duduk semua," arah cikgu Amira , guru kelas 6 Mawar kepada anak-anak muridnya itu.

"Cikgu ada sesuatu yang nak diberitahu. Kelas kamu akan menerima pelajar baharu," sambung cikgu Amira. Memberi isyarat kepada pelajar baharu itu untuk masuk ke dalam kelas itu sekarang.

"Kenalkan pelajar baru kita," ujar cikgu Amira sejurus selepas pelajar baru yang ingin dia kenalkan itu melangkah masuk ke dalam kelas itu.

"Kenalkan diri kamu," ujar cikgu Amira kepada pelajar baru yang berada disebelahnya itu.

"Hai , nama saya Nisa Qistina binti Qayyum Ahmad. Boleh panggil saya Qistina atau Tina. Saya dari Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sri Desa," ujar pelajar baru yang bernama Nisa Qistina itu.

"Hai!,"
"Pieewiittt!!,"
"Hai Tina!,"
"Hai Qistina,"

Pelajar-pelajar yang berada di dalam kelas itu menyapa perkenalan pelajar baru kelasnya itu.

"Baiklah Qistina. Kamu boleh duduk di tepi Hakimi," ujar cikgu Amira sambil menunjukkan ke arah kerusi sebelah tempat duduk Hakimi yang kosong.

"Maaf cikgu. Saya tak biasa duduk dengan lelaki," ujar Qistina kepada guru kelasnya itu sambil tersenyum janggal apabila mendengar guru kelasnya menyuruhnya untuk duduk di sebelah pelajar lelaki itu.

"Baiklah kalau macam itu. Kamu boleh duduk di tepi Dhia," kata cikgu Amira sambil tangan menunjukkan ke arah tempat duduk Dhia dimana sebelahnya diduduki oleh Faiz.

"Faiz , kamu beralih ke sebelah Hakimi ye," sambung cikgu Amira.

Kemudian Faiz yang duduk di sebelah Dhia itu perlahan-lahan berdiri. Ingin menuju ke tempat duduk sebelah Hakimi. 'Terpaksa' akur dengan arahan guru kelasnya itu.

"Qistina , silakan," sambung cikgu Amira lagi.

"Terima kasih cikgu," ucap Qistina seraya melangkah menuju ke tempat duduk disebelah pelajar perempuan yang bernama Dhia itu.

MEMORI CINTA KITAWhere stories live. Discover now