BAB 19

30 8 0
                                    

Gelas yang berisi air mineral dihulurkan kepada Hakimi lalu Hakimi menyambutnya dan meletakkannya di atas meja bersebelahan dengan katil itu. Datin Farhana dan Isha telahpun keluar dari bilik itu tadi. Memberi ruang untuk Hakimi bersama isterinya itu.

"Betul ke Tina dah okey sekarang?," tanya Hakimi sambil memandang wajah isterinya itu.

"Ya. Saya dah okey," jawab Tina. Bibir mengukir senyuman manis.

"Baguslah kalau macam tu. Risau saya," kata Hakimi. Ya. Dia begitu risau dengan keadaan Tina tadi. Disebabkan dia bercerita tentang masa lalunya , Tina mengalami sakit kepala dan kerana dia jugalah Tina pengsan.

"Ya. Saya tak apa-apa. Janganlah risau sangat. Dah berapa kali dah awak tanya soalan sama," ujar Tina sambil ketawa kecil. Iyalah. Hakimi telah menanyakan soalan yang sama dari tadi lagi. Tampak begitu risau dengan keadaan dia tadi.

Hakimi yang mendengar kata-kata Tina hanya tersenyum malu.

"Macam manalah saya tak risau kalau awak tiba-tiba sakit kepala bila dengar saya bercerita. Lepastu pengsan pula. Lagilah saya risau," ujar Hakimi jujur.

"Hmm. Saya minta maaf kalau itu yang buat awak risau," ucap Tina tulus. Dia juga tidak mahu suaminya itu risau akan keadaan dia , tapi entah kenapa tiba-tiba dia sakit kepala apabila dia mendengar cerita Hakimi tadi. Ingatannya pula asyik terbayangkan watak-watak dalam cerita Hakimi itu. Itu yang membuatkan kepalanya berdenyut-denyut. Perit.

"Tak. Awak tak patut minta maaf. Sepatutnya saya yang minta maaf pada awak. Disebabkan cerita saya , awak jadi macam ini," kata Hakimi sambil memandang tepat ke arah wajah isterinya itu.

"Cerita awak?,"
"Haah. Awak.. dah lupa ke?," tanya Hakimi ingin tahu. Pelik dengan soalan Tina itu.

"Hmm. Tak. Saya cuma nak tahu," kata Tina kepada suaminya yang masih ralit menatap wajahnya.

"Nak tahu? Nak tahu apa?," tanya Hakimi lagi.
"Cerita itu pasal awak dan saya ke?," tanya Tina inginkan kepastian. Pandangan diarahkan ke wajah suaminya itu. Menunggu jawapan kepada soalannya itu.

"Ya. Itu sewaktu kali pertama kita berjumpa," ujar Hakimi sambil tersenyum lebar.

"Kali pertama?,"
"Haah,"

Tina hanya mengangguk faham.

"Awak tak ingat apa-apa tentang itu?," tanya Hakimi setelah keadaan jeda beberapa saat.

"Sa.. Maaf. Saya masih tak dapat ingat," jawab Tina perlahan. Rasa serba salah menyelubungi dirinya.

"Takpa. Lagipun saya risaukan keadaan awak. Saya tak nak awak pengsan lagi," ujar Hakimi. Mata memandang berat wajah isterinya itu. Dia tidak sanggup melukakan isterinya itu lagi. Cukuplah dia buat Tina tidak ingat siapa dirinya sekarang.

"Tapi.. Saya nak tahu.. apa yang berlaku selepas itu," ujar Tina. Senyuman dilemparkan kepada Hakimi. Mengharapkan Hakimi sudi menceritakan tentangnya dengan lebih lanjut. Mana tahu dengan cerita yang diceritakan oleh suaminya itu dapat mengembalikan semula ingatannya.

"Tapi.. Saya bimbang awak akan..,"

Tanpa sempat Hakimi menghabiskan ayatnya , terus dipotong oleh Tina.

"Takpa. Awak tak payah risau. Saya tak akan apa-apa," potong Tina. Senyuman manis diukir dibibir.

"Lagipun kalau saya sakit , awakkan ada. Boleh tengok-tengokkan saya," sambung Tina sambil ketawa kecil.

"Ish Tina ni. Boleh pula bergurau dalam keadaan macam ini," kata Hakimi tersenyum lebar.

"Betul ni awak nak tahu lebih lanjut?," tanya Hakimi inginkan kepastian. Takut Tina mengalami sakit kepala sekali lagi.

Tina yang mendengar pertanyaan suaminya itu hanya mengangguk mengiyakan.

MEMORI CINTA KITAWhere stories live. Discover now