BAB 6

63 11 2
                                    

Ktakk.
Pintu dibuka dari luar. Tersembul wajah Hakimi. Dia orang pertama yang sampai di hospital itu. Lalu dia melangkah menuju ke arah isterinya yang sedang tidur nyenyak di atas katil. Wajah isterinya ditatap begitu lama.

"Sayang, abang dah datang. Syukur sayang dah sedar." ujar Hakimi sambil melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Tangan kiri Tina dipegang lembut.

"Maafkan abang. Semua ini salah abang. Tapi.." sambung Hakimi. Tetapi terus dipotong oleh Tina yang masih elok terbaring di atas katil itu sambil memandang Hakimi dengan riak wajah yang bingung.

"Maaf. Encik ni siapa?," tanya Tina. Jelas raut wajahnya menunjukkan bahawa dia tidak kenal lelaki yang berada di hadapannya itu sekarang. Bisikan Hakimi sememangnya menganggu dia tidur sehinggakan dia terjaga.

"Ti..Tina!," jerit Hakimi perlahan. Terus memeluk isterinya dengan erat. Dia tidak sangka yang dia masih boleh bertemu dengan isterinya dengan keadaan isterinya sihat. Dia berasa amat gembira dan bersyukur. Dia juga masih mendapat peluang untuk menjelaskan apa yang berlaku pada tempoh hari. Ya. Dia ingin menjelaskan segalanya tentang perkara itu kepada Tina. Dia tidak sanggup melihat Tina yang menyangka bahawa dia berlaku curang dengannya.

"Apa ni encik?!," ujar Tina sambil menolak Hakimi daripada terus memeluknya.

Hakimi kebingungan.

"Sayang..Sayang kenapa?," tanya Hakimi kepada isterinya itu.

"Sayang? Maaf. Encik ni siapa? Saya kenal encik ke?," tanya Tina bertubi-tubi. Ya. Dia langsung tidak mengenali lelaki yang berada dihadapannya itu.

"Sayang, ini abang. Suami awak," jelas Hakimi kepada isterinya yang kepelikan dari tadi.

"Abang? Suami?,"
"Ya. Ni abang,sayang. Sayang tak ingat abang ke?," tanya Hakimi. Mengharapkan isterinya itu mengingatinya. Mustahil Tina tidak mengenalinya, padahal dia dan Tina telahpun mendirikan rumahtangga pada setahun yang lalu.

"Tak. Saya tak ingat awak."

MEMORI CINTA KITAWhere stories live. Discover now