"Hai,"
Tegur gadis disebelah kanannya itu. Cikgu Amira telahpun keluar dari kelas itu setelah waktu pengajarannya tamat sebentar tadi.
"Hai," balas Tina sambil melemparkan senyuman.
"Nama saya Dhia Natasya. Boleh panggil saya Dhia atau Tasya. Tapi ramai yang panggil saya Dhia," ujar pelajar perempuan di sebelahnya yang bernama Dhia itu sambil tersenyum manis.
"Kalau macam tu saya panggil awak Dhia lah," balas Tina. Cuba untuk menyesuaikan dirinya dengan teman sekelasnya yang baru itu.
"Bagus! Hihi! Dan saya akan panggil awak Tina. Okey tak?," kata Dhia sambil ketawa kecil.
Tina hanya mengangguk tanda setuju sambil tersenyum manis.
"Hai Qistina!!!," tegur pelajar-pelajar yang lain di dalam kelas itu sambil kaki laju melangkah menuju ke arah tempat duduk Tina.
"Wow! Cantiknya awak!,"
"Hai Qistina! Nama saya Bella,"
"Saya Nurul,"
"Aku Ikmal,"
"Saya Wawa,"
"Aku Rafiqin,"Tegur rakan-rakan baharunya di dalam kelas itu. Terlalu ramai menyebabkan dia sedikit pening untuk mengingati nama-nama rakan baharunya itu.
"Selamat berkenalan! Aku lelaki paling kacak dalam kelas ini! Nama aku Badrul," kata seorang pelajar lelaki tiba-tiba.
Semua pelajar yang ada didalam kelas itu membuat riak muka ingin muntah.
"HAHAHAHAHA!," tawanya selepas melihat reaksi kawan-kawannya itu.
Tina yang melihat adegan itu turut ketawa.
"Tina! Awak tak payah layan dia tu. Dia tu memang macam tu. Perasan!," kata Dhia sambil membuat mimik muka meluat.
"Kau pahal?," tanya pelajar lelaki yang bernama Badrul kepada Dhia dengan raut wajah seperti dia adalah seorang gangster.
"Huh! Takyah layan," kata Dhia lagi. Wajahnya dipalingkan ke arah buku teks yang berada di atas mejanya itu. Tidak mahu melihat 'aksi' yang dilakukan oleh budak paling menjengkelkan dalam kelas itu.
Tina yang melihatkan keadaan itu hanya tersenyum lebar. Ingin ketawa.
"Qistina. Ingat! Aku Badrul. HAHAHAHA!," ujarnya seraya berlalu pergi menuju ke tempat duduknya.
Pelajar-pelajar yang lain juga berlalu pergi menuju ke tempat duduk masing-masing sambil melambai-lambaikan tangan ke arah Tina. Tina hanya melemparkan senyuman manis kepada rakan-rakannya itu sambil mengangguk perlahan.
"Saya rasa saya kena ingat satu-satu nama diorang semua," ujar Tina sambil memandang ke arah Dhia yang sedang menulis sesuatu di atas buku.
Dhia mengangkat kepalanya apabila mendengar ayat Tina itu.
"Haah. Saya rasa awak patut ingat satu-satu nama diorang semua. Hahaha. Sebab nama diorang susah sikit nak ingat. Hihi," kata Dhia sambil mengangguk-anggukkan kepalanya perlahan.
Memang betul dia patut ingat satu-satu nama rakan sekelasnya itu. Kerana rakan sekelasnya itu seramai tiga puluh orang pelajar termasuklah dirinya sendiri. Dimana sembilan belas orang ialah pelajar perempuan manakala pelajar lelaki pula seramai sebelas orang pelajar.
YOU ARE READING
MEMORI CINTA KITA
Teen FictionSINOPSIS "I love you. Now and forever. Saya takkan lakukan hal yang boleh melukakan hati awak, sayang," - Hakimi Firdaus. "Saya cuma nak 'kembalikan' memori cinta kita," - Nisa Qistina. Selama ini dia hanya berpura-pura semata-mata untuk mengekalkan...