4. Prihatin

115 6 0
                                    

Korea…

Una pov

  “Una. Kamu mau ngak joint kami study group?” Suraya bertanya kepada aku.

Suraya merupakan seorang gadis asal Indonesia. Dia merupakan kawan sefalkulti denganku. Kami agak rapat setelah sebulan aku di falkulti ini.

  “Tak kot. Sebab aku ada kerja sikit.” Aku memberi alasan. Sememangnya aku tidak minat buat study group.

Mungkin tabiat dari zaman sekolah dulu buat aku jadi tidak suka dengan study group.

Masa zaman sekolah dulu kalau bab nak study group semua berminat, tapi bila tiba masa study bukan study sangat. Bergosip saja. Kalau tak bergosip, adalah benda yang mereka nak sembang sampai lupa masa berjalan. Alih-alih study sendiri dekat rumah.

  “Ya udah kalau gitu. Jika nanti kamu merasa mau joint, nanti turun aja ke sini. Okey? Kami buat di sini saja. Malas. Mau jalan jauh-jauh.” Ujar Suraya.

Aku mengangguk kepala.

  “Amanda Husna.” Panggil satu suara yang cukup aku kenali.

Aku mengeluh sebelum menoleh.

Rakan-rakan aku membisik sesama sendiri.

Wae yo(kenapa)?” tanyaku malas.

Lelaki itu menunjuk ke arah pondok berhampiran parking kereta sebelum dia melangkah ke sana.

Aku mengeluh lagi sebelum bangun.

  “Aku pergi sana kejap.” Aku memberitahu kepada mereka. Aku melangkah dengan langkah yang malas.

Wae?(kenapa)” lagi sekali soalan itu aku ajukan kepadanya. Kali ini agak kasar juga tinggi antonasi suara aku.

Aku duduk di kerusi buluh itu berhadapan dengan kedudukan abang tiri aku.

Park Ki Bum.

“Hujung minggu ni mama suruh balik rumah.” Ujarnya dalam bahasa korea sambil memandang aku.

Aku bermain kaki di lantai seakan tidak berminat dengan apa yang ingin dibicarakan.

Ki Bum yang sedar dengan tindakan adik tirinya itu bertanya lagi sekali. “Amanda. Tu gyu easeo yo?(awak dengar tak?)”

“Tengoklah nanti macam mana kalau tak ada apa-apa plan.” Jawabku acuh tak acuh.

“Abang dah tolong Manda duduk kat hostel ni. Kan dulu Manda juga yang cakap kalau dapat duduk kat hostel, Manda akan balik rumah sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Manda sendiri yang janji dengan mama. Bukan abang yang paksa.” Ungkitnya.

“Abang. Manda baru sebulan duduk kat sini. Bukan Manda tak mahu balik. Tapi banyak kerjalah nak buat. Kawan-kawan ajak buat study group hujung minggu ni.” Aku memberi alasan. Aku cuba menghindar dari bertentang mata denganya.

“Manda. Dont make an excuse. Abang dah lali dengan alasan Manda. Kenapa ni? Rumah mama tu yang cukup besar ke? Tak selesa ke?” Ki Bum mula menyoal adik tirinya yang selalu memberi alasan sekiranya isu balik ke rumah mama dijadikan topik bualan.

  Aku mengeluh.

“Tengoklah nanti macam mana bang. Manda nak naik ni. Badan dah rasa melekit.” Aku turun dari bangku itu dan menyalami abang tiriku itu sebelum melangkah meninggalkannya.

Dari jauh, Rain sedang perhatikan tingkah ku.

Rain pov

Siapa tu? Kenapa dia boleh salam dengan Una? Soal ku dalam hati.

Aku melirik pandang ke arah Husna yang semakin jauh meninggalkan pondok kecil itu.

Una pov

Aku menutup pintu kereta. Beg yang berada di tangan digalasnya ke sebelah kanan. punat kunci ditekan sebelum beredar meninggalkan kawasan letak kereta.

Aku masuk ke dalam bilik dalam keadaan kepala yang berserabut. Rain melihat aku dari hujung mata. Dia menegur aku.

“Awal hari ni, Una.”

Aku menoleh ke arah Rain seketika. Aku menghenyak punggung ke atas katil. anak patung penyu aku dipeluk. Kepala aku direbahkan di atas bantal. Aku mengereng ke arah dinding. Aku tiada mood untuk bercakap sekarang.

Rain memandangku pelik.

“Una. Okey tak ni?” tanya Rain. Prihatin.

“Okey.” Sepatah aku jawab.

Rain menutup bukunya dan melangkah ke arah katil aku. Rain perasan ada esakan halus di balik bantal. Rain duduk di birai katil bujangku.

Bahu aku dipegangnya.

Aku berpaling perlahan memandangnya.

“Una. Kenapa awak menangis ni?” tanya Rain.

Aku menggeleng.

  “Awak ada masalah ke?” tanya Rain lagi. Dia masih tidak berpuas hati.

“Tak adalah. Saya pening kepala saja. Awak pergilah study. Saya nak tidur kejap.” Aku memberi alasan. Aku mengelak dari bertentang mata dengannya.

“Una...” Rain menyeru namaku.

Aku bangun menghadap Rain.

Betul sangkaannya. Teman sebiliknya itu menangis sebentar tadi. Buktinya mata Una basah dek air mata.
  “Kenapa ni? Awak ada masalah ke? Kalau ada masalah, awak boleh luahkanlah pada saya. Saya akan dengar.” Pujuk Rain.

Aku terus memeluk Rain.

Rain terkejut dengan tindakkan aku. Perlahan-lahan tangan kanannya mengusap belakangku. Dengan harapan tindakkannya itu mampu membuat aku lebih tenang.

“Saya tak suka duduk kat rumah perempuan tu. saya tahu mummy baik, tapi rumah tu buat saya ingat mama saya. Setiap kali saya balik rumah mummy, saya mesti akan terfikirkan mama. Macam mana mama dekat sana. Papa happy dengan mummy tanpa peduli perasaan mama. Papa buat mama macam tak wujud. Papa tak adil sebab lebihkan mummy.” Luahku.

Rain hanya mendengar keluhan aku.

“Sepatutnya papa kena adil kalau dah papa pandai sangat nak nikah dua. Tapi papa, tak! Saya sedih sangat bila ingatkan mama. Mesti malam-malam mama nangis sebab rindukan papa. Kenapa lelaki selalu bersikap tak adil? Dapat yang baru, yang lama buat macam tak wujud. Kenapa Rain?” aku meluahkan perasaan yang terbuku di hati  kepadanya.

Rambutku diusapnya lembut.

“Una. Awak tegurlah papa awak. Mungkin dia tak sedar yang dia dah abaikan mama awak.” Saran Rain.

“Papa tak makan saman. Banyak kali saya tegur. Papa asyik cakap, mama bahagia kat tempat asal dia. Dia tak tahu yang mama merajuk dengan dia sebab berkahwin dengan mummy dan lebihkan mummy. Saya tak tahu kenapa mama sanggup beri keizinan untuk papa kahwin lagi. Yang saya tahu mama selalu menangis waktu malam. Saya tahu papa masih sayangkan mama, Cuma papa tu ego tak mahu pujuk mama.” Luahku lagi.

“Una. Awak janganlah fikir sangat. Nanti awak juga yang tertekan.” Rain menasihati aku.

Aku mengangkat kepala aku. Baju t-shirt Rain sudah basah dengan air mata aku.

Rain memandang aku. Dia mengukirkan senyuman buatku. Memberi semangat buatku. Aku lihat dia bangun mengambil kain tuala biru aku.

“Nah! Pergi mandi. Dah masam bau tu.” Rain menghulurkan kain tuala itu kepadaku.

Aku tergelak kecil.

Aku capai kain tuala itu dan terus melangkah ke arah bilik air. Aku menoleh seketika.

“Rain.” Aku memanggil namanya.

Dia menoleh ke arah aku. Keningnya diangkat memandangku.

“Terima kasih sebab sudi dengar luahan saya.” Ujarku.

Dia senyum dan menunjukkan tanda peace kepadaku.

   Untung aku mempunyai teman sebilik yang sebaiknya. Kalau tidak, kepada siapalah aku hendak mengadu.


Terbalikkan WatakWhere stories live. Discover now