61. Hmmm....

22 1 0
                                    

Random pov

Erry keluar dari bilik meninggalkan aku yang sudah terlena. Dia mencari kelibat abang iparnya. Dia masuk ke dalam bilik tetamu yang menempatkan Rain.
 
Tuk! Tuk!

Rain memalingkan badan bila terdengar ketukkan pintu biliknya.

“Masuklah. Bukan kunci pun pintu tu.” Laung Rain.

Erry membuka pintu bilik abang iparnya itu.

Dia tersengih memandang Rain.

“Kau termenung tu ingat kat Manda ke?” usik Erry.
  
Rain melangkah dan duduk di kerusi yang ada di dalam bilik itu. Erry juga turut duduk di kerusi yang berhadapan dengan Rain.

“Kau dah kenapa datang sini? Ryanna mana?” malas dia nak melayan usikkan adik iparnya itu.

“Dia dah tidur. Baru lepas menangis. Emo sangat semenjak kahwin ni.” Beritahunya.

“Kenapa? Ada masalah ke?”

“Ex boyfriend dia datang sini. Ganggu dia.” Luah Erry.

Rain memandang Erry. Tidak percaya.

“Bukan dia sepatutnya ada dekat Korea ke?” Tanya Rain pelik.

“Tulah pasal. Datang menyemak kat sini, buat apa entah.” Rungut Erry.

“Dah tu. Sekarang apa plan kau?” tanya Rain. Risau juga kalau rumah tangga adiknya itu goyah disebabkan kehadiran penyangak tak bertauliah tu.

“Entahlah. aku pun buntu sekarang ni.”

****

Ryanna lov

Aku mengeliat sebelum bangun dari pembaringan.

Erry sudah bersiap untuk turun, memandang ke arahku yang sedang enak menggeliat di atas katil lalu dihampirinya.
 
“Bangunlah. Mama dengan papa mesti dah bangun.” Ajak Erry seraya satu ciuman singgah di dahiku.
 
“Bestnya. Ada orang cium kita pagi-pagi macam ni. Walaupun kita tak mandi lagi.” Usikku. Erry tersenyum.
 
“Memang setiap pagi apa, bie cium anje waktu bangun tidur.” Balas Erry.

Aku tersenyum memandang suamiku. Memang dia akan menciumku setiap kali bangun tidur dan ketika aku tidur.

Aku tahu dia gemar mencium aku semasa aku sedang tidur, walaupun dia tidak pernah bagitahu aku.

“Tahu.” Balasku.

****

Aku menyediakan makanan. Mama menolong serba-sedikit.
 
“Macam mana? Dah alami ke malam pengantin hang?” tanya Puan Sri Samina.

Aku yang sibuk mencedukkan bihun goreng ke dalam bekas, dan meletakkan kuih ke dalam pinggan, menjawab.
 
“Ish, mama ni. Benda-benda macam tu pun nak tanya. Malu nak habaq. Mama toksah la dok tanya. Malu.” Jawabku.
 
“Hehe, nak malu apanya. Tak palah, kalau hang tak mau habaq. Memang benda lagu tu tak boleh habaq kat orang. Tu rahsia suami isteri.”
 
“Macam mana dengan Ryanna? Boleh ke kamu jaga budak nakal tu?” tanya Tan Sri  Imanshah.

Erry memandang ke arah bapa mertuanya.
 
“Saya suka dengan kenakalan dia pa. Sebab nakal dialah, buat saya terpikat dengan dia. Jadi saya terima dia seadanya. Kenakalan dia juga hidup saya lebih ceria sekarang.” Beritahunya.
 
“Baguslah kalau macam tu. Lega papa dengar.”
 
“Papa jangan risau ye. Saya akan jaga Ryanna sampai akhir hayat saya. Itu janji saya pada papa. Sekarang tanggungjawab saya untuk  jaga Ryanna. Kan papa dah serahkan dia kepada saya semasa ijab dan kabul dulu. Jadi papa jangan lagi risau pasal Ryanna.” Erry meyakinkan bapa mertuanya.
 
“Papa percaya dengan kamu. Papa serahkan anak papa pada kamu sebab papa percayakan kamu. Jadi jangan hancurkan kepercayaan papa pada kamu.” Ujar Tan Sri Imansyah.

“InsyaAllah pa. selagi hayat dikandung badan, saya janji akan jaga dia dengan baik.”

“Wah. Ayat.” Rain buat thumb up pada Erry.

Ryanna mencubit lengan Rain.

“Weh. Sakitlah.” Rungutnya.

Gamat ruang itu dengan gelak ketawa mereka.

“Janganlah garang sangat. Dah jadi isteri orang pun, tapi ketip ketam tu masih lagi berbisa. Ubah sikit perangai kau tu.” Tegur Rain.

“Yang kau tu. Mengusik orang. Tak apa pula? Heh. Sedar sikit. Umur tu dah naik. Makin tua. Jangan suka sangat nak usik orang. Nak jadi laki orang dah. Ubah sikit perangai tu.”

Aku bagi balik paku buah keras kepadanya.

Erry hanya tersengih memerhati babak pergaduhan manja antara dua beradik itu.

“Macam inilah Mia. Budak berdua ni, kalau jumpa. Asyik nak bertekak saja. Ada saja modal nak bunyi.” Beritahu Tan Sri Irmansyah kepada besannya.
 
Miasarah menggariskan senyuman kecil.

“Biasalah tu. Erry dengan Manda pun sama saja. Mereka ni, kalau sebumbung lagi dashyat. Habis berselerak kapas dalam bantal tu dikerjakan budak berdua tu.” Balas Miasarah sambil tergelak kecil.
Erry berpaling memandang mamanya.

“Ma.” Tegur Erry. “Apa cakap macam tu. Malulah.”

“Hang nak malu buat apa, Erry. Biasalah tu. Nama pun adik beradik. Faham sangatlah kami ni. Tok sah dok malu. Bukan orang lain. Keluarga hang jugak.” Tokok Puan Sri.

“Entah kau ni. Macam la aku tak pernah tengok kau kerjakan Una adik kau tu.” Tambah Rain.

Suka pula dia mengusik adik iparnya itu.

Merah muka Erry bila disakat ahli keluarganya.

Bila kita gagal, pegang kata-kata ni.

Bila Allah letakkan kita di bawah, sebenarnya Dia nak ajarkan 1001 cara untuk kita bangun dan naik balik.
Betapa sayangnya Allah kepada hambanya. Kita saja yang tak tahu nak menghargai apa yang dia dah bagi pada kita.

Terbalikkan WatakWhere stories live. Discover now