Pagi itu Erry dan Ryanna datang ke rumah kami.
Datang menziarah kami. Rain tidak ada di rumah. Dia terpaksa pergi ke Melaka kerana ada urusan yang perlu dia lakukan di sana.
“Kau apa khabar, Dewi? Apa perkembangan setakat ni?” Tanya Erry yang sememangnya tahu akan hal ini.
Dia dapat tahu bila dia dan Ryanna terdengar pemintaan gila Manda ketika di hospital empat bulan lepas.
“Macam tu sajalah. Macam mana lagi? Depan dia, Dewi jadi kakulah bang. Tak tahu nak buat apa. Rasa macam nak bagitahu saja cerita sebenar pada dia. Rasa berdosa pula menipu dia.” Luahku.
“Itulah yang terbaik, Dewi. Akak rasa, kau memang patut bagitahu dia hal yang sebenarnya. Biarlah kalau dia nak marah pun. Asalkan, kau tak bergelumang dengan rasa bersalah.” Sokong Ryanna. Begitu juga Erry.
“Memang nak bagitahu, tapi tak tahu nak mula dari mana. Rasa terbeban sangat sampai tak tahu nak fikir apa lagi dah.” Balasku.
Darwin, anak Ryanna dan Erry merengek mahu susu. Aku mencubit pipi montel Darwin.
Darwin tua dua bulan dari Balqies. Kalau ikutkan, Balqies muda tiga bulan dari Darwin.
Tetapi disebabkan kemalangan itu, Manda terpaksa melahirkan Balqies lebih awal dari jangkaan. Maknanya Balqies lahir tak cukup bulan.
Semasa berpantang. Nasib baik mama dan keluarga Rain masih berada di tanah Arab. Dan selepas mereka pulang dari Tanah Arab, Balqies sudah pun berusia empat puluh hari. Mama ada menjenguk aku di rumah Rain.
Masa itu, Rain masih sahaja sedar diri dari koma.
Jenuh juga Erry menjawab perlbagai soalan dari mereka. Nasib baiklah Erry pandai bermain dengan kata-kata.
Jadi mereka tidak mengesyaki apa-apa.
Semasa mama datang dahulu, aku hanya mengurung diri dalam bilik. Langsung tidak keluar berjumpa mereka kerana aku takut kantoi.
Erry member alasan mengatakan aku masih belum bersedia untuk berjumpa dengan sesiapa kerana masih lagi shock dengan apa yang terjadi.
Kesian juga bila mama dan papa asyik memujuk dari luar bilik agar aku keluar berjumpa dengan mereka.
Walaupun rasa bersalah, tapi aku tidak juga menunjukkan diri. Aku tidak berani berhadapan dengan situasi itu.
Rasa takut masih menyelubungi hati. Rasa kusam. Pahit yang terpaksa aku telan.
Nasib baiklah keluarga Rain Berjaya memujuk mama dan papa aku agar member aku masa sehingga aku benar-benar bersedia dengan semua ini.
Jadi mama dan papa memberi aku ruang, sehingga sekarang.
Kadang-kadang, mereka ada menghubungi aku di rumah. Tapi hanya Rain yang menjawab soalan itu.Semasa Rain dibenarkan keluar hospital selepas dua minggu dia sedarkan diri, aku mengupah jururawat peribadi untuk mengawasi keadaannya di rumah. Selepas dua bulan, Rain sudah bisa berjalan seperti biasa.
Sejak hari itu, Rain cuba mendekati aku. Tapi setiap kali itu, aku Berjaya melarikan diri. Walaupun aku tahu dia kecewa, tapi dia langsung tidak merungut dulu.
Balqies. Anak kecil itu memang rapat dengan papanya. Hanya bila papanya pergi kerja sahaja dia tidak merengek mahukan papanya.
Walaupun dia tidur dengan aku bila malam tiba dan menyusu badan aku sekarang, Balqies masih tidak terlalu rapat dengan aku.
Mungkin dia tahu yang aku bukanlah ibu kandungnya.
Nasiblah dia tidak buat perangai sangat dengan aku. Cuma kadang-kadang sahaja dia merengek bila kerenahnya tidak dilayan.
Nasib baik ada Ryanna. Dialah yang banyak membantu aku dalam menyesuaikan diri dengan budak kecil.
Kalau tidak, haru juga hidup aku.
“Dah empat bulan kan. Sedar tak sedar, cepat betul masa berlalu.” Ucap Erry. Menyedarkan aku.
“Nasib baiklah, orang yang bertanggungjawab tu pun sudah mendapat balasan. Kalau tidak, mesti tak aman hidup kau dengan Rain.” Sambung Erry.
Julia.
Orang yang telah melanggar kakak kembarnya itu sudahpun dijatuhi hukuman penjara dengan tuduhan telah melanggar lari.
Cadangnya dulu, dia mahu melanggar Rain. Kerana dia tidak mahu Rain bahagia bersama Amanda.
Dia lebih rela Rain mati dari dia terpaksa berputih mata tidak dapat hidup bersama Rain.
Dia sendiri yang mengaku di mahkamah.
“Itulah.” Balasku pendek.
“Kau kena kuat. Pasti ada hikmah disebalik semua yang terjadi.” Celah Ryanna yang sedang menyusukan anaknya. Darwin minum susu badan.
Balqies saja yang menyusu botol ketika dia baru dilahirkan.
Aku nak menyusu dia pun, aku tak ada susu pada mula-mula dulu. Tapi aku ambil keputusan untuk menyusukannya juga.Jadi aku berubat dengan cara kampung, dan ambik ubat di hospital serta menerima suntikan agar aku dapat menghasilkan susu sendiri.
Akhirnya kini, Balqies sudah dapat menyusu badan.
Perginya Manda membuatkan jiwa aku semakin kacau.
Aku tidak pernah menyalahkan takdir. Sepatutnya aku yang perlu bijak menguruskan takdir hidup aku agar tidak terjebak dalam konflik yang berlaku antara kehidupan kakak aku dan kehidupan aku.
Walaupun aku tidak pernah mempunyai pengalaman menjaga budak, tapi aku cuba sebaik mungkin. Ini kerana dia juga anak aku. Aku sedang mencuba untuk menjadi seorang isteri kepada Rain.
Hanya perlu berkelakuan seperti kakak aku, yang lebih manja berbanding aku. Lebih feminin berbanding aku.Kerana kakak aku memang perfect untuk menjadi seorang ibu dan isteri.
Tidak seperti aku, walaupun aku sudah berusia 21 tahun tetapi pengalaman bercinta aku adalah zero.
Tidak pernah bercinta walaupun cara hidup aku agak bebas berbanding kakak aku.
Permakaian aku, tidak seperti perempuan lain. Tapi dalam rumah ini, aku terpaksa berpakaian seperti Manda.
Argh! Rumitnya hidup aku sekarang.
YOU ARE READING
Terbalikkan Watak
Teen FictionUna terkejut bila perasan bahawa ada lelaki lain berada di dalam bilik asramanya. Dia yang masih lagi berkemban dengan tuala menjerit, kaget. ............................................................................. Rain terpaksa menggantikan k...