Ryanna pov
Malaysia...
Ryanna menanti dengan penuh debaran.
Maimun setia menemani cucu menantu perempuannya ini. sudah hampir sejam mereka menunggu.
Erry dan Wan Husain turut ada di situ. Sama-sama menunggu giliran mereka.
Selepas beberapa bulan, Maimun menghubungi cucunya itu. Seperti yang dijanjikan dulu, dia ingin membantu isteri cucunya itu untuk kembali hidup normal seperti orang lain.
Tanpa rasa takut dengan muka-muka buruk makhluk halus yang sering menghantuinya.
“Lama lagi ke, Opah?” tanya Erry tak sabar.
Erry, mana suka menunggu. Pantang betul dia kalau kena tunggu lama-lama. Nanti mulalah, baran dia naik.
Maimun memandang ke arah cucu lelakinya itu. Wajah tua itu mengukir senyuman.
Rasa bersalah pula timbul dalam hati Erry kerana sikapnya yang seperti mendesak itu.
Kalau opah yang tua pun boleh tunggu, tak akan pula aku yang muda ini tidak sanggup menunggu.
Kau ni Erry. Memang tak guna. Ubah-ubahlah perangai kau tu! Marah Erry dalam hati. Marah pada diri sendiri.
Tak lama selepas itu, nama Ryanna dipanggil.
“Ryanna, masuk!”
Ryanna memandang Maimun, dia takut untuk masuk seorang.
Dia berharap Maimun akan faham dan mengikutnya masuk ke dalam.
Maimun seperti faham dengan perasaan cucunya itu turut bangun dan memimpin cucunya itu masuk ke dalam.
“Anje, kalau ada apa-apa. Jerit. Nanti bie masuk.” Pesan Erry penuh Prihatin.
Aku mengangguk.
Langsir putih itu aku selak, aku melangkah masuk ke dalam. Suasana bilik itu membuatkan aku rasa senang.
Jika tadi aku berasa takut, kini aku sudah bisa mengukir senyuman di bibir.
Dekorasi bilik itu membuatkan aku rasa seperti berada di kayangan. Serba putih dan menyenangkan.
“Duduklah.” Arah seorang perempuan tua yang berada di dalam bilik itu.
Opah mengarah aku untuk duduk. Aku duduk di atas lantai yang berlapik permaidani hijau. Nampak macam rumput pun ada.
“Opah kau kata, mata kau jenis tak bertapis. Jadi kau boleh nampak makhluk-makhluk halus. Betul ke?” Soalnya.
Aku mengangguk.
“Sejak bila lagi kau nampak benda-benda tu?” Dia sambung bertanya.
“Sejak kecil lagi nek. Lepas onyang saya meninggal.” Beritahu aku.
“Onyang kau, bidan ke?” Soalya lagi.
Aku mengangguk.
“Onyang memang bidan. Bidan kampung. Kalau ada orang nak beranak, memang mereka akan cari onyang. Mengurut, berubat cara tradisional, buat jamu semua tu. Onyang saya buat. Kenapa nek?”
“Kau ni pewaris tunggal ke?” kali ini aku menggeleng.
“Saya ada abang. Papa saya memang anak tunggal onyang, tapi saya bukan pewaris tunggal.” Celahku.
Dia ketawa kecil bila mendengar celahanku.
Aku jadi pelik.
“Itulah yang dinamakan pewaris tunggal, cu.” Beritahunya dengan tawa yang masih bersisa.
YOU ARE READING
Terbalikkan Watak
Teen FictionUna terkejut bila perasan bahawa ada lelaki lain berada di dalam bilik asramanya. Dia yang masih lagi berkemban dengan tuala menjerit, kaget. ............................................................................. Rain terpaksa menggantikan k...