6. Terganggu

96 5 0
                                    

Lama x lama cerita ni. Aku start tulis dia masa tu tahun 2011 dan edit tahun 2013... Pergh. Lama erk, berkurung dalam draf aku. Hahaaa

***********************************

Korea

Una pov

Sedar tak sedar dah hampir tiga bulan aku tidak pulang ke rumah ibu tiriku. Dia sahaja yang asyik datang melawat aku seminggu sekali di hostel ini dan mengajak aku untuk pulang ke rumahnya. Tapi aku masih dengan berbagai-bagai alasan untuk meloloskan diri aku.

  Hari ini dia mengajak aku untuk menemaninya membeli belah di DongTan M Shopping Mall. Aku hanya menuruti sahaja kehendaknya.

Malas nak berbalah dengannya.

  “Mummy. Manda nak pergi cari book store kejap. Nak beli barang. Nanti mummy pergi tunggu Manda dekat parking. Kita jumpa kat sana. Ya, mummy.” Pintaku selepas penat menemaninya membeli barang tadi.

“Hati-hati ye Manda.” Pesan Park Sa Rang kepada anak tirinya itu. “jom.” Park Sa Rang mengajak anaknya Park Ki Bum berlalu.

Aku yang ralit memilih beberapa buah novel tidak perasan bahawa aku sedang diperhatikan.

Aku masih ralit dengan susunan novel yang membuat aku gila.

Sememangnya aku ni jenis yang gila dengan novel. Tanpa aku sedar ada tangan singgah di bahuku. Terkejut aku dibuatnya.

Aku segera menoleh.

  “Hai. Manda.” Sapa lelaki itu.

“Kau... kau buat apa kat sini?” tergagap aku dibuatnya. Terkejut punya pasal.

“Manda macam tak suka jumpa Am ja.” Ujar lelaki itu dengan nada yang agak terkilan.

Novel-novel itu tadi aku letakkan kembali di rak. Aku terus berlari keluar dari book store itu.

Aku berharap Azzam tidak akan mengikuti aku. Tapi sangkaan aku meleset.

Aku terus berlari sehingga aku turun tangga tanpa aku sedar bahu aku terlanggar seseorang.

Aku kalut meminta maaf.

Rain yang lihat aku kalut itu meraih tangan aku, menghalang aku untuk terus berlari. Tindakkannya itu buat aku berhenti berlari.

“Una. Kenapa berlari ni?” tanya Rain.

Aku waktu ini merasakan yang Rain seperti Superhero yang datang untuk menyelamatkan aku dari dimakan T-rex yang sedang mengejar aku.

“Rain. Tolong saya.” Lengan Rain aku paut erat.

Rakan-rakan Rain memandang kami. Pelik.

Azzam yang berlari tadi, datang mendapatkan aku.

“Manda.”

Mata Azzam buat aku kecut perut.

“kau siapa? Pegang-pegang girlfriend aku.” tanya Azzam bengang bila melihat aku memaut lengan Rain.

Baru sahaja Rain ingin membuka mulut aku sudah memotong.

“Bie, dia kacau Una tadi masa Una pilih barang.” Aku mengadu kepadanya. Seakan Rain itu buah hati aku.

Rain memandang aku seakan tidak percaya dengan apa yang didengarnya tadi.

“Una. Kenapa nie?” bisik Rain di telinga aku.

“Manda. Am ni boyfriend Manda. Bakal tunang Manda dan tak lama lagi kita nak kahwin. Yang Manda pergi pegang tangan lelaki lain depan Am ni kenapa? Nak cabar Am, ya?” Azzam mula bengang denganku.

Terbalikkan WatakWhere stories live. Discover now