Selepas Erry pergi meninggalkan aku di Caffe itu.
Fikiran aku menerewang melintasi laut yang memisah antara Malaysia dan Korea.
Flashback on
Jerry berjalan-jalan dengan Yoona di gigi pantai Hae Un Dae.
Sesekali mereka berlari-lari anak mengejar sesama sendiri.
Bahagia dirasakan tanpa mempedulikan keadaan sekeliling.
Tanpa mereka sedar, ada hati yang berkecai ketika memandang kebahagiaan yang ditunjukkan mereka dari jauh.
Sudah sebulan aku berada di korea, sudah sebulan juga aku mencari Jerry.
Baru hari ini aku dapat mengesan dia.
Aku sanggup ponteng kelas selepas aku dapat mengesan di mana Jerry berada semata-mata mahu berjumpa dengan lelaki itu.
Tapi apa yang aku dapat?
Hanya sakit hati memendam rasa cemburu yang membuak di dalam dada.
Sampai hati B buat Sayang macam ni. Mana pergi janji-janji manis yang b buat pada sayang dulu? Tergamak b tinggalkan sayang lepas b dapat apa yang b mahukan. Raungku dalam hati.
Puas bermain kejar-kejar, mereka bergerak ke kereta untuk pulang. Badan sudah menunjukkan rasa penat.
Matahari pula sudah mula mahu melabuhkan tirai. Gelap menjengahkan diri menyambut malam tiba.
“Bap mok jah. (jom makan).” Ajak Jerry.
Tangannya melingkar di pinggang Yoona. Yoona memandangnya.
“Najungae. Shopping kkajah. (Nantilah. Kita shoping dulu.)” Yoona bersuara manja seperti memujuk agar Jerry mengikuti kehendaknya.
Jerry hanya mampu tersenyum seraya mengangguk.
Mereka baru sahaja mahu masuk ke dalam perut kereta.
Aku datang menyapa.
“Kang Jae ri. Urean mani ttah. (Lama tak jumpa.). Nugue ya, kea yoeja? (Siapa perempuan ni?)”
Jerry agak kaget dengan kedatangan aku di situ.
Tangannya yang melingkar di pinggang gadis itu dilepasnya.
Gadis itu kelihatan bengang apabila Jerry melepaskan pelukkannya.
“Sayang. Wae yoegi...?(Buat apa..)”
“kea nyang. (Saja.)” Belum sempat dia menghabiskan ayatnya.
Aku memerhatikan reaksinya.
Tak tentu arah dia jadinya.
“Eodi gase yo? (awak nak pergi mana?) sik ssa neun? Sik ssa neun ha syeo yo? (makan? Awak dah makan ke belum?)” Soalnya dengan suara tergagap.
“Dah. Awak nak pergi makan ke?” soalku pula.
Dia mengangguk.
“Dengan dia?” aku memandang ke arah Yoona yang berada di sebelahnya.
Sekali lagi dia mengangguk.
“Geon gang ha sae yo? (Awak sihat?)” Tanyanya berbasa basi.
Aku hanya mampu mengukir senyuman pahit.
“kah. (pergilah.) kesian girlfriend awak dah lama tunggu.”
“Besok kita bincang.” Dia menepuk bahuku perlahan sebelum melangkah masuk ke dalam kereta jaguar miliknya.
Selepas kejadian tu.
YOU ARE READING
Terbalikkan Watak
Teen FictionUna terkejut bila perasan bahawa ada lelaki lain berada di dalam bilik asramanya. Dia yang masih lagi berkemban dengan tuala menjerit, kaget. ............................................................................. Rain terpaksa menggantikan k...