76. White Night

40 0 0
                                    

Una pov

Aku menutup Mp3 selepas lagu White Night nyanyian Up10tion habis didendangkan.

Suasana laut yang terbentang luas di hadapan buat aku terasa nyaman.

Terasa ada tangan melingkari di pinggang aku.

“Kenapa tak kejutkan bie tadi? Bahayalah sayang, keluar seorang diri kat tepi pantai ni.” Kata Rain.

Kepalanya ditongkat atas bahuku.
Buat manja kucing parsi pula dia.

“Bukan ada lanun pun. Bahaya apanya?” Balasku.

“Sejuklah sayang.” Beritahunya. Aku meraih tangan kanannya.

Rain beralih dari belakang duduk dihadapanku. Dia memandangku. Senyuman manis dihadiahkan untukku.

Aku jadi malu apabila diperhatikan lama-lama. Mukaku sudah berona merah. Dia melebarkan lagi senyumannya.

“Janganlah pandang sayang macam tu. Malulah.” Rungutku. Seraya menolak lembut bahunya.

Dia ketawa kecil.

“kenapa pula malu? Tak salah pun bie tengok apa yang dah jadi hak bie.” Balasnya. Lalu dia bangun.

“jom jalan-jalan kat tepi air tu, sayang.” Ajaknya.

Aku bangun lantas menarik tanganku dari genggamannya.

Aku yang raih tangan dia tadi, dia pula yang genggam tangan aku.

Heee.

Aku berlari kearah pesisir pantai.

“Bie. Catch me if you can.” Laungku kepadanya yang masih berdiri di bawah pokok rendang itu.

Rain tersengih melihat perangai isterinya. Tanpa membuang masa dia mengejarku.

“Sayang. Kalau bie dapat tangkap sayang, sayang kena bagi bie hadiah tau.” Laungnya dari belakang yang masih mengejarku.

Aku menoleh ke belakang.
 
Werk.. aku menjelir lidah tanda mengejeknya. Kemudian ketawa.

Kelajuan dia lari telah berjaya membuatkan aku tewas. Rain memeluk aku dari belakang.

“Ah ah... Bie.” Jeritku perlahan.

Aku rasakan tapak kakiku ada terpijak sesuatu.

Rain kaget. Lantas dia meleraikan pelukkannya.

“Kenapa ni?” tanyanya kalut.

Aku sudah terjengket-jengket sambil memengang lengannya.

Rain belutut di hadapanku. Kaki kanan aku diangkat sedikit untuk memeriksanya.

Kaki aku berdarah. Ada kaca terlekat di kakiku.

“Sayang.” Seru Rain. Dia memandang aku.

Aku masih lagi menahan kesakitan.
Rain bangun lalu mencempung aku. Aku memaut erat lehernya.

“Sabar kejap ya. Kejap lagi kita sampai.” Pujuknya.

Aku melentokkan kepalaku ke bahunya.

Sesampai sahaja ke dalam rumah, Rain meletakkan aku di atas kerusi kayu di ruang tamu.

Rain bergegas ke dapur untuk mengambil peti kecemasan.

Sudah tiga hari berada di resort itu membuat dia tahu serba sedikit mengenai selok belok di dalam bilik ini.

Setelah jumpa dengan kotak kecemasan itu, Dia berlari mendapatkan aku.
 
Sekali lagi dia melutut dihadapanku. Minyak gamat dalam peti itu dikeluarkan lalu dituang ke kaki aku.

“Sayang. Tahan sekejap ya. Bie nak keluarkan kaca ni.” Ucapnya.

Aku mengangguk.

Aku memejam rapat mataku. Dengan cara itu aku dapat menghilangkan rasa ngeri.

Rain mencabut keluar kaca itu. Menitis jua air mataku.

Rain memandang wajah isterinya.

Aku masih lagi memejam mataku. Rain meneruskan kerjanya dengan cepat dan penuh berhati-hati agar tidak menyakiti isterinya.

“Dah sayang.” Ucap Rain selepas siap menampal plaster ke tapak kakiku.

“buka mata tu.” Suruhnya apabila aku masih lagi tak berani membuka mata.

Aku buka mataku perlahan. Aku lihat dia di hadapanku. Tersenyum manis padaku.

“Thanks.” Ucapku padanya. Dia bangun dan duduk di sebelahku. Bahuku dipeluknya lembut.

“Buat apa pula nak ucap terima kasih? Kan itu tanggungjawab bie untuk jaga sayang. Sayang ni...” ucapnya seraya mengucup ubun-ubunku.

Terbalikkan WatakWhere stories live. Discover now