43. Got married

36 1 0
                                    

Tiba hari pernikahan kami.

Ryanna pov

Aku dihiasi dengan gaun putih yang dihiasi manik-manik berwarna biru, aku mengenakan tudung di kepala.

Tiba di masjid, aku diminta oleh ibu mertuaku untuk duduk di atas sesuatu yang seakan bantal yang berwarna putih.

Husna adik Erry juga ada di sebelahku.

Erry memandangku, sekali lagi dia terpegun.

Rain di sebelah menyiku pinggang Erry, mengusik bakal adik iparnya itu.

"Aku tahulah adik aku cantik. Tapi simpan air liur kau tu untuk malam nanti." Usiknya.

Merah muka Erry menahan malu. Dia tersengih memandang Rain.

"Baiklah. Kita mulakan majlis ni sekarang, ye?" saran Tan Sri Imansyah selaku wali yang akan menikahiku.

Tok Kadi berada ditepi dan kami semua mengangguk. Papaku menghulurkan tangan dan di jabat oleh Erry.

"Aku nikahkan kamu dengan anakku Ryanna Batriecia Allyna binti Imansyah dengan mas kahwinnya sebanyak RM 400.25sen tunai." papa mengijabkan kami

"Aku terima nikahnya Ryanna Batriecia Allyna binti Imansyah dengan mas kahwinnya RM 400.25sen." Erry menyambut kabulnya. Kemudian papaku bertanya kepada saksi.

"Sah?"

"Sah..." jawab mereka serentak. Aku menitiskan air mata. Kemudian papaku membaca doa dan kami semua menadah tangan.

Karut betul. Mana nak cekau 25sen tu? Duit suku sekarang memanglah berlambak. Tapi mana laku. Rungut hati Ryanna.

Setelah selesai membaca doa, Erry melangkah ke arahku untuk majlis batal air sembahyang.

Aku menghulurkan jarinya untuk disarungkan cincin oleh Erry. Kemudian aku menyalami tangannya diikuti dia mencium ubun-ubunku.

Air mataku mengalir lagi. Dia mengesat air mataku.

Majlis walimatulurus sebelah perempuan berjalan dengan lancar.

Aku memakai gaun biru tirus dan sedondon dengan Erry.

Rakan-rakan Erry turut memeriahkan majlis kami dengan menyanyi.

Manakala Bella dan Iman asyik melantak makanan hingga ditegur olehku.

"Oi anak dara. Sedap kau melantak kat sini. Bak sikit, aku lapar ni." Aku menyergah

"Kau ni kan Yan, nasib baik kita orang ni tak ada heart attack. Kalau tak, dah lama gol." Jawab Bella

"Banyak mulut pulak minah ni. Bak sikit. Aku lapar ni." Ujarku mengacau mereka

"Mulut aku ada satu saja, ni." Ujarnya seraya memuncungkan mulutnya tanda menunjukkan bahawa dia hanya ada satu mulut. Aku menolak mukanya.

"Kat meja makan beradap kau tu, banyak makanan. Kenapa tak makan?" Tanya Iman.

"Makanan atas meja tu bukan untuk makan. Eksyen ja tu." Jawabku bersahaja sambil mengambil sotong goreng tepung yang ada dalam pinggan Bella.

"Kity mana?" tanya Iman

"Dia ada tu dengan Naim." Jawabku.

"Dia tu ada hati dengan Naim ke?" tanya Iman menyibuk

"Kalau dia ada hati dekat Naim pun, biarlah." Ujarku

"Jelouse aku." Ujar Iman

"Kan Nizam ada, Fadzriq pun ada. Kau pilih je mana kau nak." Ucap mulutku lantang.

Iman memandangku sambil tersengih

"Betul jugak kan. Aku nak Nizamlah." Ujar Iman

"Habis tu aku?" tanya Bella

"Kan Fadzriq ada." Jawab Iman

"Betul juga." Jawab bella.

Majlis bersanding pula disambung hingga ke waktu malam.

Aku mengenakan gaun kembang ala cinderella berwarna merah dan dihiasi dengan manik-manik blink berwarna hitam, manakala Erry memakai kot hitam.

Kami menuju ke arah kek untuk majlis potong kek. Setelah kek dipotong, aku agihkan kepada tetamu.

***

Aku masuk ke dalam bilik. Aku cuba membuka gaunku. Tapi susah sangat. Mataku pula sudah merah menahan diri dari tertidur.

Terbalikkan WatakWhere stories live. Discover now