Una pov
Aku dan Ryanna ketawa terkekek bila Tom selalu dikenakan oleh Jerry.
Aku suka bila tengok Tikus tu lari masuk dalam lubang rumah dia.
Comel! Tak tahan aku.
“Lah. Kat sini rupanya dia. Bie cari merata tau tadi.” Kata Rain bila nampak isteri dan adiknya duduk di ruang tamu sambil tengok Tom&Jerry.
“Besar panjang pun, masih tengok Tom&Jerry lagi. Hish budak berdua ni.” Erry pula menggeleng kepala bila isterinya turut sama ada di situ menonton cerita cartoon.
Jiwa karton betul budak berdua ni. Patutlah cepat benar rapat. Rupanya sama perangai. Kutuk hati Erry.
“Kau jelouse kenapa? Pergi sana main jauh-jauh. Jangan nak mengganggu ketenteraman awam kat sini.” Aku menghalau Erry.
“Entah Bie ni. Pergilah sana main dengan Rain. Kami nak tengok movie ni kejap. Janganlah kacau.”
Erry dan Rain berpandangan sesama sendiri. rasa macam tak percaya pula bila si isteri sanggup menghalau suami kerana mahu menonton cerita budak-budak macam ni.
Unbelieveable!
“Kami nak pergi mandi sungai. Baru ingat nak ajak. Tapi tak apalah, kita pergi berdua sajalah Erry. Tak payah kacau budak berdua ni tengok karton. Tak baik menganggu ketenteraman awam kat sini.” Rain sengaja berkata begitu.
Sengaja dia mahu memancing isterinya. Ternyata pancingnya mengena.
“Nak ikut.” Aku mengangkat tangan. Kalah budak darjah satu nak jawab soalan.
“Lain kali cakaplah kalau nak pergi sungai. Nak ikut juga.” Ryanna bangun menyilang tangannya di lengan Erry.
Erry memandang ke arah isterinya. Ryanna mengedip-ngedip matanya. Buat comel pula dia.
“Dah tak nak tengok cerita karton tu dah ke?” perli Erry.
“Malam nanti pun boleh sambung.” Jawab Ryanna berani.
“Jom!” Ryanna menyeret lengan Erry.
“Jom. Nanti petang, sejuk pula air sungai tu.” Rain meraih tangan aku dan kami bergerak turun dari rumah.
“Tok wan, Opah. Kami nak pergi sungai. Jom ikut.” Ajak Erry.
“Kamu pergilah. Kami ni dah tak larat nak tengok sungai tu. Tiap-tiap hari dah mandi sungai.” Tolak Opah.
Sengaja mahu memberi peluang kepada cucu mereka untuk bermesra antara suami isteri.
“Betul ni, opah tak mahu ikut?” Tanyaku.
Mereka mengangguk.
“Kalau macam tu, kami pergi dulu ya. Opah. Wan.” Pamit Rain.
Mereka mengangguk dan memberi isyarat tangan untuk menyuruh kami berlalu pergi.
Tanpa menunggu lama, kami berjalan ke simpang jalan masuk rumah Tok Wan.
Di hujung kami, ada sungai yang cantik. Banyak batu-batu besar yang boleh dijadikan tempat untuk melepak dan mencari ketenangan.
“Wah, cantiknya.” Kata Ryanna, teruja.
“Jom. Kita masuk kat dalam tu. Kat situ best kalau nak mandi. Rasa macam mandi kat dalam kolam.” Aku menarik tangan Ryanna dan berlalu meninggalkan suami kami.
Rain dan Erry menggeleng kepala. Sampai hati betul isteri mereka ni.
“Jomlah, kita naik atas. Kat atas sikit ada air terjun. Sejuk kat situ.” Ajak Erry.
YOU ARE READING
Terbalikkan Watak
Roman pour AdolescentsUna terkejut bila perasan bahawa ada lelaki lain berada di dalam bilik asramanya. Dia yang masih lagi berkemban dengan tuala menjerit, kaget. ............................................................................. Rain terpaksa menggantikan k...