Miasarah pov
Miasarah mengimbas kembali perbualannya dengan suaminya sebentar tadi.
“Mia sihat?” Soal Datuk Amran Husni kepada isterinya.
“Sihat saja. Abang dah makan?” soalan yang biasa ditujukan untuk suaminya.
Tersentuh hati Datuk Amran Husni.
Semenjak berkahwin dengan Park Sa Rang, tidak pernah sekali pun isteri keduanya itu bertanyakan hal kebajikannya seperti isteri pertamanya itu.
“Dah.” Perlahan sahaja dia menjawab, kemudian masing-masing buntu. Hilang ayat untuk meneruskan perbualan.
“Abang tak mahu balik sini?” Setelah lama diam, Miasarah bertanya kepada suaminya.
Hati Datuk Amran Husni tiba-tiba sahaja rasa berbunga bila soalan itu keluar dari mulut isteri pertamanya.
“Mia nak abang balik?” Tanya Datuk Amran Husni. Rasa seperti tidak percaya pula isterinya itu mahu dia kembali ke Malaysia.
“Itu kan hak abang. Mia tak ada hak untuk suruh abang balik kalau abang tak mahu. Mia Cuma bertanya. Tapi, itulah kan. Siapalah Mia. Untuk suruh abang kembali.” Seperti berjauh hati saja jawapan yang diberikan.
Terasa pula Datuk Amran Husni di hujung talian.
“Mia masih marahkan abang?”
“Mia tak ada hak nak marahkan abang. Mia juga kan, punca abang berubah hati. Bukan salah abang. Mia yang tak tahu nak jaga suami.”
Datuk Amran Husni meraup mukanya. Rasa bersalah kerana telah menyakiti hati wanita itu.
Sebenarnya dia masih lagi menyayangi isteri pertamanya itu. Tapi dia sudah terlajak kata. Itulah orang pernah kata, terlajak perahu boleh diundur, ini terlajak kata. Mana ada gear revese nak undur.
“Abang minta maaf.”
Terpana Miasarah bila lelaki itu mengungkapkan kata maaf. Dan lebih mengejutkannya lagi. Bila lelaki itu.
“Abang rindukan Mia.” Hampir terjatuh telefon itu dari ganggangnya.
YOU ARE READING
Terbalikkan Watak
Teen FictionUna terkejut bila perasan bahawa ada lelaki lain berada di dalam bilik asramanya. Dia yang masih lagi berkemban dengan tuala menjerit, kaget. ............................................................................. Rain terpaksa menggantikan k...