"Ashaaa~ siap tak kerja math?" Tanya Ibtisam dengan irama berlagunya.
"Ermm... Siap sikit je," aku jawab dengan bersahaja. Siap ke tak siap, asalkan dah buat dan dah usaha nak buat daripada tak buat langsung?
"Ish, dia ni relax je tak siap kerja. Kena marah baru tahu," kata Ibtisam prihatin.
"Asalkan buat. Daripada tinggal kosong?" Aku sudah sediakan semua peralatan di atas meja. Bersedia untuk subjek seterusnya manakala Ibtisam pula menggeleng kepala dengan perangai aku.
"Assalamualaikum, class," Ucap Cikgu Sarah termengah-mengah kerana penat menaiki tangga. Ye lah, kelas aku ni duduk tingkat 4, bangunan hujung, jauh dengan bilik guru pula tu. Memang penatlah.
Kami semua menjawab salam secara serentak. "Okay, class. Harini kita belajar topik baru," Cikgu Sarah mengeluarkan pen marker nya dan bersedia untuk menulis di papan putih. Tindakannya terhenti apabila seseorang memanggilnya.
"Erm, cikgu. Kerja minggu lepas?" Seorang pelajar skema menanyakan soalan yang membuatkan aku rasa macam nak tikam dia. Ibtisam sudah memandang aku cemas. Dia risau kalau-kalau aku didenda kerana tidak menyiapkan kerja sekolah. Muka aku relax je. Pelajar lain yang tak siap pun relax je muka. Tak gelabah pun.
"Oh, kerja minggu lepas, ya? Saya harap kamu semua dah siap. Nanti saya kutip buku dan tanda. Terima kasih Syaflin," Cikgu Sarah kembali menulis di papan putih tersebut.
Aku memandang Ibtisam sambil mengangkat kening.
KRING!!!
"Terima kasih, class," ucap Cikgu Sarah sebelum meninggalkan kelas aku.
"Huh, lama lagi ke nak rehat?" Aku bertanya.
"Ha! Satu subjek je lagi lepastu rehatlah!" Sorak Ibtisam.
"Yes! Tak sabar nak makan," aku sudah membayangkan masakan makcik kantin yang sedap. Ui... Tak sabar nak makan.
"Weh, Asha!" Panggil Aliff a.k.a. ketua kelas.
"Yosh?" Jawabku.
"Petang ni ada?" Tanya dia.
"Cam biasa," aku menjawab dengan muka selamba. Ibtisam yang berada di tengah kami tertanya-tanya apakah maksud disebalik perbualan kami. Namun, dia takut ingin bertanya.
KRIIIIIIIIIIIIIIINNNGGG!!!!!!!
Semua murid sudah tidak keruan apabila mendengar bunyi loceng tersebut. Sudah tidak sabar untuk makan di kantin dan membeli di koperasi.
Aku turut sama sudah tidak sabar hendak ke kantin. Perut sudah berbunyi minta diisi.
"Okay, class. Terima kasih," cikgu tersebut keluar dari kelas tanpa menunggu kami berkata apapun. Sudah biasa mengajar mata pelajaran sebelum rehat jadi dia sudah terbiasa dengan murid-murid yang berkejar-kejar pergi ke kantin.
"Weh, Asha!" Panggil seseorang dari arah belakang aku.
"Yes, Haziq. Petang ni saya datang," jawab aku tanpa menunggu. Lapar ni!
"Oh, okay. Sorry ganggu," setelah mendapat jawapan, dia terus beredar dari situ.
Sekali lagi, muka cemberut Ibtisam kelihatan tapi kali ini disertai oleh Azyana dan juga Ainatasha.