Sejak hari itu, aku tidak menggunakan 'saya, awak' lagi apabila berbicara dengan mana-mana lelaki yang tidak rapat dengan aku. Lelaki macam itu tidak layak untuk diberikan penghormatan!
"Asha!" Panggil seseorang dari belakang aku. Terlihat Al-Amin sedang berlari ke arah aku. Aku hanya berdiri statik dan menunggu dia sampai kepada aku.
"Ada apa?" Tanyaku.
Al-Amin tercungap-cungap kerana penat berlari. "Ni... Haziq kabo dia takde harini sebab dia jaga atok dia kat hospital sebab atok dia dah nak nazak. Dia suruh kau balik," kata Al-Amin. Aku hanya mengangguk.
"Thanks info," kataku dan terus pergi ke public phone untuk memanggil ibuku. Al-Amin juga pulang menaiki motosikalnya selepas memberitahu aku pesanan tersebut.
"Hello, ma. Orang dah balik ni,"
"Balik dah? Kejap, kejap," kata ibuku dari corong telefon.
Aku menutup panggilan dan keluar dari pagar sekolah, menunggu ibuku di pondok bas berdekatan.
Selepas setengah jam menunggu, ada sebuah kereta berhenti betul-betul dihadapan pondok bas yang aku duduk. Dia menurunkan cermin tingkap keretanya.
'Oh, dia ni...' aku berkata setelah mengenalpasti identiti manusia itu. Aku menggalas beg dan masuk ke dalam keretanya. Aku tersenyum paksa walaupun aku sebenarnya memiliki perasaan untuk membunuhnya.
"Mama suruh ambil sebab mama ada meeting," kata lelaki itu. Aku hanya mengangguk sambil tersenyum. 'Ada aku tanya?'
Kami tiba di depan rumah aku. Aku mengucapkan terima kasih sebelum keluar dari keretanya. Kadang-kadang, ada juga rasa macam nak marah ibu aku sendiri. Kalau dia cakap je yang dia ada meeting, aku boleh je tumpang Ibtisam. Nak juga suruh aku tumpang mamat tu. Huh!
Aku masuk ke dalam rumah, melihat adik-adik aku sedang menonton televisyen dan bermain permainan video di dalam komputer. Aku terus menuju ke dalam bilik aku. Telefon aku dicapai. Aku melihat status yang baru sahaja dihantar oleh Haziq. Dia menghantar sebuah gambar tok cik yang berada di atas katil hospital. "Tok dah nak nazak, mohon doakan tok aq".
Ketika membaca apa yang tertulis di bawah gambar itu, aku rasa seperti ingin pergi ke hospital tersebut dan bertemu dengannya tetapi aku ada satu kekangan. Aku tidak ada kenderaan untuk ke sana.
Aku menghubungi Haziq. "Hello..."
"Ye, kenapa kau call aku? Ada apa-apa yang tak kena ke?"
"Haziq... Saya nak jumpa tok cik..." suara aku menjadi serak menahan tangisan.
"Weh, jangan nangis... Jap, aku suruh mak aku ambik kau. Mak aku pun nak datang sini tapi tak gerak lagi. Sabar kejap, eh? Jangan nangis tau! Kejap lagi mak aku sampai depan rumah kau," kata Haziq dalam keadaan cemas kerana takut aku menangis.
"Okay..." kataku sebelum memutuskan talian. Aku pergi bersihkan diri dan menunaikan solat. Dalam aku bersiap-siap, aku mendapat panggilan daripada Haziq.
"Hello?"
"Hello, ha, Asha! Mak aku kata dah on the way pergi ambik kau. Siap-siap lah ye? Jumpa kau kat hospital nanti, assalamualaikum," dia memutuskan talian.
"Waalaikumussalam..." aku menjawab.
Aku kemudiannya mengambil beg dan bergerak ingin keluar dari rumah. Sebelum keluar, aku memesan kepada adikku untuk menjaga rumah sementara aku keluar. Dia mengangguk tanda faham. Aku membawa kunci rumah bersamaku takut-takut jika aku pulang lewat malam.
Tepat pada masanya, selepas aku memakai kasut, ibu Haziq pun sampai. Aku duduk di tempat duduk belakang kerana ibu dan ayahnya sudah duduk di hadapan. Aku tiba-tiba rasa segan pula. Aku hanya kaku tak bergerak kerana terlalu malu. Siapa je yang tak malu apabila tumpang kereta orang lain tanpa ada sesiapa pun yang kita kenal dalam kereta tu?
Perjalanan kami ditemani oleh bunyi radio sehinggalah ibunya bertanya soalan kepadaku. "Cha dah lama ke kenal Ajiq?" Soalan ibunya membuatkan aku terpinga-pinga kerana terlalu fokus pada luar tingkap. "Aaa-tak" aku hanya menidakkan sahaja tanpa tahu soalannya.
"Oh, maknanya Cha dengan Ajiq baru kenal tahun ni lah? Tapi kenapa ummi tengok kau orang rapat je? Macam dah lama kenal," kat ibunya.
Aku menjadi malu sendiri. "Aaa- saya dengan Haziq kenal waktu form 1 dulu. Satu kelas lepastu... tup tup jadi rapat," aku memberi keterangan.
Tiba-tiba ibunya memandang aku penuh makna. Aku menelan air liur yang tersekat di kerongkong. "Achaa...suka Ajiq?" Itulah soalan yang keluar dari mulut ibunya.
Aku dapat merasa bahang dimuka aku. Aku...suka Haziq? Is it? But he is my best friend and best friend can't be more than just a best friend... but the reason we were together is...
"Cha?" Ibunya melambai-lambaikan tangannya di hadapan muka aku.
"Aa-aa... mana ada makcik, kitaorang kawan je. Hehehe..." aku ketawa kekok. Ibunya merenung aku lama. Aku masih lagi dengan ketawa kekok aku.
"Kita dah sampai," kata ayah Haziq. Kami turun dari kereta dan menuju masuk ke dalam hospital. Aku hanya mengekori mereka kerana aku tidak tahu apa-apa.
Setibanya di wad tersebut, aku melihat Haziq yang sedang duduk di atas kerusi sebelah katil pesakit sedang menyuap tok cik. Aku melambai ke arahnya dan di hanya senyum kepada aku.
"Jiq, pergilah solat dulu. Biar ummi jaga tok," kata ibunya sambil menepuk-nepuk bahu anaknya itu.
"Baik ummi," Haziq kemudiannya bangun dan meminta diri untuk ke surau. Aku hanya menghantarnya melalui pandangan mata.
"Chaa...." panggil seseorang dengan suara yang lemah. Aku menoleh ke arah tok cik lalu mendekatinya.
"Ya, tok cik. Cha ada ni..." terasa sebak pula melihat keadaannya sebegitu. Terlantar di atas katil, pergerakan juga terbatas dan tidak mampu melakukan sesuatu dengan sendirinya.
Tok cik tersenyum. "Cha jumpa juga ya tok cik untuk kali yang terakhir..." katanya dengan lemah.
"Tok cik... mestilah Cha melawat tok cik. Cha kan murid kesayangan tok cik," aku cuba membuat gurauan dengan membuat sedikit lawak bodoh.
"Chaa... tok nak Cha dengan Haziq teruskan dengan silat-"
"Tapi tok..."
"Cha... tok percaya Cha dengan Haziq dah boleh lead kawan-kawan yang lain,"
"Tok... Cha ni apa je ada tok? Siapa je yang nak dengar apa yang Cha cakap?" Suaraku semakin serak kerana kata-kata tok cik sebentar membuatkan aku sebak.
"Chaa..." ibu Haziq menepuk bahu aku. " Ummi percaya, selagi Cha ada Ajiq, dia akan protect Cha. Ummi kenal sangat dengan anak ummi tu. Cha jangan risau eh?" Ibunya tersenyum sambil menggosok bahuku.
" Tok tak nak dengar tapi tapi lagi dari Cha. Tok tahu, tugas yang tok amanahkan ni besar. Bukan senang Cha nak handle sendiri. Tok amanahkan Cha dan Haziq supaya kamu berdua boleh saling melengkapi kekurangan masing-masing. Tok nak latih Cha keluar dari zon selesa yang Cha berada sekarang ni. Majulah kehadapan, jangan asyik berlindung dibalik bayang seseorang. Nanti suatu masa, Cha akan berhadapan dengan dunia ini seorang diri. Tok takut Cha tak kuat dan memilih jalan yang tak sepatutnya. Cha faham eh?" Tok cik menggagahkan dirinya untuk bercakap.
Aku mengangguk. "Cha janji Cha akan cuba sedaya upaya untuk melaksanakan amanah yang tok bagi sebaik mungkin!" Aku membuat tabik hormat kepada tok cik.
" Assalamualaikum..." Haziq memberi salam ketika masuk ke dalam wad. Kami menjawab salamnya.
"Abah, kitaorang balik dulu, ya? Hari dah nak gelap ni. Nanti mak Acha tanya pulak anak dia pergi mana," kata ibu Haziq kepada tok cik.
"Ye lah, hati-hati bawa kereta." kata tok cik.
"Hati-hati," kata ayah Haziq pula memandangkan dia tidak pulang kerana menjaga tok cik.
Kami melambai mereka sebelum keluar melalui pintu wad dalam bergerak ke tempat parkir kereta untuk pulang ke rumah.