𝙲𝚑𝚊𝚙𝚝𝚎𝚛 𝟻

11 8 4
                                    


THIS CHAPTER MAY TRIGGER SOME OF THE AUDIENCE SO... READ ON YOUR OWN RISK!!!!!

"Tak apa, kalau baba ada nanti, dia akan buat semua kerja."

"Tapi-"

"Kalau wan tanya, cakap je setuju,"

"Wafri?"

"Dia okay je. Akak sorang je yang tak okay."

Aku agak terkejut mendengar itu. Sejak bila pula adik lelaki aku setuju.

"Cakap je setuju. Ala, kalau baba ada, semua kerja akak dah tak payah buat." Pujuk ibuku lagi.

Aku tidak mampu membantah kerana ibuku seorang yang keras kepala dan susah untuk terima nasihat orang lain. Yang aku kesahkan sekarang ini bukanlah tentang kerja rumah, tetapi tentang aurat diantara adik-beradik tiri itu.

Aku tidak memberi kata putus. Aku keluar dari kereta dan terus masuk ke dalam rumah dan mengurung diri aku.















Kejadian yang berlaku kira-kira dua hari lepas berlegar di fikiranku.

Badanku basah kuyup kerana berada di bawah titisan hujan lebat tanpa payung. Suasana amat sunyi di jalan raya pada tengah malam ini. Aku? Buat apa? Aku hanya menenangkan fikiran dengan keluar dari rumah dan berjalan kaki seorang diri tanpa arah tuju.

Aku tidak takut...bukan. Aku tidak dapat rasa perasaan takut itu lagi. Aku hanya inginkan kebebasan dari segala masalah yang aku hadapi. Aku benci apabila mata aku mula melihat sisi sebenar dunia yang gelap. Ia langsung tidak memberi aku peluang untuk rasa suka dan gembira.

Aku mula menilai setiap orang dari kesalahan kecil yang mereka lakukan dan mulai menjauhi mereka. Tiada lagi sifat positive thinking dalam diri aku. Siapa yang perlu dipersalahkan dalam hal ini? Aku? Tak... INI BUKAN SALAH AKU! Aku tidak minta untuk semua ini terjadi.

Ini bukan salah aku, kan? Salah aku ke kerana menjauhi Ibtisam, Azyana dan Ainatasha disebabkan aku rasa mereka berpura-pura berkawan dengan aku? Bukti? Aku tak ada bukti cuma firasat aku yang berkata begitu. Salah ke...aku menjauhi Haziq kerana aku merasa diri aku sebagai bebannya dan membuatkan orang lain juga membencinya? Tak kan? Salah ke aku keluar dari rumah pada tengah malam hanya untuk menenangkan diri?

Tanpa aku sedari, aku berada di hadapan sekolah aku. Tanpa berfikir panjang, aku memanjat pagar tersebut dan menuju ke tingkat 4 bangunan itu dimana terletaknya kelas aku.

Ketika sampai di hadapan tangga bangunan itu, aku melihat pagarnya terbuka. "Lucky~"

Perlahan-lahan aku menaiki satu per satu anak tangga tersebut. Sambil itu aku bilang dan tertawa sendirian. Mungkin juga kewarasan aku sudah hilang kerana terlalu penat. Akhirnya, aku sampai ke anak tangga yang terakhir. "Yay, dah sampai. Hahahaha..." Aku bersorak. Tiba-tiba telefon aku berbunyi menandakan ada pesanan baru masuk. Tanpa melihat pun aku sudah tahu siapa.

"Busy ke?"

Aku membaca pesanan daripada Haziq. Aku bersandar di dinding berdekatan dan membalas pesanannya.

"At school"

"Kau buat apa kat sekolah tengah2 malam ni?"

𝐀𝐒𝐇𝐀Where stories live. Discover now