𝙲𝚑𝚊𝚙𝚝𝚎𝚛 𝟷𝟶

19 9 6
                                    

Tinggal seminggu sahaja lagi sebelum sekolah berakhir. Tak sabarnya aku nak cuti!! Tak ada lah nak kena hadap homework banyak-banyak. 

'Asal semua orang pandang aku macam tak puas hati je ni?' Semua orang memandang aku sewaktu aku berjalan masuk ke dalam pagar sekolah. Mereka memandang aku dengan wajah yang tidak puas hati dengan sesuatu. Ada diantara mereka yang berbisik sesama sendiri.

Aku berasa pelik, kenapa semua orang seperti membenci aku? Aku tidak menghiraukan mereka dan terus sahaja berjalan menuju ke kelas aku.

Sewaktu aku masuk ke dalam kelas, ada juga mata-mata yang memandang aku seperti tadi. Apa masalah semua orang? Aku ada buat salah ke?

Selepas aku meletakkan beg, aku terus menuju ke meja Ibtisam.

"Tas, kenapa dengan semua orang?" Tanyaku dalam nada berbisik. Ibtisam hanya mengangkat bahunya.

"Asha, kenapa-" kata-kata Azyana dicantas olehku. 

"Tahu, semua orang macam pelik je..." kataku dalam nada kecewa. Selepas itu, aku sudah tidak mahu ambil tahu lagi mengapa mereka bersikap begitu. 















"Yay! Lepas addmath, balik! Finally..." aku bersorak sambil berjalan menuju ke Makmal Alfa.

"Ah... balik ni boleh tidur," kata Ibtisam pula.

"Yess... exactly! Boleh tidur," aku balas. Tiba-tiba aku nampak Haziq sedang melambai-lambai ke arah kami. Aku menoleh ke belakang, namun tiada siapa di belakang aku. 

"Korang pergi dulu, kejap lagi saya datang," aku meminta diri sebelum pergi ke arah Haziq.

"Kenapa?" Aku terus bertanya kerana ingin cepat.

"Lepas sekolah, jumpa aku kat belakang library. Bye," ujarnya lalu pergi dari situ. 

'Something weird... Kenapa dia cold sangat? Ada apa-apa yang terjadi ke? Ada kaitan dengan semua ni ke?' Aku menimbulkan beberapa teka-teki di mindaku. 













Seperti yang dijanjikan, aku berjumpanya di belakang perpustakaan. Aku sangka kan hanya kami berdua, ternyata bertiga. Aku melihat seorang perempuan berada di belakangnya. Melihat dari segi ketinggiannya dan juga wajahnya, aku sudah tahu siapa. Farhanah.

Wajah aku bertukar serius dan menahan bengang. Kenapa pula perempuan tu ada di sini? 

"Kena-"

"Kau dah kenapa, Asha?" Belum sempat aku ingin bertanya, soalan aku terlebih dahulu dicantas.

"Kenapa apa?" Tanyaku dengan wajah yang keliru.

"Asal kau marah dia sebab cakap dengan aku?" 

"Aik?"

"Kau tak payah nak 'aik' kat aku. Budak ni dah bagitahu aku," semakin keliru aku dibuatnya.

"Can we discuss about this properly?" Tanyaku dalam nada lembut.

"Aku faham kau jealous aku cakap dengan dia. Tapi perlu ke sampai cederakan orang?" 

"Saya--"

"Lagi satu, aku dengan kau kan kawan je, buat apa kau nak jealous?" Soalannya kali ini benar-benar buat aku tersedar dari alam mimpi aku.

𝐀𝐒𝐇𝐀Where stories live. Discover now