Hari ini aku akan pergi ke Kuala Lumpur kerana esok aku ada event silat. Aku mengenakan blouse labuh berwarna hitam dengan seluar bell bottom berwarna hitam dan disertakan dengan tudung bawal labuh berwarna hitam. Aku penat dikacau oleh lelaki. SUMPAH PENAT! Itu sebab aku berpenampilan serba hitam dan melabuhkan tudung aku. Mungkin ini juga merupakan hidayah dari Tuhan supaya aku berubah.
Sebelum kami bergerak ke Kuala Lumpur, Abang Aqif meminta aku dan Haziq berkumpul di rumah tok ma supaya senang untuk dia menjemput kami. Saat berada di situ, Haziq hanya terpegun melihat aku mengenakan tudung labuh yang seakan-akan telekung mini itu.
Aku malas nak layan dia jadi aku pura-pura sibuk sementara menunggu Abang Aqif
"Hai," seseorang menyapa aku. Aku sedikit terkejut dengan sapaan yang tiba-tiba itu. Aku terus memalingkan wajah aku dari terus memandang orang yang menyapa aku itu. Aku hanya buat tidak tahu dan menjauhkan diri darinya. Aku berpura-pura menyapu sampah di merata tempat.
Tepat pada masanya, Abang Aqif pun sampai. Aku mengukirkan senyuman kepada Abang Aqif.
"Sorry, abang lambat sikit..." Abang Aqif meminta maaf kepada kami. Aku dan Haziq hanya mendengarkan sahaja apa yang dikatakannya. "So, korang dah ready?" Tanya Abang Aqif.
"Dah," jawab kami.
"Aih, macam tak semangat je. Are you ready?!" Jeritnya.
"Ready, tuan!"
"Ready, boss!" Aku dan Haziq berkata serentak tetapi dengan panggilan yang berlainan. Aku menjelingnya. Abang Aqif hanya melihat suasana dingin antara kami. Dia hanya mendiamkan diri dan mengajak kami masuk ke dalam keretanya.
Sebelum bergerak, aku dan Haziq menyalami tok ma. Meminta izin darinya sebelum bergerak ke negeri orang. Haziq duduk di kerusi hadapan di sebelah memandu manakala aku duduk berseorangan di tempat duduk belakang.
Aku hanya tidur di sepanjang perjalanan. Mengumpul tenaga lah kononnya. Masih ada dua atau tiga jam lagi sebelum sampai ke Kuala Lumpur.
"Cha, Haziq...bangun. Dah sampai KL ni," Abang Aqif mengejutkan kami dari tidur. Aku melihat suasana ibu kota yang penuh dengan bangunan tinggi itu. Sudah lama aku tidak menjejakkan kaki aku disini. Semakin banyak bangunan pencakar langit dibina.
"Wow...." aku terpegun melihat suasana bandar ini yang semakin maju.
"Korang nak pergi mana dulu? Harini kita fun-fun je, esok baru kita pergi PSSGM," kata Abang Aqif yang sedang memandu kereta.
"KLCC!" Sorak aku dan Haziq serentak. Selepas menyedari kami ingin pergi ke tempat yang sama, terus tarik muka.
"Hey, hey, hey... Korang ni, dari haritu lagi abang perasan. Asyik gaduuuuhhhh je. Arwah tok cik tak pernah cakap pula korang ni selalu gaduh macam anjing dengan kucing. Tok cik selalu cakap yang korang ni selalu have each other's back lah, kemana pun mesti berdua. Ni kenapa ni? Cuba cerita," Abang Aqif akhir bertanya juga soalan itu.
Tok cik... Kalau tok cik ada, mesti semua ni takkan berlaku, kan? Aku rindu tok cik...
"Saja je... Mana ada gaduh pun kan, Haziq..." tipu aku. Haziq hanya mengangguk. Aku tersenyum cuma. Aku terpaksa berpura-pura supaya Abang Aqif tidak bertanya lebih lagi.
"Perhatian kepada semua penumpang, kita telah sampai ke destinasi kita iaitu Suria KLCC. Anda semua diminta untuk turun daripada kenderaan ini. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami," ujar Abang Aqif sekadar gurauan.