𝙲𝚑𝚊𝚙𝚝𝚎𝚛 𝟾

10 8 3
                                    

Aku pulang ke rumah selepas hari yang begitu memenatkan.

"Kenapa banyak sangat kasut ni?" Aku melihat kasut-kasut dan selipar-selipar yang begitu banyak di hadapan pintu rumahku. "Assalamualaikum..." Aku memberi salam.

"Ha, tu kakak Ara dan balik," semua mata memandang aku. Aku tersenyum apabila melihat saudara-mara aku datang. Aku menyalami mereka semua dan terus masuk ke dalam bilik untuk meletakkan beg aku.

"Ha, Ara. Bila balik?" Tanya nenekku.

"Baru je balik..." kataku sambil meletakkan beg. "Bila wan sampai?" Giliran aku pula untuk bertanyakan soalan.

"Lama dah... Pukul 12 tadi," jawab nenekku. Kemudian, aku ke dapur untuk makan.

"Ha, Ara. Nak makan apa? Che ngah ada masak nasi, lauk ni je lah," kata nenek saudaraku pula. Aku melihat lauk-lauk yang menyelerakan terhidang diatas meja.

Nenek aku dan nenek saudara aku ni sebenarnya tinggal sama-sama sejak atuk aku meninggal empat tahun lepas. Sebelum tu, nenek saudara aku tinggal dengan keluarga aku. Tolong jagakan adik-adik aku yang masih kecil dan sebelum itu lagi, dia memang tinggal bersama nenek aku.

Kehadiran mereka ke sini pun aku sudah tahu kenapa.

"Mama dengan orang tu lagi ke?" Tanya nenek saudara aku atau lebih ramah dipanggil che ngah. Aku hanya mengangguk kerana mulut aku masih mengunyah makanan.

"Mama tu bakpe lah pergi cari orang macam tu....Haih, dah lah lagi muda, tak setaraf---" dia teruskan bebelannya tentang ibu aku kepada aku. Aku dengar...aku dengar dan aku juga perhatikan perkara yang sama.

Tapi apa yang aku boleh buat? Ibu aku tak pernah nak dengar aku. Aku dah cakap yang lelaki itu tak sesuai untuknya tapi--- Nak ke dia dengar cakap aku? Siapalah aku kan untuk bersuara? Bersuara, dibantah. Melawan, derhaka.

Aku tak rasa yang lelaki itu sanggup tinggal dengan ibu aku. Kedegilan ibu aku itu tidak dapat dikawal oleh sesiapa melainkan ayah aku...namun pada akhirnya, ayah aku juga tewas. Menggantikan yang lama dengan yang baru belum tentu membuatkan kita bahagia.

Aku juga tidak faham sangat dengan hal orang dewasa ni tapi aku menjadi mangsa kerana aku ni anak sulung. Aku yang bertanggungjawab untuk menjaga keluarga ini. Aku yang dipaksa menjadi contoh untuk adik-adik aku. Aku yang dipaksa matang oleh situasi. Aku yang dipaksa kuat tanpa mengira keadaan mental aku.

Aku sentiasa mengingatkan diri aku bahawa ujian yang Dia berikan ini pasti ada hikmahnya. Aku berpesan kepada diri aku bahawa 'masih ada orang yang menerima nasib yang lebih teruk dari ini, jadi aku tidak perlu bersikap seperti akulah yang paling tersakiti di dalam dunia ini'.

Setiap kali seseorang meluahkan pendapat mereka tentang hubungan ibu aku, aku hanya menahan sebak, aku hanya menahan rasa ingin meraung sekuat hati. Aku merasakan diri aku sebagai seorang yang gagal. Aku gagal untuk menjaga keluarga aku sendiri.

Setelah siap makan, aku membasuh pinggan dan ingin berjalan masuk ke dalam bilik aku. 'Kau tak guna! Kenapa benda senang macam ni pun kau tak boleh nak jaga?! Kau nampak kan apa mak kau ngan lelaki tu buat? Kenapa kau tak halang? Kenapa kau biarkan? Kenapa-'

Kepala aku sakit. Penglihatan aku semakin kabur. Badan aku menjadi lemah...












"Ara!" Aku pengsan di dapur.










"Aku--Aku kat mana ni?' Saat aku membuka mata, aku melihat che ngah berada di sebelah aku. Aku tak mampu nak bangun. Aku hanya terbaring dan memejamkan kembali mataku. Aku sangkakan aku dah mati tadi.

Aku malas ingin membuka mata. Lebih baik aku tidur lama sikit dekat sini. Aku menarik selimut sehingga melitupi seluruh badan aku. Kenapa ibu aku tidak berada disini? Dia tak risau ke dengan keadaan anak dia? Ke nak tengok aku mati dulu?

Ye lah, kerja itu lebih penting dari anak kan? Lelaki luar itu lebih disayangkan berbanding anak sendiri.

Itulah punca aku mencari kasih sayang dari orang lain. Namun, yang dipersalahkan juga aku! "Sayang keluarga dulu, family first" "Orang luar boleh bagi apa? Apa-apa pun, keluarga kita je yang akan tolong kita".... Mana kau? Saat aku terlantar dihospital, dimana kau? Disaat aku ingin meluah, ada kau dengar apa yang aku ingin katakan?

Pada akhirnya, aku meluahkan kepada seseorang yang engkau katakan orang luar itu. Mereka yang kau anggap orang luar itulah yang menganggap aku sebahagian dari keluarganya.

Sedangkan engkau, sudah menjadi seperti orang luar bagi aku, bagi adik-adik aku. Dimana kau saat kami memerlukan kasih dan sayang seorang ibu? Dimana kau saat kami ingin meluah segala yang berlaku disetiap hari kami? Kenapa kau lebih cenderung memberikan kasih sayang kau kepada lelaki itu? Apakah dia itu lebih penting dari kami yang lahir dari rahimmu sendiri? Apakah kau ini benar-benar ibu pada kami atau hanya terpaksa bergelar ibu kepada kami?


















Aku pulang ke rumah bersama che ngah menaiki kereta pak ngah aku. Nasib juga pak ngah aku tidak pulang ke Kuantan lagi. Sepanjang perjalanan, aku hanya diam dan memandang ke luar tingkap. Bulan penuh yang berada di langit malam itu menjadi tumpuan aku. Andainya aku adalah bulan yang dikelilingi bintang yang sentiasa mendampinginya supaya sang bulan tidak kesunyian di langit malam.

Setelah sampai di rumah, aku dan che ngah turun dari kereta. Aku melihat kereta ibu aku ada dirumah menandakan dia sudah pulang dari pejabatnya. Aku melangkahkan kaki memasuki rumah. Semua orang berada di ruang tamu sedang menunggu kepulangan aku dan semuanya risau tentang keadaan aku.Tapi... mana ibu aku?

"Mana mama?" Aku bertanya.

"Dalam bilik tu. Tidur kot," jawab adikku. Aku hanya mengangguk dan memberi reaksi biasa sahaja sedangkan aku merasa seperti sesuatu menusuk ke dalam badan aku.

Memandangkan aku sudah pulang dengan selamat, keluarga pak ngah aku juga ingin pulang memandangkan esok dia masih ada kerja yang ingin dilakukan. Aku bersalaman dengan mereka dan mereka berpesan kepada aku untuk banyakkan rehat. Aku mengangguk dan tersenyum.

Aku melambai ke arah mereka sehinggalah kereta mereka hilang dari pandangan aku. Selepas itu, aku masuk ke dalam rumah dan mengunci pintu utama untuk langkah keselamatan.

Aku terus masuk ke dalam bilik aku dan tidur. Aku malas ingin fikir tentang sesiapa lagi. Aku malas ingin berinteraksi dengan sesiapa. Seperti yang dipesan, aku kena rehat. Jadi aku rehatlah walaupun mata aku tak mengantuk.

Aku memejamkan mata dan berimaginasi. Membayangkan betapa bahagianya keluarga aku. Walaupun aku tidak pernah merasakannya, aku tetap berasa nyaman walau hanya bahagia di bayangan.

𝐀𝐒𝐇𝐀Where stories live. Discover now