𝚃𝚑𝚎 𝙴𝚙𝚒𝚕𝚘𝚐

6 5 6
                                    

"Asha, it's been 10 years now. Now, I'm 27 but you still 17 huh? How time flies... I really miss you very much. Everyday is so empty without you and your sugary smile. Walau banyak kali aku minta kau untuk kembali, aku tahu, perpisahan kali ini, kau takkan boleh kembali. Harap kita boleh buat reunion kat syurga nanti...

Oh, aku ni sebenarnya nak gerak ke Jepun dah. Kau juga yang suruh, kan? Aku dah kumpul duit, aku kerja kuat, kerja betul-betul, untuk kau. Ini je yang aku mampu untuk tunaikan impian kau. Travel kat Jepun, kan? Hahaha... Kalaulah aku boleh travel dengan kau, mesti best kan?....

By the way, happy friendship anniversary... Patut ke aku cakap macam ni eh? Tak apa lah, aku nak cakap juga! Aku sentiasa akan suka, sayang dan love you. Aaaarghh!! Malu ngok! Kau mesti gelakkan aku sekarang kan? Dah lah, malas aku. Assalamualaikum, Asha. Moga kita berjumpa di syurga nanti."

Haziq melangkah keluar dari kawasan tanah perkuburan selepas melawat kubur milik Asha.

Dia memandu terus ke lapangan terbang Kuala Lumpur memandangkan penerbangannya akan berlepas pada awal pagi esok. Perjalanannya hanya ditemani musik dari radio.

TING!

Telefon Haziq berbunyi menandakan ada sebuah pesanan masuk. Dia memandang sekilas telefonnya.

'Hi, saya Nyla. Ni Haziq, kan?'

"Ummi..." Haziq mengeluh. Dia tahu, ini mesti ibunya yang berikan nombor telefonnya kepada anak-anak kawan ibunya.

Haziq mencapai telefonnya. Nombor umminya didail.

"Hello, assalamualaikum ummi."

"Waalaikumussalam anak ummi! Sampai airport dah ke?" Tanya ibu Haziq dari corong telefon.

"Belum, tadi orang pergi melawat kubur jap. Ni, ummi..."

"Hm, apa dia tu?"

"Ummi ada bagi nombor telefon orang kat sape-sape lagi ke?" Haziq berterus terang, tidak ingin membuang masa.

"Hehe, ummi ada lah bagi nombor kamu dekat anak makcik Nuha tu, apa nama dia?..... Ha, si Nyla tu. Sopaaann... Orangnya. Kamu kenal-kenal lah dulu dengan dia ye?" Ibu Haziq cuba untuk memujuk anaknya itu.

"Haih.... Ummi, Ajiq...Ajiq bukan apa...tapi Ajiq tak suka lah, ummi..."

"Jiq... Ummi faham kamu masih teringatkan Acha tapi-"

"Orang tau... Asha dah-"

"Kamu kena terima hakikat tu, kamu kena teruskan kehidupan kamu macam biasa. Yang pergi akan tetap pergi, yang datang tetap akan ada. Kamu pun dah nak masuk 30-an. Kawan-kawan kamu yang lain pun dah ada family sendiri. Adik kamu pun dah nak kahwin. Sampai bila kamu nak macam ni? Mak ni dah tua, Jiq... Tak lama lagi mak pun akan tinggalkan Ajiq. Semua yang hidup, pasti akan mati dan yang hidup pula, perlu teruskan perjanan. Kamu...fikir-fikirkan lah ye? Mak nak goreng pisang kejap, ayah kamu ni nak minum petang. Bawa kereta elok-elok, ya?" Pesan ibunya.

"Baik ummi, jaga diri, kirim salam kat ayah,"

"Ye lah, assalamualaikum," ibunya menutup panggilan.

"Waalaikumussalam."











"Penerbangan Malaysia, pesawat MH 730, MH 730 ke Jepun sekarang sedia untuk berlepas melalui pintu B7, pintu B7, terima kasih.

Malaysia airlines, flight MH 730, MH 730, to Japan is now ready for boarding thru gate B7, gate B7, thank you."

Mendengar sahaja pengumuman itu, Haziq terus bergegas ke pintu yang dinyatakan. Dia melangkah ke dalam pesawat itu. Semakin berdebar hatinya. Penerbangan bersendiriannya yang pertama kali ini mengambil masa lebih kurang 6 jam lebih dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Osaka, Jepun.

Dia membuka kamera dan mengambil gambar pesawat dari tingkap di sebelah tempat duduknya. Kemudian, dia mengeluarkan sehelai kertas dari dalam dompetnya.

1. Tangkap gambar dari tingkap kapal terbang ala2 aesthetic gitew...

2. Tangkap gambar makanan 😋

3. Tangkap gambar...

"Hotak dia... Bapak banyak gambar," Haziq membaca senarai yang diberikan oleh Asha 10 tahun yang lalu. Dia kemudiannya tersenyum sendiri.

50. Tangkap gambar haz senyap2

"If only you're here..." senyumannya semakin memudar. "Unfortunately, you aren't,"  dia melipat kembali kertas tersebut dan selitkan di belakang polaroidnya bersama Asha di dalam dompetnya.












Kehilangan kau meninggalkan impak yang besar dalam hidup aku. Kehilangan engkau, mengajar aku untuk merendahkan ego aku dan menghargai seseorang sebelum mereka pergi. Terima kasih atas luka ini, ketahuilah, tempat kau, tiada penggantinya. Dihati, kau kan selalu ada.

Since you left me, it's hard to turn the page when I already knew that you won't be in the next chapter. I guess... this is the ending. A-ri-ga-tō, Asha.


The End


Thanks for all supporters zhqainfrhnai illysm_ nrflwra rzncnmftr asyfeea_

𝐀𝐒𝐇𝐀Where stories live. Discover now