Aku, Ainatasha, Azyana dan Ibtisam jalan bersama menuju ke makmal yang berada bersebelahan dengan kantin yang dinamakan Makmal Alfa untuk subjek Matematik Tambahan.
"Sha, tu bukan Haziq ke?" Ainatasha menarik aku dan tunjuk dimana Haziq berada. Aku meneliti lelaki yang dikata Haziq itu.
"Hah," jawabku.
"Dia dengan siapa tu?" Tanya Ainatasha lagi. Aku melihat perempuan yang berada di hadapan Haziq.
"Tah. Biar je lah," kataku sambil teruskan perjalanan.
"Tak jealous ke?" Tanya Ainatasha lagi. Aku hanya berdiam sejenak. Aku....jealous ke?
"Tah, malas cara," jawabku lagi dan masuk ke dalam Makmal Alfa. Aku dan Ibtisam biasanya duduk di meja hadapan manakala Ainatasha dan Azyana pula di meja belakang. Sepanjang kelas berlangsung, aku tidak dapat fokus dek memikirkan siapakah gerangan wanita tersebut.
"Asha? Awak okay tak?" Tanya Ibtisam.
"Aa-okay okay," kataku.
"Ye weh!" Kataku sambil berjalan ke kelas bersama geng aku. Dalam kami asyik berbual dalam perjalanan, tiba-tiba ada sekumpulan perempuan menghalang laluan kami. Aku memandang perempuan yang sama tinggi dengan aku itu. Dia memandang aku dengan jijik sambil menyilangkan tangannya.
Aku mengelak ke kiri dan ke kanan namun dia tetap menghalang laluan aku. Aku mulai bengang. 'Apa masalah perempuan ni!'
Ainatasha, Azyana dan Ibtisam berada di belakang aku. Mereka tidak berani untuk mendekat. Selepas beberapa kali cubaan untuk mmelepasi mereka, aku mengambil keputusan untuk merempuh sahaja mereka. Mereka menolak aku sehingga terjatuh.
Api amarah dalam diri aku mulai membara. Aku bangun dan memandangnya dengan wajah penuh amarah.
"Get out of my way!" Kataku dengan nada yang sedikit meninggi.
"Kalau aku tak nak?" Cabarnya. Kawan-kawan aku yang lain sudah mula takut kerana mereka tahu, apabila aku marah, aku adalah orang yang berbeza.
Aku cuba untuk menenangkan diri balik. Menarik dan menghembus nafas. "Saya kenal awak ke? Kenapa awak halang saya eh? Awak ada masalah dengan saya ke? Tak boleh bincang elok-elok?" Soalku ingin tahu apakah punca perempuan ini menghalang aku.
"Stop kacau abang angkat aku!" Katanya sambil menunjal-nunjal kepala aku. Aku hanya kaku tanpa membalas apa-apa. 'Abang angkat? Siapa? Aku yang bodoh ke dia yang bodoh ni? Aku mana ada kacau siapa-siapa?'
"Sorry but who?" Aku bertanya dalam nada lembut.
"Itu...kau tak perlu tahu. Yang pasti, aku tak nak kau dekat dengan dia lagi. Ingat!" Katanya dengan angkuh dan berjalan meninggalkan kami.
'Memang sah! Dia yang bodoh,' kataku dalam hati. "Jom," kataku kepada yang lain. Mereka agak pelik kerana aku tidak memarahi orang-orang itu tadi. Kebiasaannya aku akan tengking orang itu balik ataupun menumbuknya tapi kalini aku tidak lakukan itu semua.
Aku belajar dari kesilapan aku. Marah tidak menyelesaikan keadaan, malah keadaan itu akan lebih teruk kerana apabila api bertemu dengan api, ia akan menjadi semakin besar dan akan menjadi bala.
"Haziq, am I important to you?" Aku bertanyakan kepada Haziq sambil bersandar di sebatang pokok di tempat lepak kami.
"Maksud kau?" Dia tanya aku balik.
"it just...tah, I just wanna know," kataku.
"Tak," jawabnya dan menahan aku dari terus berbicara. "Kau lebih dari tu," sambungnya. Suasana kami menjadi diam seketika.