𝙲𝚑𝚊𝚙𝚝𝚎𝚛 𝟽

9 8 0
                                    

Beberapa minggu selepas kejadian itu, aku mendapat berita bahawa tok cik telah menghembuskan nafas terakhirnya.





Pada petang Khamis yang lepas...

Aku melawat tok cik. Keadaannya kelihatan seperti biasa sahaja. Walau dalam keadaan sakit, dia tetap tersenyum dan ketawa bersama kami. Tapi kenapa aku rasa sebak secara tiba-tiba?

Tok cik memandang aku yang tiba-tiba kelihatan muram sahaja. "Cha? Kenapa Cha? Cha nak balik dah ke?"

Tanya tok cik yang langsung menghentikan lamunan aku. "Eh, mana ada tok cik. Cha mengelamun tadi. Hehe," kataku sambil tersenyum kekok. Tiba-tiba air mata aku mengalir. Haziq yang juga berada disitu hanya menunduk. Aku menyeka air mata aku dari terus mengalir. Aku mendekati tok cik dan duduk di atas sebuah kerusi yang berada disebelah katil itu. 

Tok cik memandang aku sambil tersenyum. Dia menggosok kepala aku. Semakin lebat air mata aku turun. "Cha, janganlah nangis..." Tok cik masih lagi menggosok kepala aku. Aku membenamkan muka aku pada katil hospital itu. Aku tidak mempunyai kekuatan untuk memandang wajahnya.

"Cha...Tok cik nak terima kasih dekat Cha. Cha dah banyak tolong keluarga tok. Tok cik dah anggap Cha macam cucu tok sendiri dah. Cha datang...Cha banyak mengubah keluarga ni. Terutamanya Haziq. Kalau Cha nak tahu..." Tok cik seakan-akan ingin berbisik kepada aku. "Cha lah semangat Haziq selama ni. Tok pernah nampak, dia tulis 'My Rising Spirit' dekat nama Cha," tok cik sengaja membocorkan rahsia Haziq.

"Tokpa...." Haziq mengeluh sahaja. Dia tahu yang tok cik sengaja ingin menghiburkan aku. Ternyata benar. Aku ketawa saat mendengarnya. 

"Lagi, lagi?" Kataku dengan teruja.

"Ah, kau. Bagi betis nak peha," dia memandang aku dengan pandangan tajam. Aku hanya menjelirkan lidah. Tok cik hanya tersenyum melihat gelagat kami berdua.

"Cha...Haziq... Tok nak pesan ni," kami berdua terus fokus pada tok cik. "Walaupun yang lain tak nak teruskan silat, kamu berdua teruskan lah ya? Jangan biarkan silat ni ditelan zaman... Jangan risau, tok dah ada orang. Setiap sabtu dan ahad, dia akan datang ambil kamu berdua pergi belajar kat pusat silat dia. Ingat... belajar seni mempertahankan diri ni untuk melindungi, bukan untuk menyakiti atau menunjuk bahawa kita ni kuat. Dengan kelebihan yang kita ada, kita lindungi yang lemah. Faham?"Kami mengangguk mendengar kata-katanya.

"Lagi satu, Jiq... tokpa percaya Ajiq boleh jaga Cha. Sayang sahaja tak ada guna juga. Kita lelaki, kena melindungi perempuan. Bukan memperkosai mereka. Cha pulak.... teruslah bersama Haziq. Tok tahu, walaupun dia tak pernah halang Cha untuk pergi, tak bermakna dia nak Cha pergi. Tok kenal cucu tok seorang ni... dia tak suka memaksa orang. Sebab tu dia selalu kena tinggal. Jiq, kadang-kadang tak salah untuk kita mempertahankan sesuatu yang kita sayang sebab...kadang-kadang perempuan ni dia bukan nak pergi, tapi dia nak uji kita je."

"Aih tok pa..."

"Tok ma kan macam tu... Dulu, masa zaman tok bercinta dengan tok ma, memang tok ma ni apa nama tu.... ha! Compilated-"

"Complicated tok," aku membetulkan.

"Ha! Ha... yang tu lah. Tok banyak belajar dari tok ma. Jadi... Ajiq kena sabar je dengan perempuan ni. Memang diaorang diciptakan macam tu..." Haziq hanya mengangguk dengan setiap kata-kata tok cik.

𝐀𝐒𝐇𝐀Where stories live. Discover now