Ajaib

112 29 159
                                    

AKU melemparkan pandangan ke luar jendela

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AKU melemparkan pandangan ke luar jendela. Tiga orang kanak-kanak sedang berjalan dengan perlahan. Mereka seperti mengheret kaki mereka penuh kemalasan. Wajah mereka tampak sugul. Aku hanya memerhati dari celahan langsir ini.

Pemandangan ini biasa bagiku.

Kemudian, kanak-kanak itu berlari ke arah seorang lelaki yang sedang memegang sebatang baton. Lagak kanak-kanak itu tak ubah seperti sedang mengejar sebuah van aiskrim yang sengaja mengelilingi seluruh taman perumahan sambil memasang lagu istimewanya; 'Mat Kool, Mat Kool, kawanku. Mari-mari, selalu'. Memang automatik budak-budak akan meroyan bila tengok van tu. Termasuklah aku.

Apa aku mengarut ni?

Ketika mereka mendekati lelaki itu, dia tanpa rasa bersalah telah memukul kepala salah seorang daripada kanak-kanak itu dengan kuat. Lelaki itu menghayunkan batonnya berulang kali. Darah bersemburan dan isi kepala budak itu bersepai. Seorang lagi kanak-kanak bertindak menggigit tangan lelaki itu. Aku nampak mulut lelaki itu ternganga luas seperti meraung kesakitan. Gigi budak itu menembusi kulit dan daging pada lengannya. Kemudian, rakannya yang seorang lagi menerkam lelaki itu. Daging lelaki tadi dicarik-carik dan dikunyah-kunyah oleh budak-budak itu. Darah mengalir membasahi jalan raya itu.

Kan aku dah kata, pemandangan ini biasa bagi aku?

Aku berjalan menuruni tangga. Suasana di dalam rumah ini suram sahaja tanpa sebarang pencahayaan terus. Semua tingkap ditutup dengan perabot-perabot. Aku menuju ke dapur. Rak di dapur aku geledah kesemuanya. Akhirnya, aku menemui sebungkus roti. Ada cetakan tarikh luput tertera pada roti itu tapi aku tak mengendahkannya. Aku terus membuka bungkusan itu.

Nama aku…. Kau tak perlu tahu yang itu. Aku ialah seorang lelaki berumur 19 tahun yang kelihatan normal. Satu benda yang kau perlu tahu, aku ni ajaib. Aku ada sakti. Sebab itulah aku masih hidup sampai sekarang. Dalam era penuh kesulitan ini. Era di mana, untuk hidup pun manusia sanggup mensia-siakannya.

Dua tahun lepas, dunia dikejutkan dengan sejenis virus ekstraterestrial yang datang dari sebiji meteor. Virus ‘alien’ ini dibawa ke pusat penyelidikan dunia untuk dikaji. Mereka menggelarnya sebagai Sarkofag-89.

Virus ini kemudian menyerang tubuh saintis yang mengkajinya. Mereka yang dijangkiti telah bertukar menjadi agresif. Mereka seperti hilang akal. Apa yang mereka mahu hanyalah nutrien dari daging makhluk lain. Tidak kisahlah sama ada daripada binatang, atau manusia sendiri. Pakar menamakan mereka yang terkena infeksi ini sebagai Infeksis. Yang bermakna, 'berjangkitan' dek kadar jangkitannya yang sangat tinggi.

Bahasa apa? Entah, jangan tanya aku. Aku bukan pakar bahasa.

Mujurlah, Infeksis hanya mampu hidup selagi perumahnya mendapat nutrien yang cukup. Tanpa nutrien, mereka akan mati, layaknya makhluk hidup yang lain.

Aneh ya, virus ni tak boleh ke cari makanan dia sendiri? Entah, aku tak belajar Bio dulu, jadi aku memang tak tahu jawapannya.

Masalahnya, Infeksis telah merebak di seluruh dunia. Hanya dalam masa enam bulan, seluruh planet Bumi menghadapi masalah Infeksis. Jumlah Infeksis terlalu ramai. Dan semakin ramai.

CERPEN: Nyawa dan HatiWhere stories live. Discover now