"AKU dah tak lama dah, Ayim," ujarnya perlahan. Selimut di kaki, digenggam erat."Siapa kata?" soal rakannya dengan kening sebelah terjongket ke atas.
"Doktor."
"Doktor bukan Tuhan, Luk."
"Ya, tapi doktor knows what my disease is."
"Kenapa dia bagitahu kau macam tu? Macam tak ada etika aje doktor tu?"
"Tak, aku yang terdengar. Doktor tu sembang dengan mak aku masa aku pura-pura tidur," balas Luk sambil merenung ke luar jendela.
Ayim menghela nafas dan menghembusnya perlahan.
Suasana di dalam wad hospital itu hening seketika.
"Kau kena kuat semangat, Luk. Jangan lembik macam ni. Mana Luk si Kepala Naga yang famous dekat sekolah kau selama ni?"
"Haih. Aku dah nak mati, Ayim. Semua benda tu tak penting dah. Aku dah mula rasa kematian tu tengah 'mengintai' aku," balas Luk sayu.
"Luk. Kau jangan macam ni. Keajaiban tu ada. Kau jangan putus asa. Teruskan semangat kau. Aku akan sentiasa sokong kau. Aku kan kawan kau?" Ayim cuba menyuntikkan semangat. Dia mengukir senyuman manis.
"Entahlah, Ayim. Kadang aku fikir jugak, kenapalah Tuhan bagi aku ujian macam ni? Aku tahu aku ni orang yang banyak buat dosa, tapi- Haih, entahlah... Aku reda aje. Dah nasib aku. Kalau bukan aku, siapa lagi, an?" Luk cuba bermadah walaupun suaranya sudah serak dengan sebak.
"Tuhan uji kau sebab dia sayang kau," balas Ayim.
"Iyalah, iyalah. Memang aku suka sakitkan orang yang aku sayang pun. Sayang, kan?" balas Luk sinis sehingga membuatkan Ayim terkedu seketika.
"Astaga, tak baik cakap macam tu," tingkah Ayim. Luk mengeluh perlahan dan menarik selimutnya sehingga menutupi separuh badan.
"Dahlah. Kau pergilah balik dulu, Ayim. Kirim salam dekat kucing kau tu," ucap Luk sambil memusingkan tubuhnya ke arah jendela, membelakangi Ayim. Langit senja yang jingga ditatapnya kosong.
"Okey. Aku balik dulu, eh? Jaga diri kau."
====
LANGIT senja yang jingga menjadi tatapan sekalian penghuni muka bumi yang sfera ini. Beberapa orang sudah mula bertebaran pulang ke rumah selepas sehari suntuk berhempas-pulas di medan perjuangan masing-masing bagi mencari wang untuk menyediakan sesuap nasi buat mereka yang tercinta di rumah.
Luk sedang menatal telefon pintarnya, seperti biasa. Dia melayan akaun media sosial dengan khusyuk. Angin sejuk dari pendingin hawa ruangan hospital itu membuatkan remaja bernama Lukman itu menarik selimutnya sehingga menutupi paras dada.
"I have found an app that can estimate the time of our death! It is legit true, many users say that the estimation is right and most of them die at the same time stated by it!" ujar gadis berambut ungu yang sedang berada di sebalik skrin telefonnya.
YOU ARE READING
CERPEN: Nyawa dan Hati
Short Story[Kompilasi Cerpen Tema Rawak] NYAWA DAN HATI: Di era kegilaan dunia, untuk hidup pun manusia sanggup mensia-siakannya. Sahan, sebagai seorang Pejuang bertugas untuk mengetuai misi-misi memburu sampel makhluk ganas bergelar Infeksis. Namun ada sesuat...