Mata dan Masa

74 12 24
                                    

"Adik ada ambil apa-apa ubat tak sebelum ni?" Aidil yang sedang duduk di atas kerusi putar berodanya membongkokkan tubuh ke hadapan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Adik ada ambil apa-apa ubat tak sebelum ni?" Aidil yang sedang duduk di atas kerusi putar berodanya membongkokkan tubuh ke hadapan. Menunjukkan minat terhadap perbualan antara dia dengan seorang gadis muda di hadapannya.

Gadis itu terdiam seketika. Dia menggaru-garu tengkuk.

"Saya rasa macam ada. Satu tu namanya lorazapom, rasanya..." Gadis itu menyepetkan mata.

"Lorazepam?" Aidil tersenyum kecil.

Gadis itu cuma mengangguk kecil, teragak-agak.

"Selain tu?"

"Hm?" Gadis itu membesarkan mata.

"Ubat yang lain?" Aidil tersengih lagi. Cuba terlihat mesra.

"Oh. Satu lagi, namanya... Em... Zoloft?"

"Oh, Zoloft. Ubat-ubat tu ada berikan apa-apa kesan tak pada adik selama ni?"

"Hmm..." Gadis itu menggaru lengan kanannya, "Saya tak selalu ambil ubat tu."

Aidil mengerutkan kening.

"Kenapa?" Lembut suaranya.

"Emm... Ibu cakap... Ubat tu, cuma tipu-tipu. Saya kena percayakan diri lebih lagi... Kalau saya nak sembuh... Walaupun sebenarnya semua ni cuma... permainan minda saya aja," gadis itu menjawab. Kali ini lebih panjang jawapannya. Mungkin sudah mulai terasa selesa dengan Aidil.

Aidil tersenyum lagi. "Memanglah ubat-ubatan tu bukan penjamin kesihatan adik. Efek ubat-ubat tu tak ambil masa yang singkat untuk mula menunjukkan hasil. Mungkin berminggu juga. Tapi, adik kena ambil ikut preskripsi yang doktor berikan. Jangan lupa untuk hadirkan diri pada setiap appointment juga, ya?"

Gadis itu mengangguk lagi.

"Adik datang ke sini dengan siapa?"

"Em... Abang saya datang hantar tadi."

Aidil secara refleks memandang ke arah pintu, walaupun tiada apa yang hendak dilihat di situ.

"Abang masih ada di luar?"

Gadis itu mengangkat bahu.

"Tak mengapa. Jadi, sejak bila adik mula rasa anxious?" Aidil menekan belakang pen hitamnya. Mahu mencatat pada kertas.

"Hmm... Dah lama... Mungkin dari saya kecil lagi... Tapi, malam semalam paling teruk... Saya tak boleh bernafas, dan.. dan saya rasa sakit sangat. Sampai saya menggigil... dan saya menangis... Tak boleh berhenti." Suara gadis itu sedikit bergementaran.

CERPEN: Nyawa dan HatiWhere stories live. Discover now