Nyawa dan Hati III

124 53 67
                                    

ISHFELA membuka beg karung yang dibawanya dan menyumbat bangkai anjing itu ke dalam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ISHFELA membuka beg karung yang dibawanya dan menyumbat bangkai anjing itu ke dalam. Sahan hanya memerhati perlakuan wanita itu.

"Engkau imun?" soal Sahan meminta kepastian.

Ishfela ketawa kecil. Dia menarik tali untuk mengikat mulut beg karung itu dan menyandangnya di belakang sambil berdiri tegak.

"Apa perkataanku itu kurang jelas untuk kau fahami? Aku imun. Aku tidak akan dijangkiti oleh virus Infeksis ini," terang Ishfela ringkas. Sahan terdiam seketika.

Ini ialah peluang yang besar buat mereka di Hemisforma. Kiwusa mungkin boleh menghasilkan penawar menggunakan sampel wanita itu jika dia jujur mengenai dakwaannya itu. Atau mungkin salah satu anggota badan sahaja sudah memadai.

"Kalau begitu, kau harus ikut aku. Kami di koloni memerlukan sampel kau untuk mencipta penawar. Pakar penyelidikan kami pasti mampu menghasilkannya jika kau mengikut kami," ajak Sahan penuh serius. Wanita itu mengeluh kasar.

"Tidak mahu," jawabnya sambil berjalan menjauhi lelaki itu.

Sahan memegang hulu pisaunya.

Zuupp! Mata pisau itu sudah berada di tengkuk Ishfela.

"Ikut aku atau aku akan mengambil kepala kau secara paksa untuk membawanya pulang," ugut Sahan. Wanita itu agak terkejut dek kepantasan pemuda itu.

"Kau sanggup membunuh orang yang tidak kau kenal hanya demi penyelidikan bodoh?" soal Ishfela menyindir. Mata pisau menekan kulit wanita itu.

"Tanpa ragu-ragu," balas pemuda itu. Ishfela memejamkan matanya.

"Dunia ini kejam, Ishfela. Demi nyawa, segalanya boleh dipertaruhkan, walaupun harus mengorbankan nyawa orang lain," balas Sahan separa berbisik. Nadanya kedengaran serius. Ishfela tidak meronta untuk melepaskan diri. Sahan menjongketkan alis kirinya.

Zaaappp! Satu mata pisau cuba untuk menyentuh wajah lelaki itu namun Sahan sudah berada di atas sebuah tong sampah.

"Kau degil," ujar pemuda itu.

Ishfela pantas menyimpan pisaunya dan berlari ke luar dari lorong itu.

Langkahnya terhenti. Dia membuntangkan mata.
Di hadapannya ada seekor makhluk sedang merangkak ke arahnya. Lidah makhluk itu panjang dan menyentuh lantai. Ia menyerupai kacukan manusia dengan cicak.

Spesies langka Lasertilia.

Ishfela menoleh ke belakang. Sahan sedang bersiaga untuk memecut ke hadapan dengan pisaunya diangkat paras bahu, seperti mahu mencantas leher wanita itu.

Ishfela pantas menjungkir balik ke hadapan dan menghampiri Infeksis Lasertilia. Makhluk itu membuka mulut dan lidahnya meluncur di udara untuk mencapai wanita itu.

Ishfela lekas menghunus parang dan melibasnya, mencantas lidah panjang itu. Dia mendarat di atas tubuh Infeksis tersebut dan meminjamkan daya itu untuk terus melayangkan tubuhnya di udara, sebelum menapak di atas balkoni sebuah bangunan.

CERPEN: Nyawa dan HatiWhere stories live. Discover now