13

1.4K 49 2
                                    

" Lambat lagi ke sayang ? " Hayder menegur si isteri yang sibuk membelek pakaian di butik mewah

" Dah " beberapa helai dress dibawa untuk membuat pembayaran. Laki akulah yang bayo

Bella hanya melihat suaminya mengeluarkan black card dan mengambil beg pakaian itu. Sempat tangan Bella digenggam lembut dan melangkah

Ehek bahagianya kita !

" Nak pergi mana lagi ? " Wajah kesayangannya dipandang

" Hmm tak ada tapi jalan jalan ambik angin jom " teruja gadis itu mengajak dan mendapat anggukan suaminya

" Tapi dah malam la "

" Ala biarlah lagi best dating hehe " Hayder tersenyum manis dengan kecomelan Bella. Yelah yelah

Pantai itu sunyi kerana tidak ramai yang berkunjung pada waktu malam. Bella dan Hayder melabuhkan punggung pada batu besar sambil memakan Big Mac yang sempat dibeli

" Tenangnya " Gadis itu mendepakan tangan dan sengaja mencuit hidung Hayder

" Nakal eh " Jejaka itu sudah sebati dengan perangai isterinya ada je nak kacau orang. Dia membalas perbuatan Bella namun lebih kuat

" Auch sakitlah ! " Bahu Hayder ditampar lembut

" Eleh titew buat iye tak oleh ! " Lelaki itu merajuk elele comel je rasa macam nak buat alas kaki muka tu. Bella tersenyum

" The moon is beautiful isn't it ? " Bella mengungkapkan ayat itu dengan penuh ikhlas kepada lelaki kejam yang berjaya menawan hatinya

" Hm cantik cantik " Hayder mengangguk saja. Gadis itu mengeluh

" Abang ni noob la tahu tak maksud dia apa ? " Ha ni maghoh ni nak sweet sweet tapi suami blur

" Huh maksud apa ? " Kening yang tidak gatal digaru. Elok ditampar je jantan ni

" Ish takde apelah ! " Gadis itu memeluk tubuh seraya mengalihkan wajah ke tempat lain. Merajuk

Sudah perempuan ni complicated la. Hayder pantas menaip di google. 'The moon is beautiful isn't it' means

' I love you '

Matanya dipejam menahan rasa. Aku tak boleh blushing tolonglah kenapa dia ni comel sangat. Mata memandang ke arah gadis yang muram itu

" I love you too, Mi Amor " perlahan dia membisik dan merangkul pinggang isteri. Ni kalau pak arab nampak ni ada yang dituduh berzina hshsh

Bella menunduk malu haa nasib baik. Hayder yang sibuk me-nyorry sambil mengucup tangannya banyak kali dilihat

Aish kekalkanlah kebahagiaan ini !

" Abang, nanti kalau abang rindukan Bella, abang tengok bulan tau. Mana lah tahu one day we aren't together anymore, abang kena ingat yang bulan selalu jadi pendengar setia Bella " gadis itu tersenyum nipis. Hayder mengerutkan dahi

" Nak pergi mana ? " Tanya Hayder dingin. Entah mengapa hati lelaki itu berasa gelisah

" Mana lah tahu abang dah tak perlukan Bella " Mereka bertentang mata dan masing masing mempunyai perasaan yang tidak dapat digambarkan

" HAHAHAH abang ni Bella gurau jelah " gadis itu menekup muka Hayder lembut dan ketawa terbahak bahak

Hayder masih diam. Dia tak rasa itu suatu jenaka. Kenapa dengan aku ni ?

" Jom balik " Hayder hanya mengikut langkah Bella yang menarik tangannya

" Nak berenang ke apa ? Kejap nak call Xaivier " Jejaka itu menyindir

" Taklah jalan kaki jom ! " Hayder mengangkat kening

" Seriously ? " tengok sikit muka bini aku ni

" Yup having a night walk with someone I love is my dream. Cepatlah ! " Okay dia tak main main. Aduh dah la jauh nak balik hotel ada dalam 1km haish

Hayder akur. Kita layan je nanti menangis pulak biar dia rasa seronok dulu

" Thank you abang bawak Bella datang sini " Dia melihat sekeliling betapa mewahnya bandar Dubai

Akhirnya berjaya sampai !

" Everything to make you smile " ujar Hayder sambil tersenyum manis. ' Before you suffer ' ayat itu disambung dalam hati. Bella tersenyum malu hehe sayang laki kita ni

" Abang, kenapa abang membunuh ? "
Bibir digigit takut jikalau si suami mengamuk. Hayder mengangkat kening

" Hobby " jawabnya sepatah dengan tangan elok dalam kocek seluar. Bella menelan air liur kau nak terus hidup dengan lelaki ni ke Bella ?

" Abang ada berapa beradik ? " Teringin nak tahu adakah Isyariana sahaja adiknya

" Only 2 left, 1 die " balasnya dingin membuatkan Bella seram

" Kenapa ? " Dia cuba bertanya lagi. Hayder terlalu berahsia

" No need to know " ujarnya keras dengan mata helang memanah pada gadis itu seperti... berdendam ? Dan itu adalah penutup soalan dari Bella

Pin

Tiba tiba kedengaran bunyi hon kereta dari belakang. Kereta itu bergerak perlahan sebelum tingkap diturunkan

" Assalamualaikum ya habibi " Xaivier yang lengkap berjubah dan berserban membuatkan Hayder berdecit. Kepala otak dia

" Hihihi malam jumaat selalunya ada hantu " lelaki kacukan itu membuat perangai sialnya

" Hantar kitorang sekali " arah Hayder mendatar sebelum berura ura hendak membuka pintu kereta tersebut namun

" Tataaa " Xaivier mengeluarkan separuh badannya dari tingkap dan menembak mereka dengan pistol air. Dengan pantas pedal minyak ditekan

Hayder mencarut perlahan. Babi punya member habis basah. Kaki melangkah mengejar kereta yg bergerak laju itu

" Abang tunggu ! " Bella menjerit ish apa punya suami ni

Hayder berhenti apabila kereta itu menjauh. Siap kau setan aku tinggal dekat negara orang ni nanti. Kepala dikalih kebelakang

Hmm macam best kalau main kejar kejar. Okay kegarisan sedia mula ! Heh kaki pendek ada hati nak kejar

" Abang tak kelakarlah ! " Dia berlari laju namun bayangan lelaki itu sudah tiada. Huaaa takut

" Abang hiks " dia mencangkung sorang diri sebelum tubuhnya dipeluk dari belakang

" Gotcha ! " Lelaki itu mencium pipinya lembut sebelum bahunya dipukul kuat

" Jahat ! Dah la sejuk " gadis itu masih menggogoi. Hayder melepaskan jaket kulitnya dan disarungkan pada gadis itu. Kesan air yang penuh pada t-shirtnya dibiarkan

" Sorry, jom balik nak sampai dah " terjerit kecil Bella apabila tubuhnya didukung dan dibawa pulang. Leher Hayder dirangkul erat

' That's why I'm in love '

BERSAMBUNG

Rianne : His AngelWhere stories live. Discover now