26

1.2K 52 0
                                    

Sekali lagi Hayder terkaku. Kini lengkaplah mereka berempat disini namun sebagai musuh. Dia hanya menatap Darren kosong. Tidak terlalu terkejut seperti dia rasakan kepada Xavier kerana Darren memang pernah khianatinya dulu

Darren ialah sepupunya yang pernah dianggap seperti sahabat karib. Namun sesuatu perkara membuatkan hubungan mereka hancur

Xavier meringis kesakitan sambil memegang kepalanya. Pistolnya sudah ditendang jauh. Argh bodoh betul asal lah aku tak bawak je riffle tadi. Mata dikalih ke arah Darren. Sudah dia agak lelaki ini yang terlibat

" Apa masalah kau aku berpihak pada Emir! " Ujar Xavier keras

" Tch. Kau ingat aku bodoh? Kau lah yang paling sayang sekali dekat Hayder ni jadi berhenti berlakon " Darren berkata sinis membuatkan Xavier tersentak

Hayder dan semua di dalam bilik itu hanya menyaksikan perbalahan dua jejaka itu. Perlahan, Xavier mencarut apabila agendanya sudah tertangkap. Hayder yang mendengar carutan itu menarik nafas lega. Kalau boleh mahu saja dia memeluk cium Xavier

" Wah banyak langsi lah lu nasib aku lebih percayakan Darren " Dato Emir menendang kuat tubuh Xavier sehingga jejaka itu meringkuk kesakitan

Saat ini Hayder dan Xavier hanya berpeluang tipis untuk melawan kerana Dato Emir, Zayn dan Darren masing masing sedang memegang pistol

" Zayn? " Xavier mengumam kecil mengharap Zayn berpihak kepada mereka

" Aku boyfriend Syasya " ujar jejaka itu sinis. Hayder dan Xavier ternganga. Macam bongok je khianat semata mata sebab perempuan plastik ni

" Hm apa kata kita mulakan permainan? " Darren mengarahkan Syasya untuk bertindak. Hayder dan Xavier hanya memerhati

" Hm Hayder, Xavier. Apa kata kita mulakan drama nak? Korang pun dalam dilema kan? " Syasya mengeluarkan pisau sebelum melangkah ke arah dua gadis yang terikat di kerusi

" Apa kata korang pilih antara Bella, dan Isyariana.. siapa yang layak hidup? " Syasya tersenyum sinis sebelum menghalakan pisau ke arah Bella

Hayder mengetap bibir. Sungguh dia buntu jika diberi pilihan. Namun dia tak akan terikut permainan bodoh ini. Dia akan pastikan kedua duanya selamat. Titik!

" Bella, aku dah lama nak tengok kau mampos " Syasya memainkan pisau di leher gadis itu. Hayder mencerlung tajam. Syasya berjalan ke arah Isyariana pula

" Hm Isya... Yang paling kurang ajar dengan aku " Syasya meletakkan bilah pisau di pipi gadis itu

Xavier yang masih terduduk hanya merenung. Lantai kotor itu menjadi pilihan si gadis untuk ditatapnya lama. Pandangan kosong diberi kepada Xavier. Jejaka kacukan itu sukar mentafsir namun dia tahu jikalau itu tatapan tidak berperasaan

Isyariana tidak kesah jika nyawanya diambil. Rasa sakit torehan pisau ini tidak sesakit rasa dihina oleh manusia yang bermati matian dia cintai. Biarlah di pergi lagipun dia pasti jejaka itu akan memilih Bella

Xavier memandang tajam Syasya yang melukai Isyariana. Sungguh saat ini dia ingin membunuh betina itu sekarang juga. Walaupun tugasnya untuk menjaga Bella buat Hayder, namun hatinya lebih kuat untuk memilih Isyariana

Tuhan tolonglah. Aku belum sempat mengungkapkan kata kata maaf dan luahan hatiku kepadanya. Saat ini dia sedar bahawa dia sebenarnya sudah jatuh cinta dengan gadis itu. Aku mohon sekurang kurangnya dia perlu tahu yang hati aku sudah menjadi miliknya

Dia benar benar menyesal atas perbuatannya ke atas gadis itu. Sungguh dia takut jikalau Isyariana berubah hati. Ya, dia akui yang dia rapat dengan Bella, tapi itu hanyalah alasan supaya dia selesa untuk menjaga gadis tersebut dan bukanlah kerana dia menyukai isteri sahabatnya itu

" Aww Xavier kita nak nangis? " Syasya tersengih

" Hm boring. Next game Syasya " Darren menguap. Syasya mengangguk

" Okay tadi Xavier, sekarang tiba masa yang ditunggu tunggu oleh Hayder " Hayder mengangkat kening. Apa yang dia tunggu tunggu?

" Kitorang semua dah tahu kebenaran Hayder, kau je lembab " Zayn menyampuk sinis. Hayder masih terpinga pinga

" Kau nak tahu siapa yang bunuh abang kembar kau? " Darren bermain main dengan pistolnya

" Orang tua ni dengan... " Hayder terjeda seketika

" Dengan? " Darren menyoal lagi. Wah macam semakin rancak

Hayder hanya merenung wajah Bella Adriana. Ya dia yakin kerana gadis itu anak Dato Emir jadi sudah pasti budak perempuan itu dia

Bella mengalih pandangan ke arah lain. Suka hati awaklah Hayder, sekali pun awak dah tahu perkara yang sebenar, saya dah mati rasa untuk awak. Bella hanya diam

" Wah wah bestnya suami tuduh isteri buat perkara jahat! " Zayn menepuk tangan dan bersorak riang. Hayder menandang jejaka itu. Apa maksudnya?

" Hayder, kau ni tak adalah bijak sangat. Kau yakin aku bersubahat dengan budak yang aku benci untuk tengok sejak dia lahir lagi? " Dato Emir ketawa besar disertai Darren

" Apa maksud kau? Terus terang!! " Jantung Hayder mula berdegup kencang. Takkanlah budak itu bukan Bella Adriana? Jadi siapa?

" Okay aku terus terang. Perkenalkan, Syasya Raihana Binti Dato Emir, anak kandung aku bersama isteri kedua " Tangan merangkul leher anak perempuannya

Dangg

Saat itu jantung Hayder seakan mahu meletup. Katakanlah ini semua tidak benar. Mengapa? Mengapa dia tidak siasat betul betul? Mengapa dia bertindak melulu untuk melunaskan dendamnya

Kini wajah si isteri ditatapnya dengan rasa berat hati. Tuhan apa yang aku telah lakukan padanya? Dia merasakan dirinya tidak layak untuk melihat wajah itu lagi kerana salahnya terlalu besar

" Aku dah nasihatkan kau untuk siasat betul betul Hayder! Tapi kau degil! Sebab tu aku join diorang! Tapi aku tak sempat nak bagitahu kau! " Xavier simpati melihat wajah sayu sahabatnya itu

" Ehh Hayder menangis lah? Comelnya! " Zayn melompat lompat

Hayder masih lagi terkaku. Bibirnya digigit menahan esakan. Pertama kali dia mengalirkan air mata jantan untuk seorang gadis. Seorang gadis yang amat dicintai namun disia siakan olehnya

Tuhan.. tolonglah putarkan masa, aku merayu. Sungguh aku tidak mahu kehilangannya tuhan. Bantulah aku. Saat ini dia baru sedar khilafnya dan saat ini baru dia mengingati yang maha Esa

" Okay drama dah habis sekarang kita ke intinya " Darren tersenyum sinis

" Inti karipap ke? " Zayn yang menyampuk itu tertolak ke belakang sedikit apabila Darren melemparkan kasut bootnya tepat ke kepala jejaka itu

Yang lain hanya diam menanti perkara seterusnya. Orang yang paling tak sabar ialah Dato Emir dan Syasya kerana bakal menjadi orang terkaya di bumi Asia tak lama lagi

BERSAMBUNG

Rianne : His AngelWhere stories live. Discover now