29

821 29 1
                                    

Hayder terburu buru melangkah ke bilik sebaik sahaja pulang ke mansion. Almari dituju, kosong. Seketika dia mengeluh. Terlambat, isterinya sudah melarikan diri

iphone dikeluarkan dari kocek seluar sebelum menghantar pesanan kepada anak buahnya. Dia harus memulihkan keadaan secepat mungkin! Risau jika Bella Adriana semakin jauh darinya

Sesaat dia melihat sesuatu di atas katil. Sebentuk cincin elok di atas sekeping kertas A4. Tahu ia pasti dari si isteri, pantas dia meneliti surat tersebut

' Bella pulangkan cincin mahal ni, tak layak tersarung dijari Bella. Dendam abang dah terbalas bukan? Jadi tiba masa untuk abang lepaskan Bella. Bella sentiasa maafkan abang.. '

-Your future ex wife

Hayder meraup kasar wajahnya. Bodohnya kau Hayder Iskandar, sia siakan bidadari ikhlas mencintai kau. Rianne, abang janji akan satukan kita semula

Tuk tuk

" Tuan Muda, mereka dah sampai " Hayder meletakkan semula surat tersebut sebelum melangkah keluar

Terpacak seorang Darren Mikael yang sedang bersandar pada kereta mewah  dengan tangan mengipas ngipaskan wajahnya. Tingkap kereta diturunkan separuh, terpampang wajah kacak Xavier yang sudah bersedia untuk memandu

" V, rumah Hawa Imani " Ringkas arahannya dan mendapat anggukan Xavier. Dia pasti gadis itu tinggal bersama sahabatnya

" Siapa pulak tu? " Darren seolah olah bersemangat. Hayder menujukan jari telunjuk sebagai tanda menyuruh Darren masuk ke dalam kereta

" Ish cepatlah jawab... " Dia mencebik. Hayder pula mengeluh dengan rengekan jejaka itu

" Kau ni pantang dengar nama perempuan, dah la isteri aku pun kau nak kebas " Dingin suaranya membuatkan Darren terdiam

" Err hayder sebenarnya aku tipu aje yang pasal luahan hati aku tu hehe " Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal

" Apa apa jelah Bella tetap milik aku " Tegas Hayder berkata

" Okay, mula mula memang aku suka dia tapi disebabkan aku nak kembalikan kepercayaan kau dan pulihkan persahabatan kita, aku buang perasaan tu. Dan aku dah anggap dia sebagai adik " Jujur Darren menjelaskan

" Hm " Hayder mengumam. Baguslah

" There you go " Xavier menarik handbrake apabila tiba di destinasi

Mereka menoleh ke arah rumah teres yang sederhana itu. Hayder mengangkat kening kepada Xavier sebelum membuka pintu

" Malas la aku tunggu sini je " Jejaka kacukan itu merendahkan seat kereta sebelum memejamkan mata. Letih kerana banyak perkara dia perlu uruskan beberapa hari ini

" Aku pun, panas la nak keluar " Darren membuka iPhonenya sambil berkata walaupun tidak disoal

Hayder berjalan dengan penuh gaya bersama kaca mata hitamnya sebelum button loceng ditekan. Dalam beberapa minit tersembul seorang gadis yang mengenakan tudung bawal sebaik sahaja pintu di buka

Rianne : His AngelWhere stories live. Discover now